Bab 2: Globalisasi Flashcards
Maksud globalisasi
proses interaksi dan integrasi antara manusia, firma dan kerajaan pelbagai negara yang prosesnya dipandukan oleh perdagangan antarabangsa
Ciri2 globalisasi
1) pasaran baharu
- perkembangan pasaran global
seperti insurans, pengangkutan, e-dagang
- kelonggaran undang2 ke atas perdagangan dan pelaburan
- pasaran pengguna global dengan jenama global (google, apple)
2) peserta baharu
- membekalkan pelaburan langsung asing
- mempunyai kuasa untuk memaksa kerajaan negara anggota mematuhi perdagangan bebas
3) peraturan dan norma baharu
- peningkatan kesedaran dalam hak asasi manusia
- perjanjian perdagangan pelbagai hala
- konvensyen dan perjanjian terhadap alam sekitar global
4) kaedah komunikasi baharu
- internet dan komunikasi elektronik yang menghubungkan orang ramai secara cepat dan murah
Apakah syarikat multinasional
firma yang beroperasi di beberapa negara secara serentak
cth: Sime Darby Berhad
ciri2 syarikat multinasional
1) firma besar yang mempunyai beberapa cawangan di luar negara
2) kuasa ekonomi yang kuat
3) pemindahan teknologi yang maju dan canggih antara cawangan di negara yang berbeza
4) pengiklanan dan pemasaran yang agresif
5) semua cawangan firma dikawal dengan rapi oleh firma induk di negara asal
dorongan syarikat multinasional
1) meluaskan pasaran
- memasarkan barang dan perkhidmatannya ke luar negara untuk mendapat untung maksimum
2) perlindungan perdagangan
- membuka operasi pengeluaran
3) kos pengangkutan yang tinggi
- jarak yang jauh akan meningkatkan kos pengangkutan dan menaikkan harga produk supaya dapat menurunkan daya saing
4) bahan mentah dan hasil bumi yang unik
- kekurangan bahan mentah, kerosakan/kehilangan dalam proses pengangkutan
5) tenaga buruh dengan kemahiran khusus
- memulakan operasi di luar negara untuk menjimatkan kos buruh dan dapat memaksimumkan keuntungan
Risiko syarikat multinasional
1) kehilangan aset
- peperangan memusnahkan aset seperti bangunan, kilang, mesin dan peralatan
2) kekurangan kemudahan asas
- seperti sistem telekomunikasi dan pengangkutan melambatkan keputusan
3) kekurangan buruh mahi/ tidak bermotivasi
4) bantahan masyarakat tempatan
- gaji rendah
5) kesukaran mendapat balik keuntungan
- MNC tersebut dihendaki membuat pelaburan semula dalam pasaran tempatan
6) risiko kadar pertukaran
Faktor penggalak globalisasi
1) peranan kerajaan
- melonggarkan kawalan terhadap aktiviti ekonomi
- dasar kerajaan, undang2
- pelaksanaan liberalisasi perdagangan dan blok perdangan
2) pelancongan
- galakan dan insentif diberikan oleh kerajaan
- perniagaan atas talian telah mengurangkan kos operasi dan memudahkan aktiviti pelancongan
3) infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi yang maju
- penggunaan alatan teknologi secara interaktif dan internet
4) infrastruktur pengangkutan yang baik
- pengangkutan darat, udara dan air yang cekap
- kapal laut yang besar dapat mengurangkan kos pengangkutan barang dan harga murah
Cara pelaburan langsung asing
1) membina kemudahan pengeluaran
2) pengambilalihan syarikat
3) membuka subsidiari atau cawangan
4) usaha sama dengan syarikaat tempatan
Kesan positif pelaburan langsung asing
1) pertumbuhan ekonomi
- peningkatan keupayaan pengeluaran barang dan perkhidmatan
2) pindahan teknologi
- kemasukan mesin dan jentera, kaedah pengeluaran kemahiran meningkatkan pengeluaran
3) meningkatkan kemahiran modal insan
4) meningkatkan modal pelaburan
Kesan negatif pelaburan langsung asing
1) ketidakseimbangan pendapatan
- firma asing menawarkan upah dan insentif yang lebih baik berbanding firma tempatan dan pekerja menerima pendapatan yang lebih tinggi
- memberi kesan buruk kepada peniaga kecil
2) kemusnahan alam sekitar
3) aliran untung ke luar negara
Apakah import
membeli barang dan perkhidmatan dari negara lain
cth: malaysia membeli buah2 meditranean
Apakah entrepot
membeli barang dari luar negara dan menjual semula kepada negara lain
cth: membeli dari singapura dan menjual semula ke thailand
Apakah eksport
menjual barang dan perkhidmatan kepada negara lain
cth: melaysia menjual getah ke negara luar
Sebab2 wujud perdagangan antarabangsa
1) sumber semula jadi
- setiap negara dianugerahi dengan sumber semula jadi yang berbeza dari segi kuantiti dan kualiti
- negara yang kaya dengan sumber semula jadi akan mengeksport lebihan sumber ke negara lain
2) iklim dan jenis tanah
- keluaran hasil pertanian dan perhutanan sesebuah negara adalah berbeza dgn negara lain
