MENJAUHI RIBA Flashcards
BERIKAN DUA TUNTUTAN HUKUM AYAT 278-280
- orang yang beriman perlu bertakwa dan meninggalkan riba
- jika orang yang berhutang dalam kesempitan, berilah mereka masa untuk membayarnya jika disedekahkan hutang tersebut kepadanya itu adalah lebih baik.
TERANGKAN ASBAB NUZUL AYAT 278-280
Bani amru meminta keizinan drpd gabenor mekah untuk mengambil saki baki riba daripada bani mughirah setelah riba diharamkan.
setelah berita itu sampai kepada rasulullah maka turunlah ayat ini.
ISTINBAT HUKUM DARIPADA LAFAZ APA?
ZARUU
- iaitu fiil amar
- wajib meninggalkan amalan riba
NYATAKAN PENGERTIAN TAKWA
- pengabdian secara menyeluruh seorang hamba kepada Allah berasaskan 4 faktor iaitu
- takut, harap, sabar dan syukur
BERIKAN PENGERTIAN RIBA
- lebih atau tambah
- bayaran secara berlebihan ketika melakukan bayaran kembali terhadap sesuatu pinjaman yang diperoleh oleh peminjam.
NYATAKAN DUA PEMBAHAGIAN RIBA
- RIBA ALBUYU
- RIBA ADDUYUN
TERANGKAN DUA JENIS RIBA ALBUYU (jual beli)
- Riba Annasa’ - pertukaran barang ribawi lain yang mempunyai illah yang sama secara bertangguh
- Riba AlFadl - oertukaran antara barang ribawi yang sama jenis dengan kadar atau tukaran yang berbeza
BERIKAN CONTOH RIBA ANNASA
membeli emas secara bertangguh atau berhutang sama ada bayaran dahulu, dapat emas kemudian atau dapat emas dulu, bayar kemudian.
HINT : EMAS
BERIKAN CONTOH ALFADHL
menukar 10kg beras biasa dengan 5kg beras basmathi.
walaupun kedua-duanyaberas, tertapi ia berlainankuality dan harga.
pertukaran mesti pada berat dan kadar yang sama.
HINT: BERAS KADAR SAMA
TERANGKAN DUA JENIS RIBA ADDUYUN (RIBA HUTANG)
- Riba Alajahiliyyah - sesuatu penambahan daripada hutang yang asal kerana berlaku penangguhan tempoh masa bayaran
- Riba Alqard - sesuatu pengambilan manfaat atau penambahan tertentu yang disyaratkan kepada penerima hutang.
BERIKAN CONTOH RIBA ALJAHILIYYAH
- Ahmad meminjamkan duit RM1000 kepada Abu untuk tempoh masa lima bulan.
- tetapi jika melebihi tempoh tersebut akan didenda RM 200.
denda tu riba.
BERIKAN CONTOH RIBA ALQARD
- Ahmad meminjamkan duit RM1000 kepada Abudan meletakkan syarat mesti dipulangkan sebanyak RM 1200.
lebihan RM200 itu riba.
BAGAIMANAKAN TAKWA DAPAT MENJAUHKAN DIRI DARIPADA AMALAN RIBA?
- kepatuhan yang menyeluruh terhadap semua suruhan dan larangan Allah dalam kehidupan seharian seperti larangan mengambil hak orang lain.
- menanamkan sifat zuhud dalam diri seseorang, iaitu tidak terlalu cintakan hal-hal keduniaan sehingga boleh menzalimiorang lain
AKIBAT TIDAK MENJAUHI SURUHAN RIBA
- melahirkan sifat tamak dan monopoli yang boleh menjejaskan ekonomi umat islam
- golongan yang ditindas akan bertambah miskin manakala yang kaya bertambah kaya.
CADANGKAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENJAUHKAN DIRI DARIPADA AMALAN RIBA
- mengikuti perkembangan semasa tentang sistem ekonomi islam
- mematuhi prinsip muamalat islam.