Topik 8: Hakikat Iman Flashcards

* kedudukan iman * pembatalan iman * isu takfir

1
Q

Dua (2) pandangan iman boleh bertambah atau berkurang

A
  1. Diwakili oleh jumhur ulama yang berpendapat bahawa iman boleh bertambah dan berkurang.
  2. Berpendapat bahawa iman tidak bertambah dan berkurang. Pandangan ini dikemukakan oleh golongan yang tidak menjadikan amal perbuatan sebagai sebahagian daripada komponen iman.
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
2
Q

Hujah jumhur ulama yang berpendapat bahawa iman boleh bertambah dan berkurang.

A

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat- sifat-Nya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.”

(Surah al-Anfal, 8:2)

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
3
Q

Tiga bentuk pembatalan iman

A

Iktikad, amalan dan lisan.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
4
Q

Perkara-perkara membatalkan iman

A
  1. Mengingkari Allah SWT sebagai Tuhan pencipta alam, atau salah satu sifat kesempurnaan-Nya atau menyifatkan-Nya dengan sifat-sifat yang tidak layak bagi-Nya.
  2. Mengingkari perkara-perkara yang diketahui secara daruri atau diketahui secara mudah oleh setiap lapisan masyarakat Muslim.
  3. Mengingkari sesuatu perkara yang telah disepakati atau telah diijmakkan oleh para ulama Islam dan menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah SWT atau sebaliknya.
  4. Memperkatakan sesuatu yang tidak harus bagi Allah SWT kerana ia termasuk perkara-perkara mustahil bagi Allah SWT seperti menyifatkan-Nya sebagai jahil dan sebagainya.
  5. Mendakwa bahawa syariat Islam ada kelemahan atau kekurangan atau menyatakan bahawa ia tidak sesuai dilaksanakan selain dari zaman nabi.
  6. Melakukan perbuatan-perbuatan seperti menggantungkan pada dirinya syiar-syiar kekufuran secara sukarela, mengoyakkan al-Quran dengan tujuan untuk menghinanya.
  7. Melaksanakan hukuman selain daripada apa yang telah diturunkan oleh Allah SWT yang diiringi dengan iktikad bahawa tidak wajib melaksanakan hukum yang telah diturunkan oleh Allah SWT.
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
5
Q

Maksud takfir

A

Takfir ialah menuduh seseorang sebagai kafir atau saling kafir-mengkafir sesama Islam.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
6
Q

Contoh isu takfir

A

Golongan Khawarij yang mengkafirkan orang-orang Islam yang melakukan dosa-dosa besar seperti zina, minum arak, mencuri dan sebagainya.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly