Peribahasa J2 SEM 1 Flashcards
jika ada kemahuan, semua dapat dikerjakan
hati hendak, semua jadi
jika tersalah melakukan sesuatu, cubalah betulkan kesalahan tersebut
sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
kebaikan dibalas dengan kejahatan
air susu dibalas dengan air tuba
merendah diri; bersikap lemah lembut
lunak gigi daripada lidah
hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
sesuatu perbuatan yang sudah terlanjur
nasi sudah menjadi bubur
tiap-tiap sesuatu ada asal mulanya
kalau ada asap tentu ada api
kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan menjadi rosak
sebab nila setitik, rosak susu sebalanga
yang baik itu biar di mana pun tempatnya akan tetap baik juga
kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya
jika ular menyusur akar, tiada hilang bisanya