Bab 3: Konflik dunia dan pendudukan jepun di negara kita Flashcards
nasionalisme di negara kita sebelum perang dunia
1) tercetus kerana gerakan orang Melayu menentang campur tangan british
2) British membendung pengaruh idea gerakan islam dari Timur Tengah
- dengan persetujuan raja-raja melayu mem[erkenalkan Enakmen Undang-undang islam 1904
- memperkenalkan dua badan penyiasat untuk mengawal gerakan Islah Islamiah
3) Penentangan Tok Janggut ialah penentangan bercorak tempatan melibatkan penduduk di Pasir Puteh, Kelantan
(a) isu pentangan:
- mempertahankan agam Islam dan hak penduduk tempatan
- isu cukai
- sikap membenci british
4) Tok janggut gagal
Masyarakat menyusun strategi lain untuk menentang pihak British
(a) Akhbar dan majalah
- meniupkan kesedaran kebangsaan
(b) undang-undang British
- menghalang orang melayu menyatakan sikap politik mereka melalui bahan bertulis
Faktor perang dunia pertama
1) Persaingan kuasa imperialisme
- perkembangan revolusi industri menyebabkan persaingan kuasa imperialis di Eropah
- mendapatkan tanah jajahan
> memperoleh bahan mentah (bijih timah)
> memasarkan hasil industri
2) Pakatan Ketenteraan
- Pakatan kuasa tengah
> Jerman dan Austria-hungary
- Pakatan bertiga
> Britain, perancis dan rusia
- menghasilkan senjata moden dan mempertahankan kepentingan masing2
- kesan: ketidakstabilan politik
3) Krisis Rantau Balkan
- permusuhan Austria-Hungary dengan Serbia
- pembunuhan archduke ferdinand, putera mahkota austria dan isterinya sophie oleh seorang pemuda serbia
Nyatakan syarat perjanjian Versailles
1) Jerman dikehendaki
- bertanggungjawab terhadap kemusnahan akibat perang
- bayar pampasan kepada Pakatan Bertiga
- mengehadkan saiz angkatan tentera
- menyerahkan wilayah dan tanah jajahan kepada Pakatan bertiga
2) menubuhkan Liga Bangsa-bangsa untuk menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa
Huraikan persidangan damai paris
membincangkan syarat perdamaian
- memastikan jerman tidak lagi menjadi ancaman kepada keamanan di Eropah
Kesan perang dunia pertama
1) Keruntuhan sistem pemerintahan beraja di Jerman, Austria-Hungary, Rusia dan Empayar Uthmaniyah
- kerajaan republik jerman mendapatkan perlindungan politik di belanda
- rusia, revolusi menumbangkan pemerintahan beraja Tsar Nicholas II
> terbentuk kerajaan komunis pertama di dunia, pimpinan Vladimir Lenin
2) Kemunculan Negara Baharu
- Lahir negara baharu: Austria, hungary, Yugoslavia dan Czechoslovakia
Perpecahan empayar rusia > Poland, Estonia, Latvia dan Lithuania
3) Kesan terhadap negara kita
- bagi menyekat kebangkitan orang malyu, raja2 melayu diminta menandatangani perisytiharan perang
- menyokong dan memberi taat setia kepada kerajaan British
- pelbagai undang2 berkaitan perang diluluskan oleh pentadbiran British
- kemakmuran ekonomi negeri melayu dimanipulasi oleh british, wang hasil bijih timah dan getah untuk membiayai operasi british dalam perang dunia pertama
Faktor tercetus perang dunia kedua di eropah
1) ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailles
- Jerman menganggap:
> perjanjian versailles tidak adil
> menjejaskan kedaulatan negaranya
mengalami:
i. kehilangan tanah jajahan
ii. pampasan perang yang tinggi
iii. kemelesetan ekonomi dan inflasi
Itali, negara mnyertai pakatan bertiga
- tidak diberikan tanah jajahan baharu seperti yang diperoleh perancis dan poland
2)Kemunculan ideologi baharu
a. gerakan fasisme di ITALI
- pimpinan benito mussolini
