Bab 3: Wang, bank dan pendapatan individu Flashcards
Nyatakan 4 Fungsi wang
1) Alat perantaraan pertukaran
- wang diterima umum sebagai alat perantaraan pertukaran
- wang membolehkan individu membeli barang dan perkhidmatan
2) Alat bayaran tertunda
- membolehkan individu membeli barang secara ansuran (kredit) / menjalankan urusan kontrak
- wang mestilah mempunyai kestabilan nilai
3) Alat Ukuran nilai
- membolehkan nilai sesuatu barang dinyatakan dalam bentuk harga (ringgit/sen)
- mudah dibuat perbandingan
4) Alat penyimpan nilai
- membolehkan baki pendapatan individu yang tidak dibelanjakan disimpan di institusi kewangan (bank perdagangan) untuk kegunaan pada masa depan
- ciri wang: tahan lama dan mempunyai kestabilan nilai
Nyatakan 4 fungsi bank pusat
1) mengeluarkan mata wang
2) mengawal kestabilan
nilai mata wang
3) jurubank kepada kerajaan
4) jurubank kepada bank perdagangan
Huraikan mengeluarkan mata wang dalam fungsi bank pusat
- bank pusat mempunyai kuasa tunggal untuk mengeluarkan mata wang iaitu RM
Huraikan mengawal kestabilan nilai mata wang dalam bank pusat
- Bank pusat melindungi nilai ringgit dengan mengekalkan kestabilan nilai
Tiga kaedah bank pusat menstabilkan nilai mata wang
(a) mewujudkan sandaran minimum- Ordinan Bank NEgara malaysia memperuntukkan sandaran minimum 80.59% dlm bentuk emas dan rizab antarabangsa
(b) Campur tangan dalam pasaran pertukaran asing - Bank Negara Malaysia akan membeli RM dengan menjual Dolar Amerika syarikat apabila nilai RM rendah
(c) mengawal inflasi
- Ordinan Bank NEgara malaysia memperuntukkan sandaran minimum 80.59% dlm bentuk emas dan rizab antarabangsa
Huraikan jurubank kepada kerajaan dalam fungsi bank pusat
(a) mentadbirkan akaun negara
- akaun kerajaan terdiri drp akaun kewangan dan akaun pinjaman kewangan
(b) memberi pendahuluan sementara
- bank pusat memberi pendahuluan sementara kpd kerajaan apabila kerajaan mengalami masalah kekurangan kewangan
(c) mengurus hutang negara
- memperoleh pinjaman melalui penjualan bil-bil perbendaharaan, surat jaminan kerajaan
(d) memberi nasihat pelaburan
- bank pusat bertindak sbg penasihat dan ejen kerajaan untuk aktiviti pelaburan
(e) mengurus pertukaran asing
Huraikan jurubank kpd bank perdaganganan dlm fungsi bank pusat
(a) menyediakan akaun penjelasan antara bank
- wang dalam akaun penjelasan ini akan digunakan untuk membayar hutang antara bank akibat pengeluaran cek
(b) menjaga rizab berkanun
- rizab berkanun ialah simpanan wajib bank perdagangan di bank pusat pada kadar tertentu
(c) sumber pinjaman terakhir kepada bank perdagangan
- bank perdagangan yg mengalami masalah kekurangan tunai boleh mendapatkan pinjaman drp bank pusat
Terangkan 3 fungsi bank perdagangan
1) menerima deposit
2) memberi pinjaman
3) membuat dan menerima bayaran
Huraikan menerima deposit dalam fungsi bank perdagangan
1) Akaun simpanan
- membolehkan masyarakat menyimpan wang dlm jumlah yang kecil
- simpanan tersebut boleh dikeluarkan pada bila-bila masa
- pemegang akaun simpanan menerima faedah yang rendah
2) akaun simpanan tetap
- merupakan akaun menyimpan sejumlah wang bagi suatu tempoh masa tertentu
- mengeluarkan wang apabila tempoh matang
- pemegang akaun menerima kadar faedah yang tinggi
3) akaun semasa
- akaun yg menggunakan cek dan overdraf
- tidak menerima faedah dan dikenakan caj perkhidmatan
- mengeluarkan wang pada bila-bila masa dgn menggunakan cek / ATM
