MEMPERTAHANKAN NEGARA Flashcards
1
Q
BERIKAN TUNTUTANHUKUM DARIPADA AYAT 29-41 SURAH ALHAJJ
A
- keizinan untuk berperang dengan kaum musyrik jika orang islam dizalimi
- orang yang diberi kemenangan juga akan menunaikan zakat sebagai salah satu cabang ekonomi islam.
2
Q
TERANGKAN ASBAB NUZUL AYAT 39-41 SURAH ALHAJJ
A
- ayat ini merupakan ayat pertam ayang diturunkan untuk memberi keizinan berperang kepada umat islam yang ditindas oleh orang musyrik
- sebelum itu mereka pernah mengadu kepada rasulullah, tetapi rasulullah meminta bersabar kerana baginda belum mendapat perintah untuk berperang.
- apabila rasulullah dan para sahabat berhijrah ke madinah, turunlah ayat ini.
3
Q
BAGAIMANAKAN ULAMA MENGISTINBAT HUKUM BERDASARKAN LAFAZ?
A
- uzina
- fiil madhi lilmajhul
- yang bermaksud diizinkan berperang
- keizinan Allah hukumnya harus.
4
Q
BERIKAN PENGERTIAN MEMPERTAHANKAN AGAMA
A
memelihara agama daripada sebarang ancaman dengan mempertahankan kewujudannya serta menolak sebarang langkah penentangan dan menghapuskannya.
5
Q
BERIKAN MAKSUD MEMPERTAHANKAN NEGARA
A
- mempertahankan serta mengekalkan kedaulatan negara daripada sebarang bentuk penjajahan dan pencerobohan.
6
Q
SENARAIKAN TUJUAN MEMPERTAHANKAN AGAMA DAN NEGARA YANG TERDAPAT DALAM AYAT. (3)
A
- memelihara agama daripada dihapuskan oleh musuh islam
- diusir dari tempat tinggal tanpa alasan
- menjamin kebebasan beragama dan keselamatan tempat ibadah
7
Q
BERIKAN ADAB DANETIKA DALAM PEPERANGAN
A
- larangan memusnahkan harta, tanaman dan binatang ternakan
- larangan membakar manusia
- larangan meruntuhkan rumah-rumah ibadat
8
Q
NYATAKAN HIKMAH MENJAGA ADAB DAN ETIKAN DALAM PEPERANGAN
A
- islam mengutamakan aspek keamanan dan perdamaian dalam peperangan.
- memastikan harta benda awam dan tempat ibadat terpelihara daripada kemusnahan selepas berlaku peperangan.
9
Q
SENARAIKAN HIKMAH DIIZINKAN BERPERANG DALAM ISLAM
A
- Allah menjanjikan balasan syurga kepada mereka yang gugur syahid dijalan Allah
- kedudukan umat islam akan bertambah kuat dan dipandang tinggi kerana nasib mereka terbela.
10
Q
CADANGKAN TINDAKAN YANG SESUAI DENGAN TUNTUTAN AYAT HUKUM UNTUK DIAMALKAN DALAM KEHIDUPAN
A
- mengikuti perkembangan semasa
- menguasai teknologi terkini peperangan
- kemahiran dalam perancangan strategi