Bab 2: Kebangkitan nasionalisme Flashcards
Maksud nasionalisme
1) perasaan cinta yang mendalam terhadap bangsa dan negara
2) semangat kebangsaan sikap perjuangan menentang penjajahan
3) pembelaan terhadap bangsa dan negara
4) gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada penguasaan orang asing
Hans kohn nasionalisme bermaksud
gerakan meletakkan kesetiaan hanya pada negara/bangsanya
Profesor william R roff nasionalisme bermaksud
kebangkitan nasionalisme melayu ialah kesedaran dan ketegasan diri pada dekad terakhir sebelum perang dunia kedua
dato onn jaafar nasionalisme bermaksud
mezahirkan suatu bangsa yang lebih tegap dan kuat
sebab revolusi amerika
- tindakan british tidak melindungi hak penduduk amerika
- penduduk amerika menentang akta diperkenalkan untuk memungut cukai di jajahan tersebut
- sperti akta pelayaran, akta gula, akta setem dan akta teh
sebab revolusi keagungan
- keinginan menegakkan kedaultan parlimen dan hak asaasi rakyat
- raja james II mengabaikan parlimen semasa menggubal undang-undang, menentang pemerintahan berkuasa mutlak oleh ahli parlimen
sebab revolusi perancis
- memperjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraan oleh golongan pemikir perancis
- rousseau menulis The Social Contract
sebab nasionalisme di india
menentang dasar imperialisme british
1) dahagi india
- pemberontakan dilancarkan dilancarkan oleh askar upahan british berbangsa India
- sebab: ancaman pada adat, budaya dan agama masyarakat setempat
2) isu sosioagama
- pertubuhan (a) Brahmo Samaj (b) Arya Samaj
3) muncul golongan intelektual
- menyuarakan pandangan
- pertubuhan (a) INC (b) Liga Muslim
- selepas perang dunia pertama, INC tidak bererjasama dgn british
- selepas perang dunia kedua: INC dan Liga Muslim membentuk jawatankuasa khas bagi merangka rancangan pembahagian India
4) gerakan bersifat keras
Nasionalisme di China
mengukuhkan peradaban China drp ancaman penguasaan politik dan ekonomi oleh kuasa asing
1) menentang kelemahan pemerintahan Dinasti Manchu
- dianggap sebagai orang luar dan kehilangan mandat
- masyarakat china hilang kepercayaan
2) gerakan nasionalisme bercorak anti-barat menentang campur tangan kuasa barat
- ideologi perjuangan : nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial
Nasionalisme di Jepun
digerakkan oleh pemerintah Jepun kerana kesedaran untuk mencapai kemajuan bagi mengelakkan ancaman imperialisme Barat
1) melancarkan gerakan pemulihan jepun
- dgn menekankan pemodenan mengikut model barat
- supaya dihormati oleh kuasa barat
- prinsip dan semangat bushido: membina nasionalisme
2) pemulihan meliputi gerakan pembaharuan dalam semua aspek kehidupan
Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir
mempertahankan sistem pemerintahan isalah dan agama islam yang diancam oleh imperialisme barat
1) gerakan islah
2) gerakan pan islamisme
Bandingkan perjuangan gerakan islah dan gerakan pan islamisme
Gerakan Islah
- menyeru umat islam berpegang pada ajaran islam yg sebenar
- memperbaik kehidupan masyarakat bagi melepaskan diri drp penjajahan
Gerakan pan islamisme
- mnyeru penyatuan persaudaraan umat islam seluruh dunia
Tujuan Nasionalisme di Filipina
menghapuskan penjajahan asing
nasionalisme di filipina
tokoh nasionalis
1) Jose Rizal
2) Bonifacio
3) Aguinaldo
Nasionalisme di Filipina
apakah yang diperjuangkan Jose Rizal
GERAKAN PROPAGANDA
- menuntut FIlipina dijadikan sebahagian daripada wilayah Sepanyol yg mempunyai hak yang sama seperti bangsa Sepanyol
- Liga filipina : mendesak kerajaan sepanyol melakuan perubahan politik, eko & sosial
Nasionalisme di Filipina
apakah yang diperjuangkan Bonifacio
KATIPUNAN
-memperoleh kemerdekaan Filipina melalui revolusi
- melancarkan revolusi Filipina dipimpin: Bonifacio dan Aguinaldo GAGAL
Nasionalisme di Filipina
apakah yang diperjuangkan Aguinaldo
- bekerjasama dengan Amerika Syarikat berjaya mengusir Sepanyol dari FIlipina
- Perisytiharan Kemerdekaan Filipina tidak diiktiraf oleh Amerika Syarikat
faktor kebangkitan Nasionalisme di Burma
1) golongan kelas pertengahan berpendidikan Barat
- sebab: pengaruh British mengancam kedudukan agama Buddha
- menubuhkan Persatuan Belia Buddha
> mengekalkan tradisi Buddha, pendidikan dan kebudayaan Burma menggunakan isu kasut membangkitkan nasionalisme
2) Revolusi Pelajar
- menuntu penubuhan universiti untuk mereka
3) Golongan sami Buddha
- menubuhkan majlis am sangha samagyi
4) pengenalan perlembagaan burm yang memisahkakn Burma dengan India
- golongan thakin