- parti fasis menguasai kerajaan Itali
- mementingkan negara lebih daripada kepentingan individu
- berperang bagi meningkatkan imej negara itali
b. gerakan nazisme di JERMAN
- pimpinan Adolf Hitler
0 parti Nazi membentuk kerajaan di jerman
- nazisme mengagungkan bangsa jerman
- versailles: membina angkatan tentera semula
- menduduki Rhineland semula
3) Kegagalan liga bangsa-bangsa
cabaran liga bangsa-bangsa:
(a) Krisis manchuria
(b) perjanjian pelucutan senjata
(c) krisis habsyah
Faktor tercetus peluasan kuasa jepun di rantau asia pasifik
1) dasar perluasan kuasa jepun
a. keperluan perindustrian
- mengurangkan pergantungan kepada negara barat mendapatkan bahan mentah
- memerlukan wilayah bagi membekalkan bahan mentah dan menjadi kawasan pasaran bagi mengembangkan perindustrian
b. pengaruh golongan tentera
- jepun mempunyai angkatan tentera paling moden
- jepun semakin agresif kerana golongan tentera menguasai politik
- golongan tentera berpendapat masalah ekonomi jepun boleh diselesaikan menerusi penaklukan kawasan yang kaya dengan bahan mentah dan menjadi kawasan pasaran
c. mewujudkan orde baharu asia
2) sekatan ekonomi terhadap jepun
- menghalang jepun drp memperoleh bahan mentah diperlukan untuk industri dan operasi perang
3) rancangan penaklukan wilayah di selatan
- kuasa paksi membolehkan kerajaan jerman menghantar pakarnya ke jepun
> mengkaji serangan terhadap wilayah selatan
> membantu perkembangan industri pembuatan kapal terbang jepun
faktor kedatangan jepun ke negara kita
1) eksploitasi sumber bahan mentah
- keperluan perindustrian ekoran pembaharuan meiji dan operasi ketenteraan jepun
- Tanah melayu: pengeluar utama bijih timah dan getah di dunia selain emas, arang batu
- sarawak: sumber minyak, terutama di miri dan lutong
2) Kepentingan strategik ketenteraan
- kedudukan strategik negara kita sesuai untuk ketenteraan jepun
- penguasaan singapura
- penguasaan pulau borneo: menjayakan operasi penaklukan tentera jepun di pulau jawa
Apakah dasar pentadbiran yang dilaksanakan tentera jepun di negara kita
1) pentadbiran tentera jepun
- tanah melayu dan sumatera ditadbir secara berasingan
> perbezaan sistem politik dan ekonomi yang ketara
- Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu dipindah ke pentadbiran kerajaan Thailand
2) Dasar terhadap raja2 melayu
- mengiktiraf kedudukan raja-raja melayu di persidangan raja2 tanah melayu dan sumatera di singapura
> sebagai ketua hal ehwal agama islam dan adat melayu
> diberikan bayaran pencen seperti sebelum perang
3) dasar terhadap kepimpinan tempatan
- memberi peluang kenaikan pangkat kpd pemimpin tempatan yang berpendidikan dan berpengalaman
> mengatasi masalah kekurangan pegawai dan mendapatkan sokongan penduduk
Jelaskan dasar ekonomi yang diperkenalkan oleh Jepun
1) akibat kemelesetan ekonomi
> melaksanakan sistem ekonomi kawalan
(a) rancangan pengeluaran lima tahun
- mengawal selia pelupusan barangan
Apakah yang dilakukan oleh jepun dalam dasar sosial
1) Pendidikan
- jepun menutup sekolah inggeris dan cina
> bangunan itu digunakan untuk keperluan pentadbiran tentera jepun
- sistem persekolahan jepun diperkenalkan
> mencapai teknologi industri dan meningkatkan disiplin
2) sikap jepun terhadap agama
- bagi membendung kegiatan penentangan terhadap pendudukan Jepun
> menghormati agama islam dan adat melayu serta tidak campur tangan dalam adat resam tempatan
> kelas pengajian al-quran dan sekolah agama diteruskan semula