Peribahasa J2 SEM 1.5 Flashcards
janji atau kata-kata yang diberikan hendaklah ditunaikan
kata mesti dikota, janji mesti ditepati
sesuatu kerja yang dilakukan melalui persetujuan bersama akan mendatangkan hasil yang baik
muafakat membawa berkat
kalau kita bersatu padu kita akan menjadi kuat tetapi kalau kita bercerai-berai kita akan lemah
bersatu teguh, bercerai roboh
membuat sesuatu perkara hendaklah dengan cermat dan berhati-hati
biar lambat asalkan selamat
suka duka sama-sama ditanggung
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
masa itu sangat berharga
masa itu emas
perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali
carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga
dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan
air dicencang tidak akan putus
tidak dapat mengawal diri kerana terlalu marah
naik angin/ naik darah