Bab 1 Pengenalan kepada ekonomi Flashcards
Maksud ekonomi
kajian sains sosial tentang bagaimana manusia mengurus sumber yang terhad untuk memenuhi kehendakan yang tidak terhad
4 Faktor pengeluaran
Tanah
Buruh
Usahawan
Modal
faktor pengeluaran: Tanah
- anugerah alam semula jadi
- dibahagikan kepada dua jenis
a) sumber yang boleh baharu (sumber hutan, air, tanih)
b) sumber tidak boleh baharu (bijih timah, emas, pera dan gas asli) - tidak mobiliti geografi (tempat)
- mobiliti kegunaan
- ganjaran: sewa
faktor pengeluaran: Buruh
- individu yang menyumbangkan tenaga fizikal & mental dalam proses pengeluaran
- terdiri daripada buruh mahir dan buruh tidak mahir
- ada mobiliti geografi dan mobiliti pekerjaan (kegunaan)
-ganjaran: upah
faktor pengeluaran: modal
- alat/mesin yang digunakan dalam proses pengeluaran
- ada mobiliti kegunaan & tiada mobiliti geografi (bangunan)
- tiada mobiliti kegunaan & ada mobiliti geografi (mesin)
faktor pengeluaran: usahawan
- individu yang menggabungkan sumber ekonomi dalam proses pengeluaran
- individu yang kreatif, berani menghadapi risiko, rajin, gigih, serta tidak mudah berputus asa
-ganjaran: untung
Maksud kos lepas
barang/perkhidmatan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan akibat memilih barang/perkhidmatan yang terbaik
Isi rumah: kekurangan, pilihan, kos lepas
Kekurangan: pendapatan dan wang
Pilihan: memaksimumkan kepuasan
Kos lepas: barang kedua terbaik yang terpaksa dilepas
Firma: kekurangan, pilihan, kos lepas
Kekurangan: faktor pengeluaran
Pilihan: memaksimumkan keuntungan & meminimumkan kos
Kos lepas: output kedua terbaik terpaksa dilepas
Kerajaan: kekurangan, pilihan, kos lepas
Kekurangan: hasil negara
Pilihan: memaksimumkan kebajikan masyarakat
Kos lepas: projek pembangunan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan
Andaian Keluk kemungkinan pengeluaran (KKP)
- ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh
- sumber ekonomi terhad dan tetap
- ekonomi mengeluarkan dua jenis barang
- tingkat teknologi tetap
Titik di sempadan KKP
- tingkat pengeluaran yang boleh dicapai
- tingkat guna tenaga penuh
- kecekapan pengeluaran
- pengeluaran maksimum dengan kos yang minimum
- wujud kos lepas
Titik di luar sempadan KKP
- masalah ketidakupayaan ekonomi
- tingkat pengeluaran tidak dapat dicapai
- kekurangan sumber ekonomi
Titik di dalam lingkungan sempadan KKP
- tingkat pengeluaran boleh dicapai
- wujud ketidakcekapan pengeluaran
- berlaku pembaziran, pengangguran
Masalah asas ekonomi: Apa yang hendak dikeluarkan
- merujuk kepada penentuan jenis barang yang dikeluarkan
- jenis barang yang hendak dikeluarkan bergantung pada permintaan masyarakat/mekanisme harga
Masalah asas ekonomi: Berapa yang hendak dikeluarkan
- merujuk kepada kuantiti barang yang hendak dikeluarkan
Masalah asas ekonomi: bagaimana hendak dikeluarkan
- merujuk kepada teknik pengeluaran yang digunakan dalam proses pengeluaran barang
- teknik pengeluaran yang paling cekap digunakan untuk meminimumkan kos pengeluaran & memaksimuman keuntungan
Masalah asas ekonomi: untuk siapa hendak dikeluarkan
- merujuk kepada corak pengagihan barang dalam masayarakat
- bergantung kepada corak agihan pendapatan wang/kuasa beli
- golongan yang berpendapatan tinggi aan memperoleh lebih banyak barangan berbanding dengan golongan yang berpendapatan rendah
3 Jenis sistem ekonomi
1) sistem ekonomi pasaran bebas/ kapitalis/ laissez-faire
2) sistem ekonomi perancangan pusat/ sosialis/komunis
3) sistem ekonomi campuran
Ciri ekonomi pasaran bebas
a) pemilikan sumber ekonomi: individu& pihak swasta bebas memiliki dan menggunakan sumber ekonomi
b) penentu kehendakan: individu& pihak swasta bebas menentukan kehendakan dan membuat keputusan ekonomi terhadap barang dan perkhidmatan
c) pembuat pilihan: individu bebas membuat pilihan terhadap b&p untuk memaksimumkan kepuasan
pihak swasta bebas memilih teknik pengeluaran yang paling cekap untuk memaksimumkan keuntungan
Kelebihan sistem ekonomi pasaran bebas
➤ Kepuasan individu dan masyarakat dapat dimaksimumkan
➤ Bebas melakukan kegiatan ekonomi
➤ Kecekapan dalam penggunaan sumber
➤ Menggalakkan perkembangan teknologi dan inovasi
Kelemahan sistem ekonomi pasaran bebas
➤ Mewujudkan masyarakat materialistik
➤ Mewujudkan ketidakstabilan ekonomi
➤ Agihan pendapatan yang tidak setara
➤ Mewujudkan kuasa monopoli korporat besar
➤ Kesan luaran negatif
Ciri sistem ekonomi perancangan pusat
a) Pemilikan sumber: - dimiliki sepenuh oleh kerajaan
-individu dan swasta tiada hak memiliki sumber eko
b) penentu kehendak: kerajaan mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan segala keputusan ekonomi
c) pembuat pilihan: kerajaan menentukan penggunaan sumber ekonomi untuk mengeluarkan B&P
pengguna tidak bebas dalam memilih B&P
amerika syarikat menggunakan apa sistem ekonomi?
