Topik 9: Ahli Sunah Wal-Jamaah Flashcards
* definisi * sejarah ringkas * dasar-dasar utama
Istilah secara literal - ahli Sunnah Wal-Jamaah
Pendukung yang berpegang dengan sunah dan mendapat sokongan kumpulan yang ramai
Definisi ahli sunnah wal-jamaah - Ibn Hazm
Ahli sunah ialah pendukung kebenaran (ahl al-haqq) dan selain mereka disebut sebagai pendukung bidaah (ahl al- bidaah). Mereka terdiri dalam kalangan para sahabat Rasulullah SAW, para ulama tabiin terpilih, ahli hadis dan fuqaha yang menuruti jejak langkah mereka dari generasi ke generasi serta kalangan orang awam di belahan timur dan barat dunia ini yang menuruti jejak langkah atau panduan mereka.
Definisi ahli sunnah wal-jamaah - Ibn al_Jawzi
Ahli sunah sebagai (ahl al-naql) dan (al-athar) yang mengikuti hadis-hadis Rasulullah SAW dan athar sahabatnya kerana mereka berada di atas jalan yang tidak berlaku perkara-perkara bidaah.
Definisi ahli sunnah wal-jamaah - Rumusan
Golongan yang berpegang dengan panduan al-Quran dan sunah dan golongan ini mendapat dukungan yang kuat daripada majoriti umat Islam, sebagai yang terkandung dalam ungkapan “al-jamaah”.
Aliran Muktazilah
Golongan yang cenderung mengutamakan akal berbanding dengan sunah dan tidak disokong oleh majoriti umat Islam
Dasar-dasar utama ahli sunnah wal-jamaah
- Mengutamakan dasar berpegang dengan apa-apa yang dinyatakan oleh al-Quran dan sunah dan apa yang diriwayatkan oleh para sahabat, para tabiin dan ahli hadis.
- Meraikan kaedah-kaedah dalil akal yang sejahtera dalam memahami nas-nas al-Quran dan sunah kerana Allah SWT menurunkan al-Quran kepada manusia yang berakal dan menetapkan taklif syariat kepada orang-orang yang berakal.
- Berpegang pada dasar kesederhanaan (al-wasatiyyah) dalam aspek pendalilan, yang mana mereka berada di tengah-tengah antara golongan atau aliran yang melampau dalam berpegang kepada makna zahir nas seperti aliran al- Musyabbihah (menyerupai Allah SWT) dan golongan yang terlalu berpegang dengan hujahan akal seperti aliran Muktazilah.
- Iman ialah pembenaran di dalam hati terhadap ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW dari Tuhannya yang mencecah tahap yakin dan mengucap dua kalimah syahadah adalah pembuktian ke atas pembenaran yang terpendam dalam hati tersebut.
- Iman boleh bertambah dan berkurang dengan amalan yang dilakukan oleh manusia dan pelaku dosa besar adalah Mukmin yang derhaka, bukannya orang kafir.
- Orang yang meninggal dunia akan diberi azab atau nikmat di dalam kubur sesuai dengan amalan yang mereka lakukan di dunia ini dan adanya soal jawab di dalam kubur oleh malaikat Munkar dan Nakir.
- Orang-orang yang beriman boleh melihat Allah SWT di hari akhirat dengan pandangan mata mereka walaupun mereka tidak boleh melihatnya di dunia ini.
- Orang yang melakukan dosa besar seperti berzina, minum arak dan mencuri tidak terkeluar daripada Islam, melainkan pelakunya menghalalkan atas dirinya perbuatan tersebut.