sistem ekonomi islam Flashcards
Maksud ekonomi secara umum
ilmu tentang asas-asas pengeluaran, pembahagian, penggunaan barang-barang serta isu-isu kewangan bersangkutan dengannya
Maksud sistem ekonomi islam
ilmu yang digunakan oleh manusia bagi memenuhi keperluan ekonomi berteraskan syariat Islam serta mencegah ketidakadilan dalam penggunaan sumber alam
dalil harus melaksanakan sistem ekonomi islam
allah memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya dengan perintahNya dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya dan juga supaya kamu bersyukur [surah al-Jathiyah, 12]
hukum pelaksanaan sistem ekonomi islam
wajib
tiga ciri sistem ekonomi islam
- mengiktiraf pemilikan harta oleh individu
- mengagihkan harta dalam kalangan masyarakat dengan adil
- Mengelola harta yang dimiliki
terangkan tiga ciri sistem ekonomi islam
- mengiktiraf pemilikan harta oleh individu sebagai pemegang amanah kepada sumber harta yang telah disediakan oleh Allah
- mengagihkan harta dalam kalangan masyarakat dengan adil sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah
- Mengelola harta yang dimiliki menurut syarak
empat sumber ekonomi islam
al-quran, hadis, al-ijmak, al-qias
Maksud al-qias
menyamakan hukum bagi sesuatu perkara baru dengan sesuatu yang telah termaktub hukumnya di dalam al-quran dan al-sunnah kerana persamaan dari segi sebabnya atau illat
Maksud al-jimak
persepekatan para ulamak tentang sesuatu perkara yang tidak jelas hukumnya di dalam al-quran dan al-hadis
6 prinsip-prinsip asas dalam sistem ekonomi islam
- akidah, shariah, dan akhlak islam sebagai teras
- manusia sebagai khalifah
- pekerjaan dan ganjaran
- keuntungan dan kerugian
- keadilan sosial
- larangan kerosakan dan kezaliman
Maksud akidah, shariah, dan akhlak islam sebagai teras
ekonomi islam berdasarkan keesaan Allah dan mengambil kira kepentingan hukum dan akhlak semasa berurusan
Kepentingan akidah, shariah, dan akhlak islam sebagai teras
menjadikan aktiviti ekonomi dalam islam sebagai ibadah
Maksud manusia sebagai khalifah
Manusia hanya sebagai pengurus dan pemegang amanah kepada sumber harta yang diberikan oleh Allah SWT
kepentingan manusia sebagai khalifah
menguruskan ekonomi dengan cara yang telah ditetapkan oleh Allah SWT
Maksud pekerjaan dan ganjaran
Setiap pekerjaan manusia akan diberikan ganjaran berdasarkan usaha
kepentingan pekerjaan dan ganjaran
mesti melakukan pekerjaan yang halal untuk mendapat keberkatan hidup
Maksud keuntungan dan kerugian
Keuntungan dan kerugian adalah berdasarkan rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT
kepentingan keuntungan dan kerugian
sentiasa bersyukur dengan hasil yang diberikan oleh Allah
Maksud keadilan sosial
Islam menjaga hak asasi manusia dan kepentingan orang yang kurang bernasib baik seperti mewajibkan zakat
kepentingan keadilan sosial
sentiasa memberikan hak orang miskin yang terdapat dalam harta
Maksud larangan kerosakan dan kezaliman
Islam melarang manusia daripada melakukan kerosakan kepada manusia lain dan alam semasa mendapatkan harta
kepentingan larangan kerosakan dan kezaliman
sentiasa menjaga peraturan semasa melakukan aktiviti ekonomi
kesan pengabaian prinsip asas ekonomi islam
hint: bagi negative side for each prinsip
prinsip 1-3
1. akidah, shariah, dan akhlak islam sebagai teras
2. manusia sebagai khalifah
3. pekerjaan dan ganjaran
- cari kekayaan tanpa mengira hukum dan peraturan
- rasa semua harta yang ada di bumi adalah hanya melalui usaha dan ikhtiar mereka sendiri
- sanggup bekerja mencari harta tanpa mengambil kira haram dan halal
kesan pengabaian prinsip asas ekonomi islam
hint: bagi negative side for each prinsip
prinsip 4-6
- keuntungan dan kerugian
- keadilan sosial
- larangan kerosakan dan kezaliman
- hanyalah bergantung kepada usaha manusia dalam melakukan urusan perniagaan tanpa mengira kuasa Allah SWT.
