sistem kehakiman islam Flashcards
Pengertian kehakiman Islam.
Menyelesaikan pertikaian atau tuntutan antara dua pihak atau lebih melalui proses undang-undang berdasarkan hukum syarak atau keputusan badan kehakiman
Empat sumber sistem kehakiman Islam
al-quran, al-hadis, al-ijmak, al-qias
Tiga ciri kehakiman Islam.
- Dasar kehakiman dan perundangan nya adalah ciptaan Allah SWT
- Pelaksanaan sistem kehakiman Islam dapat mendidik jiwa manusia kearah
yang lebih baik. - Kehakiman Islam menyediakan hukuman dan ganjaran di dunia dan di akhirat.
Tiga prinsip/matlamat kehakiman Islam
- Bersifat Rabani, iaitu datangnya daripada Allah SWT yang bersumberkan al- Quran dan hadis
- Menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman dalam masyarakat agar hidup lebih aman dan selesa
- Menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan kejahatan.
Pengertian jenayah menurut Islam
Melakukan sesuatu perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT
konsep pembalasan terhadap jenayah
pembalasan merangkumi dunia dan Akhirat. adil setimpal dengan kesalahan, bertujuan untuk menginsafkan manusia
4 jenis hukum jenayah
- hudud
- qisas
- takzir
- diat
Maksud hudud
Jenis kesalahan dan hukuman yang telah ditetapkan dalam al-Quran dan hadis berkaitan manusia berhubung dengan kesalahan yang melibatkan hak Allah SWT
Maksud qisas
Jenis kesalahan dan hukuman yang telah ditetapkan dalam al-Quran dan hadis berkaitan manusia berhubung dengan kesalahan yang melibatkan hak manusia
Maksud takzir
kesalahan-kesalahan yang termasuk di bawah ketegori hudud dan qisas tetapi tidak cukup syarat untuk disabitkan kesalahannya
Maksud diat
Denda yang ditetapkan oleh syarak sebagai ganti kepada hukuman qisas yang tidak dapat dilaksanakan.
6 kesalahan hudud
- zina
- qazaf - Tuduh orang yang baik melakukan zina tanpa bukti yang sah
- mencuri
- merompak
- minum arak
- murtad
hukum zina
100 kali sebat jika [belum berkahwin]
rejam hingga mati [sudah berkahwin]
hukum qazaf
80 kali sebat
hukum mencuri
dipotong tangan di pergelangan tangan
hukum merompak
dipotong tangan secara bersilang
hukum minum arak
40 kali sebat
hukum murtad
dihukum bunun setelah enggan bertaubat
dua kesalahan bawah qisas
- membunuh dengan sengaja
2. mencederakan anggota tubuh badan
hukum membunuh dengan sengaja
Di bunuh balas
hukum mencederakan anggota tubuh badan
Di balas cedera yang serupa
dua kesalahan bawah takzir
- Kesalahan hudud dan qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud dan qisas
- kesalahan yang tidak termasuk di bawah hukum qisas dan hudud
hukum Kesalahan hudud dan qisas yang tidak cukup bukti untuk dikenakan hukuman hudud dan qisas
nasihat, pemulauan
hukum kesalahan yang tidak termasuk di bawah hukum qisas dan hudud
denda, sebat, buang daerah, penjara
3 kesalahan bawah diat
- Diat berat - membunuh dengan sengaja, tetapi pihak waris tidak mahu qisas dijalankan dan menukar dengan diat
- Diat Berat - Membunuh dengan tidak sengaja tetapi seolah-olah sengaja
- Diat ringan - membunuh dengan tidak sengaja seperti pemburu tertembak seseorang yang disangkanya
hukum Diat berat - membunuh dengan sengaja, tetapi pihak waris tidak mahu qisas dijalankan dan menukar dengan diat
100 ekor unta dibayar oleh penjenayah dengan segera
hukum Diat Berat - Membunuh dengan tidak sengaja tetapi seolah-olah sengaja
100 ekor unta dibayar
oleh penjenayah secara beransur-ansur selama tiga tahun
hukum Diat ringan - membunuh dengan tidak sengaja seperti pemburu tertembak seseorang yang disangkanya
100 ekor unta dibayar oleh waris penjenayah dan boleh dibayar secara beransur- ansur selama tiga tahun. 20 unta BETINA 1 tahun> 20 unta BETINA 2 tahun > 20 unta BETINA 3 tahun > 20 unta BETINA 4 tahun > 20 unta JANTAN 2 tahun >
Tiga perbezaan antara hukum jenayah Islam dengan bukan Islam.
- Berdasarkan al Quran dan al Hadis vs Berdasarkan kepada pandangan dan pendapat manusia
- Dapat membentuk dan mendidik jiwa manusia vs Tidak berupaya dan gagal membentuk jiwa manusia.
- Bermatlamatkan keadilan sejagat vs Bermatlamatkan kebendaan dan keduniaan serta kepentingan pihak- pihak tertentu
- Bermatlamatkan untuk menjaga keadilan sejagat vs
Bermatlamatkan kebendaan dan keduniaan serta kepentingan pihak- pihak tertentu
3 Prosedur keterangan untuk mensabitkan kesalahan
- Pengakuan
- Kesaksian
- Pembuktian
Pengertian hakim
Pegawai yang dilantik untuk mengadili sesuatu perbicaraan dalam mahkamah
Tiga syarat pelantikan hakim
- Seorang yang berilmu dan bertakwa kepada Allah SWT
- Seorang yang berfikiran waras dan sentiasa tenang.
- Seorang yang berwibawa dan dihormati oleh orang ramai.
Tiga tanggungjawab hakim
- Menjatuhkan hukuman ketika dalam keadaan emosi yang tenang seperti tidak berada dalam keadaan marah ketika menjatuhkan hukuman.
- Menjatuhkan hukuman tanpa ragu-ragu kepada pesalah.
- Membebaskan tertuduh jika terdapat sebarang keraguan