Bab 4: Agama, Kepercayaan dan keunikan warisan masyarakat kerajaan Alam Melayu Flashcards
Apakah agama?
Agama ialah suatu sistem berkaitan anutan, keimanan dan penyebahan terhadap Tuhan.
Apakah kepercayaan?
Kepercayaan ialah pegangan yang diyakini dapat menjadi panduan dalam kehidupan
Mengapakah agama dan kepercayaan dimiliki oleh masyarakat Alam Melayu?
- memberi panduan dalam kehidupan seharian mereka
- Pemerintah berperanan memastikan pengukuhan dan kelangsungan agama dalam kerajaannya.
Apakah yang dikaitkan dengan kepercayaan awal?
Alam sekitar
Apakah animisme?
-kepercayaan setiap makhluk, hidupan dan tumbuhan memiliki roh atau semangat.
Apakah yang ananisme berkaitan?
makhluk halus dan penyembahan roh nenek moyang
Mengapakah penyembahan roh nenek moyang penting?
-memastikan keluarga masih hidup mendapat kebaikan atau menghindar kesusahan di dunia
Apakah perayaan yang berkait dengan penyembahan roh nenek moyang?
Perayaan Hari Moyang
masyarakat Temuan di Bukit Cheeding, Banting, Selangor
Apakah dinanisme?
Kepercayaan terhadap kekuatan, juga dikenali mana atau semangat
Apakah yang orang yang percaya dinanisme juga percayai?
Setiap benda dan makhluk dianggap mempunyai mana yang boleh mempengaruhi kehidupan seseorang
Apakah perayaan yang berkaitan dengan dinanisme?
Upacara pemujaan semangat tanaman
mendapat hasil tanaman subur dan banyak
Hari Gawai
Pawang Iban menyiapkan makanan korban
Bilakah agama Hindu dan Buddha disebar?
Sebelum Masihi
Bilakah dan di manakah agama Islam disebar?
Pada abad ke-7, tersebar dan diamalkan di Champa, Majapahit, Kedah dan Pasai
Dari mana segi agama Islam, Hindu dan Buddha disesuaikan dalam kehidupan masyarakat Melayu?
dari segi:
- sistem pemerintahan
- bahasa
- persuratan
- seni bina
Bagaimanakah agama disebar?
melalui peranan mubaligh, pemerintah dan perkembangan perdagangan antarabangsa
Bilakah agama Hindu dan Buddha tersebar di Funan?
abad pertama
Siapakah yang mengambil peranan besar dalam perkembangan agama Buddha di Funan?
Raja Fan Shih-Man
Apakah nama candi Buddha yang terletak di Funan?
candi Go- Cay-Thi
Bilakah agama Hindu tersebar di Champa?
abad ke-4, semasa pemerintahan Bhadravarman
Apakah nama dan di manakah candi yang dibina oleh Bharavarman?
Siva-Bhadresvara, di Lembah Mi Son
Apakah bukti Buddha tersebar di Champa?
candi Dong Duong
Apakah bukti Islam tersebar di Champa?
-Penemuan batu bersurat (1035)
-Batu nisan (1039)
semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin(abad ke-14)
*kedua-dua di Panduranga
Bilakah pusat kegiatan agama Buddha di Srivijaya diguna?
abad ke-7
Bagaimanakah Buddha tersebar di Srivijaya?
Pendeta Buddha, bernama I-Tsing dari China pernah datang
mempelajari bahasa Sanskrit
menterjemahkan kitab-kitab agama Buddha