- golongan kaya akan mengaut sebanyak mungkin kekayaan tanpa mengira nasib golongan miskin
- mencari harta dengan rakus tanpa mengira kerosakan yang mereka lakukan kepada manusia atau alam sekitar
Maksud harta menurut islam
Harta merupakan anugerah Allah SWT kepada manusia dan boleh dimiliki oleh melalui usaha dan ikhtiar
2 Jenis harta
- harta boleh alih
2. harta tidak boleh alih
Maksud dan contoh harta boleh alih
Harta yang boleh di alihkan ketempat lain. Contohnya kereta, wang
Maksud dan contoh harta tidak boleh alih
Harta yang tetap kedudukan dan tidak boleh di alihkan ketempat lain. Contohnya tanah, bangunan, rumah
jelaskan 5 konsep harta menurut islam
- harta milik mutlak Allah
- harta amanah Allah kepada manusia untuk digunakan dengan cara yang ditetapkan Allah
- harta ujian kepada mantisa untuk menentukan keimanan
- harta dicari dan dibelanjakan secara halal
- harta cukup syarat mesti dikeluarkan zakat
Cara menjawab maksud harta amanah Allah
tulis semua points refer to 5 konsep harta menurut islam
3 sebab harta amanah Allah
supaya
- urus harta dengan sebaiknya mengikut cara yang ditetap oleh Allah
- tidak terlalu sombong dengan harta
- tidak guna harta yang dimiliki secara membazir
3 cara mencari harta halal
- pekerjaan halal; makan gaji atau bekerja sendiri
- perniagaan menurut syarak
- hasil pertanian, perikanan dan penternakan
3 cara menguruskan harta menurut islam
- Menunaikan hak yang wajib seperti zakat, nafkah harta kepada ibu bapa dan keluarga
- Membelanjakan harta untuk beribadat kepada Allah seperti haji
- Melaksanakan tanggungjawab sosial yang dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan manusia seperti sedekah, derma dan wakaf
Nyatakan 3 sumber harta yang haram dan contoh
- Harta melalui perniagaan -unsur-unsur penipuan, perjudian, penganiayaan seperti rasuah
- Harta secara zalim dan kekerasan, seperti merompak, mencuri dan sebagainya
- harta melalui penindasan keatas orang lain, seperti melalui riba, pecah amanah
3 kesan memperolehi harta secara halal
- Hidup -bahagia kerana tidak terlibat dengan perkara yang diharamkan oleh Allah
- Jiwa manusia - tenang kerana hartanya akan diberkati oleh Allah SWT
- Akan di kasihi dan dihormati oleh anggota masyarakat mencari harta yang halal
3 kesan memperolehi harta secara haram
- Harta tidak diberkati oleh Allah kerana melakukan perbuatan mungkar
- Hidup tidak tenang kerana melanggar perintah Allah SWT
- Disisih oleh masyarakat kerana melakukan larangan Allah SWT
Maksud hak milik menurut islam
Sesuatu harta yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hambaNya untuk dimiliki dan dimanfaatkan
3 asas pemilikan harta menurut islam
- Allah pemilik sebenar harta yang anugerah -amanah kepada manusia
- Allah - tetap cara pemilikan harta yang sah seperti jual beli serta mengharamkan riba
- Allah memerintahkan manusia berusaha untuk memiliki harta - memenuhi keperluan asasi kehidupan
3 Jenis pemilikan harta, Maksud dan contoh
- Hak milik individu - hak milik yang dikhususkan bagi individu, eg rumah, kereta
- Hak milik Umum / awam - Hak milik yang dikhususkan untuk kepentingan awam dan orang ramai seperti jalan raya, sungai
- Hak milik negara - hak milik semua warganegara secara bersama seperti sekolah, pejabat kerajaan, hospital
3 matlamat pemilikan harta menurut Islam.
- keberkatan dan rahmat daripada Alllah SWT dengan melaksanakan peraturan Allah semasa mendapatkan harta.