3) harga faktor
- negara yg mempunyai kos buruh yang lebih rendah akan mengkhusus dalam dalam pengeluaran sesuatu produk dgn teknik intensif buruh
4) budaya masyarakat
- perbezaan budaya masyarakat mempengaruhi kecenderungan/kemahiran masyarakat dalam mengeluarkan sesuatu barang
5) tingkat kecekapan pengeluaran
- tingkat kecekapan pengeluaran yg lebih tinggi meningkatkan daya pengeluaran
6) cit rasa pengguna
Kepentingan perdagangan antarabangsa
1) meluaskan pasaran
- pertambahan penawaran barang menyebabkan eksport negara meningkat
- keuntungan pengeluar bertambah
2) memperoleh barang yang tidak dikeluarkan di dalam negeri
3) menggalakkan pemindahan dan penggunaan teknologi
4) menambah pendapatan negara
5) menggalakkan pelaburan
6) menambah peluang pekerjaan
7) mewujudkan hubungan baik dengan rakan dagang
8) menikamti barang pada harga yang lebih rendah
Bentuk Sekatan perdagangan antarabangsa
1) Tarif
- cukai yang dikenakan atas barang yang diimport dari luar negara
- pengenaan tarif terhadap barang import akan mengurangkan penawaran terhadap brg import
- tarif menyebabkan harga barang import menjadi lebih mahal manakala harga barang tempatan menjadi lebih murah
- permintaan terhadap brg tempatan semakin bertambah
> Tarif ad-valorem: cukai yang dikenakan mengikut nilai barang yang diimport
> tarif spesifik: cukai tetap yang dikenakan terhadap setiap unit barang yang diimport
2) subsidi
- bantuan kewangan oleh kerajaan kepada pengeluar tempatan untuk membolehkannya bersaing dgn pengeluar dari luar negara
- menurunkan kos pengeluaran dan brg tempatan murah
3) kuota
- sekatan perdagangan terhadap kuantiti brg yang boleh diimport dalam suatu jangk masa tertentu
- penawaran brg import berkurang, harga brg import meningkat
4) kawalan pertukaran asing
- cara kerajaan mengehadkan pembelian pertukaran asing oleh pengimport
5) embargo
- larangan sepenuhnya oleh kerajaan sesebuah negara
- kerajaan tidak membenarkan import brg dan perkhidmatan dari negara itu
6) sekatan bukan ekonomi
- sekatan dlm bentuk undang2 dan peraturan
Tujuan sekatan perdagangan antarabangsa
1) melindungi industri muda tempatan
- tarif & kuto dapat menaikkan harga barang import dan mengurangkan persaingan
2) menghadapi persaingan
- brg tempatan dpt bersaing dgn brg import
3) sebagai sumber hasil kerajaan
- tarif sebagai sumber pendapatan kpd kerajaan
4) mewujudkan peluang pekerjaan
5) memperbaiki imbangan pembayaran
6) keselamatan
- menghalang kemasukan brg import yang membahayakan keselamatan dan kesihatan
7) mengatasi masalah lambakan
- menghabiskan lebihan penawaran dan mewujudkan kuasa monopoli di pasaran dunia
Kesan positif tarif
1) harga brg import lebih mahal menyebabkan jumlah brg import berkurang
2) penawaran brg tempatan bertambah
3) pengurangan aliran wang ke luar negara dan memperbaik imbangan pembayaran
4) peningkatan guna tenaga, pendapatan negara dan taraf hidup
Kesan negatif tarif
1) salah peruntukan sumber ekonomi dlm industri penggantian import
2) perbelanjaan pengguna bertambah
3) daya saing merosot
4) tindak balas drp rakan dagang dgn mengenakan tarif yg setimpal
Kesan subsidi
1) harga brg keluaran tempatan menurun
2) permintaan terhadap brg tempatan bertambah
3) penawaran brg tempatan bertambah
4) jumlah import berkurang
5) pengurangan aliran keluar wang ke luar negara
6) imbangan pembayaran bertambah baik
Kesan kuota
1) harga brg import naik menyebabkan permintaan terhadap brg import berkurang
2) pengurangan aliran wang ke luar negara
3) untung kpd pengimport
4) pendapatan negara bertambah
5) penawaran terhadap brg tempatan bertambah
6) imbangan pembayaran bertambah baik
7) pelaburan negara meningkat taraf hidup masyarakat meningkat
Kebaikan sekatan perdagangan antarabangsa
1) mengurangkan penawaran brg import
2) meningkatkan permintaan terhadap barang tempatan
3) mengurangkan pengangguran
4) meningkatkan pendapatan negara
5) memperbaiki imbangan pembayaran
6) melindungi industri muda tempatan
Keburukan sekatan perdagangan antarabangsa
1) salah pengagihan sumber
2) merugikan pengguna
3) mengurangkan eksport
4) mewujudkan monopoli
5) ketidakcekapan dalam industri tempatan
6) pengagihan pendapatan yang tidak adil
Apakah liberalisasi perdagangan
- perdagangan bebas (tiada syarat pegangan/sekatan dalam hubungan perdagangan antara sesebuah negara dengan negara lain
- kelonggaran dalam pegangan ekuiti asing
- kemasukan tenaga buruh
- pelaburan langsung asing