Topik 3 : Pendaftaran Entiti Bisnes Flashcards
Jenis entiti perniagaan
- Pemilikan tunggal (Sole proprietorship)
- Perkongsian (Partnership)
- Perkongsian liabiliti terhad ( Limited Liabiliti Partnership)
- Syarikat sendirian berhad (Private limited company)
- Koperasi (Cooperatives)
Entiti perniagaan didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Pemilikan tunggal (Akta pendaftaran perniagaan 1956)
- Perkongsian (Akta pendaftaran perniagaan 1956)
- Perkongsian liabiliti terhad (Akta perkongsian liabiliti terhad 2012)
- Syarikat sendirian berhad (Akta syarikat 1965)
Entiti perniagaan dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
- Koperasi
Ciri-ciri pemilikan tunggal
- Dimiliki oleh seorang pemilik
- Modal perniagaan disumbangkan oleh pemilik sendiri
- Sejenis perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar
Ciri-ciri perkongsian
- Perniagaan secara gabungan dan diusahakan oleh dua orang atau lebih
- Jumlah modal yang disumbangkan rakan kongsi berasaskan syarat-syarat dalam perjanjian
Ciri-ciri perkongsian liabiliti terhad
- Mempunyai liabiliti terhad
- Tidak aktif dalam aktiviti operasi perniagaan
- Menyumbangkan modal
Ciri-ciri sdn bhd
- Nama syarikat diakhiri dengan sdn bhd.
- Pemilik atau pemegang saham terdiri daripada 2 hingga 50 orang
- Pemilik/ pemegang saham menyumbang modal perniagaan
Ciri-ciri koperasi
- Modal diperolehi melalui yuran sama ada yuran bulanan atau yuran tahunan yang dibayar dan saham-saham yang dibeli oleh ahli-ahlinya.
- Ahlinya terdiri daripada 100 orang, 50 bagi koperasi pertanian
- Setiap ahli koperasi mempunyai 1 undi dalam perlantikan jawatan koperasi
- Keuntungan diagihkan kepada ahli, sekali atau 2 kali setahun dalam bentuk dividen atau bonus atau kedua-duanya.
Kelebihan dan kelemahan pemilikan tunggal
Kelebihan
- Profit = 100% diperoleh dari perniagaan
- Pendaftaran mudah dan murah
Kelemahan
- Aset peribadi perniagaan berisiko tinggi kerana bentuk perniagaan ini berliabiliti tidak terhad
Kelebihan dan kelemahan perkongsian
Kelebihan :
- Mudah ditubuhkan
- Mudah mendapatkan sumber kewangan
Kelemahan :
- Mudah berlaku konflik dan salah faham
- Kewujudan perniagaan perkongsian tidak kekal (jika seorang rakan kongsi menarik diri, meninggal, diisytihar muflis, perkongsian akan terbubar)
Kelebihan dan kelemahan sdn bhd
Kelebihan
- Modal yang besar memudahkan perniagaan dikembangkan
- Status perundangan jelas dan perlu dipatuhi dengan tepat. (pemegang saham dilindungi undang-undang)
Kelemahan
- Operasi perbadanan dikawal undang-undang yang ketat
- Cukai dikenakan tinggi dari entiti perniagaan yang lain
- Proses penubuhan lebih sukar
Kelebihan dan kelemahan koperasi
Kelebihan :
- Mengutamakan kebajikan ahli, bukan hanya mencari untung
- Menggunakan konsep kerjasama dalam menggembleng tenaga dan modal.
Kelemahan :
- Dikuasai oleh ahli lembaga pengarah kerana ahli kurang aktif
- Laporan kewangan perlu diaudit oleh juruaudit yang bertauliah
2 tempat pendaftaran perniagaan di Malaysia
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia
- Suruhanjaya Koperasi Malaysia