Huraikan memberi pinjaman dalam fungsi bank perdagangan
1) Overdraf
- merupakan kebenaran pengeluaran sejumlah wang yang melebihi baki dlm akaun semasa
- kemudahan yg disediakan kpd pemegang akaun semasa
- overdraf boleh dikeluarkan dgn menggunakan cek/kad ATM
2) Pinjaman peribadi
- digunakan untuk membiayai kos pendidikan, pembelian barang tahan lama
3) pinjaman bercagar
- membeli aset tetap yg bernilai tinggi
4) pinjaman kenderaan
- peminjam dikenakan faedah dan boleh membayar secara ansuran
5) pinjaman kad kredit
- jenis pinjaman ini dikenakan faedah yg tinggi dan tidak memerlukan sebarang cagaran
6) mendiskaunkan bil pertukaran
- bil pertukaran ialah perjanjian yg dilakukan oleh penghutang kpd pemberi hutang
- mendiskaunkan bil pertukaran bermaksud bank membeli bil pertukaran pd harga yg lebih rendah drp harga muka
Huraikan membuat dan menerima bayaran
1) sistem cek
- kemudahan bayaran ini disediakan kpd pemegang akaun semasa
2) Arahan kepada bank
(a) debit langsung
- membuat bayaran yang tidak tetap jumlahnya pada tarikh tertentu kepada penerima bayaran yang dinyatakan dalam bil
cth: bayaran bil air, elektrik dan ASTRO
(b) perintah sedia ada
- membuat bayaran tetap dan berulang pada tarikh yang telah ditetapkan
cth: bayaran sewa, premium insurans dan ansuran sewa beli
(c) Pindahan kredit
- membuat bayaran terus ke dalam akaun penerimaan
- cth: majikan membuat bayaran gaji kepada jumlah pekerja yang ramai
(d) Kad kredit
- membolehkaan pelanggan membeli barang secara kredit
- bank akan membiayai perbelanjaan pemegang kad dan mereka boleh membayar balik secara sekali gus/ secara ansuran
(e) draf bank
- cek yang dikeluarkan oleh bank apabila diminta oleh pelanggangnya untuk membuat bayaran kepada pihak tertentu
- pelanggan dikenakan caj perkhidmatan
(f) Kad juruwang elektronik (kad ATM)
- pelanggan bank boleh membuat urus niaga kewangan secara layan diri dengan menggunakan kad ATM
- kad ATM bertindak sebagai kad debit
Prinsip dalam perbankan islam
1) Wadiah
2) takjiri
3) mudharabah
4) bai bithaman ajil
Apakah wadiah
- bank bertindak sebagai wakil untuk menjaga harta pelanggan (pemegang amanah)
- perkhidmatan bank yang berkaitan dengan prinsip wadiah ialah akaun simpanan dan akaun semasa
Apakah takjiri
- kontrak pindah milik harta yang disewa
- perkhidmatan bank yang berkaitan dengan prinsip takjiri ialah pembelian kenderaan, mesin dan bon
Apakah Mudharabah
- perkongsian keuntungan iaitu pemilik modal (pendeposit) mengeluarkan modal dan pihak bank hanya menjalankan perniagaan
- keuntungan yang diperoleh akan dikongsi bersama berdasarkan nisbah yang dipersetujui manakala rugi ditanggung sepenuhnya oleh pemilik modal
- perkhidmatan bank yang berkaitan dengan prinsip ini ialah akaun pelaburan am dan akaun pelaburan khas
Bai bithaaman ajil
- jual beli secara tertangguh / bayaran secara ansuran
- perkhidmatan bank yang berkaitan dengana prinsip ini ialah pembiayaan perumahan, kad kredit dan umrah
Apakah sektor utama
- kegiatan mengeluarkan hasil secara langsung daripada alam semula jadi tanpa mengubah bentuk asal
- cth aktiviti:
1) pertaniaan
2) perhutanan
3) perikanan
4) perlombongan dan kuari - jenis pekerjaan:
1) petani
2) nelayan
3) pekerja kuari
4) jurutera petroleum
Apakah sektor kedua
- melibatkan aktiviti pemprosesan bahan mentah kepada barang siap
- cth aktiviti:
1) pembuatan
2) pembinaan - jenis pekerjaan:
1) jurutera
2) buruh binaan
3) pelukis pelan