Topik 7: Beriman kepada Qadak dan Qadar Flashcards
* pengertian * konsep * pengaruh
Pengertian beriman kepada qadak dan qadar
Meyakini bahawa Allah SWT telah menetapkan ketentuan hukum-Nya terhadap sesuatu sejak azali dan menentukan qadarnya untuk segala sesuatu di alam ini sebelum terjadinya ia
Dalil beriman kepada qadak dan qadar
Sabdanya (Rasulullah SAW): Engkau beriman dengan Allah, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhirat dan engkau beriman dengan (ketentuan) qadarnya, baik ataupun buruk.
(Riwayat Muslim)
Pengertian qadar
Allah SWT mengadakan sesuatu berdasarkan penentuan atau penetapan kadar (ukuran) dan takdir tertentu pada zat dan hal ehwalnya (sifat-sifatnya) bertepatan dengan ilmu Allah SWT sebelum ia diadakan.
Pengertian qadak
qadak bermaksud hukum (al-hukm).
Maksudnya, Allah SWT mahu mengadakan sesuatu berdasarkan bentuk dan keadaan yang tertentu, sebagaimana ia terjadi atau terwujud secara realitinya di alam nyata
Dua (2) jenis benda atau perkara yang berlaku kepada manusia
- Perkara yang Tiada Pilihan Langsung
2. Perkara yang Berlaku dengan Pilihannya
Contoh Perkara yang Tiada Pilihan Langsung
Contoh hari kelahirannya, warna kulit, panjang pendeknya atau penyakit, khususnya penyakit yang diwarisi.
Contoh Perkara yang Berlaku dengan Pilihannya
Kalau dia memilih untuk melakukan perkara baik, dia akan dibalas dengan pahala, manakala jika sebaliknya dia memilih melakukan perkara jahat, dia akan diseksa di akhirat.
Empat fakta untuk memahami konsep beriman kepada qadak dan qadar
- Peringkat Pertama: Pengetahuan Allah tentang Sesuatu
- Peringkat Kedua: Tertulisnya Sesuatu di Luh Mahfuz
- Peringkat Ketiga: Berlakunya Sesuatu Selaras dengan Kehendak Allah SWT
- Peringkat Keempat: Allah Mencipta Sesuatu Perbuatan
Pengaruh beriman kepada qadak dan qadar
- Orang yang beriman dengan qadak dan qadar akan berasa tenang dan tenteram kerana yakin bahawa segala takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT mempunyai kebaikan untuk manusia.
- Orang yang beriman dengan qadak dan qadar tidak akan berputus asa sekiranya menghadapi kegagalan dalam hidup.
- Orang yang beriman kepada qadak dan qadar akan melipatgandakan usaha untuk mencapai sesuatu yang dihajatinya.
- Orang-orang yang beriman dengan qadak dan qadar akan bersyukur apabila menerima segala nikmat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepadanya dan bersabar apabila menerima musibah yang menimpanya.