- Untuk menjamin keselamatan hidup di dunia dan di akhirat
- Untuk membangunkan ekonomi umat Islam
3 kebaikan menunaikan tanggungjawab terhadap harta
KBAT
- Harta semakin berkembang dengan cara yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
- Mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat
- Dapat mengeratkan perhubungan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
3 keburukan tidak menunaikan tanggungjawab terhadap harta
KBAT
- Sering mengalami kesempitan wang dan kesempitan hidup
- Terhapusnya sifat tolong menolong dalam kalangan masyarakat
- Nasib golongan miskin dan kurang bernasib baik akan terabai
Pengertian pencerobohan hak milik
Mengambil harta orang lain tanpa kebenaran yang sah disisi syarak. Contohnya mencuri, rasuah
3 bentuk pencerobohan hak milik
- Mendapatkan harta - cara zalim dan tidak sah. contohnya mencuri, menipu dan merompak
- Mengabaikan hak-hak yang wajib keatas harta seperti tidak mengeluarkan zakat
- Mendapatkan harta dengan cara pecah amanah. Contohnya penyalahgunaan
kuasa, memberi dan menerima rasuah
3 keburukan pencerobohan hak milik
hint: aspek sosial dan ekonomi
KBAT
- masyarakat mementingkan diri sendiri tanpa memperdulikan nasib orang lain
- menghilangkan perasaan belas kasihan, kasih sayang dan bertimbangrasa dalam masyarakat
- menjejaskan ekonomi negara kerana rakyatnya melakukan pembaziran dengan perkara yang tidak berfaedah
3 punca berlakunya pencerobohan hak milik
KBAT
- Terpengaruh dengan kemewahan dunia
- Mengenepikan ajaran Islam yang sebenar dalam kehidupan seharian
- Wujudnya perasaan tamak dan ingin cepat kaya tanpa melakukan usaha yang
lebih
3 langkah membendung pencerobohan hak milik
KBAT
- pendidikan agama yang secukupnya - masyarakat untuk memantapkan iman secara berterusan
- Menguatkuasakan undang-undang pencerobohan harta dengan mengenakan hukuman yang berat - penceroboh harta
- penerangan yang berterusan akan keburukan pencerobohan harta kepada masyarakat melalui kuliah, ceramah, kempen
3 sebab Islam melarang pencerobohan hak milik
KBAT
- Akan melahirkan individu yang malas bekerja
- Akan berlakunya perbuatan zalim keatas orang yang tidak bersalah
- Terhapusnya sikap tolong menolong dan ukhuwah
Pengertian pekerjaan menurut Islam.
Bekerja menurut Islam ialah satu usaha yang dilakukan untuk mendapatkan wang atau harta dengan cara yang halal dan menurut hukum syarak.
dalil kewajipan bekerja
al-Jumaah, 10
3 matlamat bekerja
- Bekerja untuk menyara diri dan keluarga
- Supaya dapat mengerjakan ibadat wajib dan beramal jariah melalui pekerjaan
- Untuk membangunkan ekonomi keluarga dan umat.
3 perbezaan antara makan gaji dengan bekerja sendiri
KBAT
makan gaji vs kerja sendiri
- Produktiviti atas tanggungan secara bersama/sendiri
- Risiko untung rugi ditanggung secara bersama/sendiri
- keputusan Berdasarkan arahan daripada majikan/bebas membuat keputusan sendiri
3 kesan buruk pengangguran kepada individu.
KBAT
- Terpaksa meminta-minta serta menyusahkan orang lain mengakibatkan dirinya dibenci oleh masyarakat
- mengalami kesempitan hidup kerana tidak mempunyai wang untuk memenuhi keperluan hidup
- Terdorong untuk melakukan jenayah seperti mencuri untuk mendapatkan wang
4 sistem ekonomi konvesional
- kapitalis
- komunis
- socials
- campuran
Maksud sistem ekonomi kapitalis
sistem ekonomi bertujuan memperoleh keuntungan dalam ekonomi dengan keuntungan sebesar- besarnya.
3 ciri ciri sistem ekonomi kapitalis
- sistem pasaran bebas
- Peranan kerajaan adalah amat terhad
- Pengeluar bebas mengeluarkan produk berasaskan kepada permintaan
Maksud sistem ekonomi komunis
sistem ekonomi di mana pemerintah sebagai pemilik semua perniagaan. Rakyat tidak boleh memiliki kekayaan peribadi
3 ciri ciri sistem ekonomi komunis
- Semua keputusan ekonomi di buat oleh pemerintah
- Pemilikan individu atas faktor pengeluaran tak boleh
- kegiatan ekonomi harus diusahakan bersama
Maksud sistem ekonomi sosialis
sistem ekonomi di mana pemeritahlah yang menguasai seluruh kegiatan ekonomi.
3 ciri ciri sistem ekonomi socialis
- Semua sumber ekonomi dimiliki dan dikuasai oleh negara.
- Semua kegiatan ekonomi mesti diusahakan bersama.
- Segala suatu keputusan mengenai barang ditentukan oleh pemerintah
maksud sistem ekonomi campuran
sistem ekonomi yang menggabungkan lebih dari satu aspek sistem ekonomi.
3 ciri ciri sistem ekonomi socialis
- Kerajaan dan pihak swasta bekerjasama dalam kegiatan ekonomi.
- Pihak swasta bebas untuk melakukan kegiatan ekonomi namun dengan kawalan tertentu
- Pihak pemerintah dan swasta memiliki peranan yang sama
3 perbezaan antara sistem ekonomi Islam dengan konvensional
- Bebas daripada riba dan penindasan vs Berasaskan kepada sistem riba
- Melaksanakan syariah Islam dalam urusan perniagaan vs
Hukum halal dan haram tidak di ambil kira - Menggalakkan manusia supaya melakukan kebajikan vs Lebih mengutamakan keuntungan semata-mata