Topik 6 : Pengurusan Sumber Manusia Flashcards
Sumber manusia dalam perniagaan
Satu usaha pembangunan tenaga kerja dalam organisasi untuk menarik, membangun dan mengekalkan tenaga pekerja yang berprestasi tinggi
Fungsi pengurusan sumber manusia
- Merancang sumber manusia
- Analisis kerja
- Pengambilan dan pemilihan
- Latihan dan pembangunan
- Pengurusan prestasi
- Pampasan dan faedah
- OSHA (Occupational Safety and Health)
- Undang-undang pekerjaan
Merancang sumber manusia
Aktiviti yang sistematik dan komprehensif yang melibatkan sumber tenaga kerja secara menyeluruh dalam organisasi untuk jangka masa yang panjang
Analisis kerja
Suatu proses pengumpulan maklumat tentang tugas, tanggungjawab, jenis kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang diperlukan untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang berkenaan
Pengambilan dan pemilihan
Pengambilan
- Menarik minat calon untuk memohon pekerjaan
Pemilihan
- Proses mengenalpasti dan memilih pekerja yang terbaik untuk organisasi
Latihan dan pembangunan
Latihan
- Satu program yang dibentuk untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan keupayaan pekerja untuk memenuhi keperluan pekerjaan semasa
Pembangunan
- Program berterusan yang bertujuan untuk membangunkan kerjaya pekerja dalam organisasi pada masa hadapan
Pengurusan prestasi
Sistem untuk merancang, melaksana, mengurus dan menilai pencapaian prestasi anggota dan matlamat organisasi dalam tempoh satu tahun
Pampasan dan faedah
Pampasan
- Pembayaran kewangan yang dibayar kepada pekerja sebagai balasan bagi sumbangan mereka kepada organisasi
Faedah
- bentuk nilai bukan kewangan yang disediakan sebagai tambahan kepada pampasan sebagai imbalan atas sumbangan mereka kepada organisasi
OSHA
Jabatan yang bertanggungjawab memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja
Undang-undang pekerjaan
Syarikat hendaklah mengikut undang-undang supaya tidak disabit kesalahan, didapati bersalah dan membayar pampasan kepada pekerja atau akan didenda oleh Jabatan Sumber Manusia