peribahasa menengah dua Flashcards
Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya
Bagaimana perintah, begitulah yg harus dituruti
Berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga
Walau ke mana juga kita pergi akhirnya akan balik ke negeri asal juga
Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak
Sementara menunggu apa yg baik,
lakukanlah kegiatan/perkara yang berfaedah
Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
Sesuatu perkara tidak akan terjadi jikalau satu pihak sahaja yang memulakannya
Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar
Berhati-hati semasa bercakap dgn orang kerana percakapan yg sembarangan boleh membawa akibat yg buruk
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
Perselisihan dlm kalangan kaum keluarga sendiri akhirnya akan berbaik-baik semula
Cubit paha kanan, kiri pun terasa juga
Penganiayaan terhadap keluarga sendiri akan dirasai oleh ahli keluarga yg lain
Genggam bara api biar sampai jadi arang
Membuat sesuatu pekerjaan yg sukar atau susah hendaklah bersabar sehingga mencapai kejayaan
Harapkan (mendengar) guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
Kerana mengharapkan sesuatu yg belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan
Hidup kayu berbuah, hidup manusia berjasa
Seseorang yg hidup di dunia ini mestilah berbuat baik utk diri sendiri & juga berjasa kpd orang lain
Jauhari juga yang mengenal manikam
Orang yg bijaksana juga yg mengetahui keelokan ilmu,
menghargai sifat yg mulia &
dapat menilai ketinggian mutu sesuatu barang
Jika asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
Orang yg mulia akan tetap mulia walau ke mana juga dia berada
Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
Bermuafakat dalam sesuatu perkara senang atau susah agar sama-sama dirasai (sepakat)
Jika kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya
Manusia yg jujur akan sentiasa dipercayai orang kerana dia tidak akan memungkiri janji
Lain padang lain belalangnya, lain lubuk lain ikannya
Lain negeri lain adat resam &
cara pemerintahannya