sistem ekonomi pasaran bebas
cuba dan korea utara menggunakan apa sistem ekonomi?
sistem ekonomi perancangan pusat
Kelebihan Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
➤ Agihan pendapatan yang seimbang
➤ Barang awam dan kebajikan masyarakat diutamakan
➤ Peruntukan sumber ke arah kebajikan rakyat
➤ Pengeluaran secara berskala besar
Kelemahan Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
➤ Pilihan individu terhad
➤ Kurang motivasi dan insentif bekerja kuat
➤ Keusahawanan individu terhad
➤ Risiko kesilapan dalam membuat keputusan
Tujuan campur tangan kerajaan dalam ekonomi
➤ membekalkan barang awam
➤mengurangkan kesan eksternaliti
➤ mengawal harga barang dan perkhidmatan
➤merapatkan jurang perbezaan pendapatan
➤menstabilkan ekonomi
➤melaksanakan program ekonomi awam
Sistem ekonomi pasaran bebas menyelesaikan masalah asas ekonomi
1) Apa yang hendak dikeluarkan
2) berapa yang hendak dikeluarkan
3) bagaimana hendak dikeluarkan
4) untuk siapa dikeluarkan
1) ditentukan oleh pengguna dan pengeluar
2) ditentukan oleh mekanisme harga/ kuasa pasaran
3) ditentukan melalui cara pengeluaran yang paling cekap untuk memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos
4) ditentukan melalui corak agihan pendapatan wang
Sistem ekonomi perancangan pusat menyelesaikan masalah asas ekonomi
1) Apa yang hendak dikeluarkan
2) berapa yang hendak dikeluarkan
3) bagaimana hendak dikeluarkan
4) untuk siapa dikeluarkan
ditentukan oleh kerajaan
Sistem ekonomi campuran menyelesaikan masalah asas ekonomi
1) Apa yang hendak dikeluarkan
2) berapa yang hendak dikeluarkan
3) bagaimana hendak dikeluarkan
4) untuk siapa dikeluarkan
1) barang ekonomi: mekanisme harga
barang awam: kerajaan
2) barang ekonomi: mekanisme harga
barang awam: kerajaan
3)barang ekonomi: cara yang dapat memaksimumkan keuntungan
barang awam: cara yang dapat memaksimumkan kebajikan
4) barang ekonomi: corak agihan pendapatan wang
barang awam: untuk semua masyarakat
Ciri sistem ekonomi islam
1) sebagai sebahagian daripada keseluruhan sistem hidup islam
➤ individu bebas untuk melaksanakan tugas kebaikan dan menjauhi kemungkaran
➤keputusan ekonomi harus mengikut prinsip isalam, iaitu Al-Quran dan Hadis
2) Keseimbangan antara kepentingan individu dan masyarakat
➤ Kepentingan awam adalah lebih diutamakan berbanding dengan kepentingan individu.
➤ Kerajaan membuat keputusan dalam pengeluaran barang awam
➤ Sasaran pengeluaran adalah untuk semua masyarakat.
➤ Setiap individu dijamin memperoleh barang keperluan asas.
➤ Prinsip kesederhanaan amat dipentingkan
➤ Jurang ekonomi dikurangkan melalui agihan zakat
3) wujud persaingan yang sihat antara individu
➤ Individu dan pihak swasta adalah bebas memiliki kekayaan asalkan tidak bertentangan dengan hukum Islam.
➤Pengguna dan pihak pengeluar berhak dalam membuat keputusan ekonomi
➤ Pengguna bebas memilih barang dan perkhidmatan yang halal dan jenis pekerjaan yang ingin diceburi