peribahasa menengah satu Flashcards
Ada gula adalah semut
Di mana ada rezeki
di situlah ramai orang
Ada kerak, adalah nasi
Tiap perbuatan tentu meninggalkan kesannya
Air pun ada pasang surutnya
Keadaan hidup seseorang tidak tetap,
ada kalanya senang ada kalanya susah
Alah bisa tegal biasa
Perkara yang sudah biasa dilakukan tidak akan terasa lagi kesukarannya
Bagai hujan jatuh ke pasir
Kebaikan (spt pertolongan) yg sia-sia
atau tidak berbalas
Bagai menelan mestika embun
Mendengar nasihat yang baik
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
- Seseorang anak itu akan menurut budi dan perangai ibu bapanya
- Keadaan sesuatu itu menurut asalnya
Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam
Seseorang yg bodoh sekalipun, jika diajar betul-betul akan menjadi pandai
Berani kerana benar, takut kerana salah
Bertindak krn berada di pihak yg benar
atau utk menegakkan kebenaran
Biar putih tulang, jangan putih mata
- Mempertahankan sesuatu yg menjadi hak milik kita walaupun nyawa kita terancam
- Lebih baik mati drpd menanggung malu
Burung terbang dipipiskan lada
Merancang sesuatu yg belum pasti diperoleh
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
- Apabila kita menetap di sesebuah negeri (spt kampung,masyarakat)
kita perlulah mematuhi peraturan & undang-undang di tempat tersebut - Segala suruhan atau nasihat dituruti & dikerjakan dgn sepenuh hati
Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
Diam seseorang yg berilmu itu berfikir,
sementara diam orang yg bodoh itu sia-sia sahaja
Ditatang bagai minyak yang penuh
Sangat dikasihi & dipelihara dgn sempurna
Garam jatuh ke air
Seseorang yg sangat cepat menerima
dan mudah memahami sesuatu nasihat
atau pengajaran yg diberikan kepadanya
Hilang adat tegal muafakat
Adat lama itu boleh diubah dgn muafakat
Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
Hendaklah sentiasa berhati-hati supaya jangan terpedaya & habis harta
Kusut di hujung, bawa ke pangkal
Apabila perundingan menemui jalan buntu,
haruslah segera balik ke punca masalah
Malu berkayuh perahu hanyut
- Kalau tidak berusaha, tentulah susah & kalau segan bertanya akan membuat kesilapan
- Kalau segan berusaha tidak akan mendapat kemajuan
Ringan tulang, berat perut
Jika rajin & tekun berusaha melakukan sesuatu pekerjaan,
maka akan murahlah rezeki
Seperti anak ayam kehilangan ibu
Sekumpulan orang yg tidak tentu arah
atau berpecah-pecah akibat kehilangan pemimpin
atau tempat tumpuan & pengharapan
Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
Jika tidak boleh dicapai persetujuan dlm sesuatu mesyuarat,
hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya