AKIKAH Flashcards
NYATAKAN PENGERTIAN AKIKAH
binatang yang disembelih ketika mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda bersyukur kepada Allah.
APAKAH HUKUM AKIKAH?
sunat muakkad yang perlu dilaksanakan oleh orang memberi nafkah kepada bayi dan afdhal dilakukan pada hari ketujuh setelah kelahirannya.
SENARAIKAN PERKARA SUNAT KETIKA AKIKAH
- sunat memasak daging binatang akikah sebelum disedekahkan
- sunat memakan daging akikah seperti daging korban
- sunat membaca bismillah danberdoa sebelum menyembelih akikah.
NYATAKAN 3 RUKUN PELAKSANAAN AKIKAH
- binatang sembelihan akikah
- waktu akikah
- pelaksanaan akikah
BERIKAN DUA SYARAT BINATANG SEMBELIHAN AKIKAH
- wajib menyembelih binatang yang boleh dijadikan korban
- boleh dikongsi binatang akikah seperti perkongsian dalam ibadah korban
BILAKAH WAKTU AKIKAH?
diharuskan bagi penjaga melakukan akikah bermula selepas kelahran kanak-kanak sehingggalah baligh. selepas kanak-kanak itu baligh, gugur tuntutan akikah ke atas penjaganya dan dia boleh melakukan akikah untuk dirinya sendiri.
APAKAH KEPENTINGAN AKIKAH?
- menzahirkan rasa syukur dengan nikmat Allah yang telah memudahkan kelahiran anak dan memberikan kegembiraan keada ibu bapa dan keluarganya
- mengumumkan kelahiran anak supaya diketahui oleh kaum kerabat
- menanam rasa pemurah dalam diri umat Islam.
NYATAKAN 3 PERBEZAAN ANTARA KORBAN DAN AKIKAH.
KORBAN
- dilakukan sempena ari raya adha
- sunat disedekahkan daging yang belum masak
- dilakukan pada hari raya adha dan tiga hari tasyriq selepasnya.
AKIKAH
- dilakukan sempena kelahiran anak
- sunat disedekahkan daging yag telah dimasak
- boleh dilakukanbila-bila masa.