peribahasa menengah empat dan lima Flashcards
Belayar sampai ke pulau
Membuat pekerjaan sehingga sempurna
Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati
Budi bahasa orang tidak dapat dibalas dgn wang & harus diingat seumur hidup
Kalau gajah hendaklah dipandang gadingnya, kalau harimau hendaklah dipandang belangnya
Sesuatu perkara itu perlu disiasat dahulu dgn teliti & tidak boleh setakat mendengar cakap-cakap orang sahaja
Kemenyan sebesar lutut, tidak dibakar takkan berbau
Tidak ada gunanya ilmu pengetahuan yg disimpan sahaja
Kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit
Kuat atau berkuasa kerana sesuatu kelebihannya
Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta
Orang yg mengikutkan hawa nafsunya akhirnya akan binasa
Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri
Menceritakan cacat cela kaum keluarga makan diri sendiri juga yg mendapat malu
Pisang tidak berbuah dua kali
Manusia harus beringat-ingat supaya perkara yg tidak baik yg dialaminya tidak berulang lagi
Rosak badan kerana penyakit, rosak bangsa kerana laku
Penyakit yg dihidapi itu boleh merosakkan keelokan rupa kita, begitu juga kelakuan yg keji itu boleh merosakkan nama baik bangsa kita
Seperti menghela rambut dalam tepung, rambut jangan putus tepung jangan berserak
- Bersikap bijaksana dlm menyelesaikan sesuatu masalah
- Menghukum hendaklah dgn seadil-adilnya, sehingga kedua-dua belah pihak berasa puas
Tangan mencencang bahu memikul
Kesalahan yg kita buat itu kita sendirilah yg menanggungnya
Tiada rotan akar berguna
Kalau tidak ada yg baik sekali, yg kurang baik pun berguna juga
Tukang tidak membuang kayu
Orang yg cerdik, sayang kpd segala macam orang kerana masing-masing ada gunanya
Umpama duduk seperti kucing, melompat seperti harimau
Pendiam tetapi cekap bekerja & pintar
Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
Keuntungan yg diharapkan tidak diperoleh sedangkan keuntungan yg di dlm tangan habis hilang