sistem perundangan islam Flashcards
Pengertian perundangan Islam
Hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada manusia yang merangkumi aspek akidah, syariat, akhlak demi kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Tiga asas sistem perundangan Islam
- Pencegahan - bertujuan untuk mencegah berulangnya perbuatan jenayah tersebut dan untuk memberi amaran kepada orang lain yang mempunyai niat yang sama
- Pembalasan - satu pembalasan yang adil dan setimpal dengan perbuatan salah yang dilakukannya serta untuk mengelakkan perasaan dendam antara satu sama lain.
- Pemulihan -
menginsafkan penjenayah daripada kesalahan yang telah dilakukannya dan kembali bertaubat serta mentaati ajaran agama.
4 sumber perundangan islam
- al-Quran
- al-hadis
- al-ijmak
- al-qias
Sebab al-Quran dan al-Hadis menjadi sumber perundangan Islam
- Bersifat Rabbaniyyah iaitu datangnya daripada Allah SWT untuk dijadikan sebagai panduan hidup manusia
- Bersifat waqi’iyyah dan sesuai dengan fitrah semulajadi manusia tanpa mengira bangsa dan keturunan
- Kebenarannya adalah mutlak dan tidak mengalami perubahan sehingga ke hari kiamat kerana ia adalah wahyu Allah SWT
Pengertian qadha dan contoh
keputusan yang telah diputuskan oleh pihak mahkamah dalam
sesuatu perbicaraan berdasarkan hujah dan bukti yang jelas macam suami menceraikan isterinya, setelah terbukti suami telah mengabaikan isterinya
Pengertian fikah dan contoh
Kefahaman tentang hukum amali yang diijtihadkan oleh para mujtahid, yang diambil daripada dalil-dalil syarak macam bersentuhan kulit antara lelaki dengan perempuan
Pengertian ijtihad
Suatu usaha yang dilakukan secara bersungguh-sungguh untuk menghasilkan penetapan sesuatu hukum syarak berdasarkan al-Quran dan al-Hadis.
Pengertian fatwa dan contoh
Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh majlis fatwa contoh hukum harus menderma organ badan manusia
perbezaan antara perundangan Islam dengan konvensional
- Ciptaan Allah SWT vs Ciptaan manusia
- Bersifat universal vs
Bersifat setempat - Hanya mengenai kehidupan di dunia sahaja vs
Lengkap dan merangkumi sunia dan akhirat
Matlamat sistem perundangan Islam
- Memelihara agama
- Memelihara nyawa
- Memelihara Akal
- Memelihara keturunan
- Memelihara harta