Bab 1 Warisan negara bangsa Flashcards
ciri-ciri negara bangsa kerajaan alam melayu
1) raja
- tonggak utama kerajaan
- kedudukan raja diperkukuh dengan sistem pentadbiran dibantu oleh para pembesar
- memperoleh ketaatan daripada rakyatnya
2) undang-undang
- memastikan kesejahteraan sesebuah kerajaan
- menjadi panduan dalam pentadbiran kerajaan
3) wilayah pengaruh
- merupakan kawasan yang rakyatnya menerima pemerintahan seseorang raja
4) rakyat
- merujuk penduduk di dalam sesebuah wilayah yang setia kepada raja
- tidak menderhaka
Srivijaya bermaksud…
i) sri
ii) vijaya
i) bercahaya
ii) kemenangan
fungsi inskripsi telaga batu
digunakan dalam upacara persetiaan antara pemerintah & golongan diperintah kerajaan srivijaya
ciri-ciri negara bangsa kesultanan melayu melaka
1) kerajaan
- pemerintah tertinggi dan dibantu pembesar
- pemerintah beraja diperkukuh dengan sistem pembesar empat lipatan yang menjadi tonggak pentadbiran melaka
2) kedaultan
- lambang kuasa tertinggi seseorang sultan
- juga hak mutla sultan untuk mengawal rakyat dan wilayah
3) lambang kebesaran
- merupakan indentiti sesebuah kerajaan dan keistimewaan sultan melaka
- juga simbol kedaulatan sultan yang memerintah
- contoh: cap mohor
4) rakyat
- memberi taat setia kepada sultan melaka, mematuhi undang-undang dikuatkuasakan dalam kesultanan melayu melaka
- rakyat melayu terdiri daripada orang melayu dan orang laut
- golongan diperintah terdiri rakat golongan merdeka dan hamba
5) wilayah pengaruh
- kawasan pemerintahan raja yang diterima oleh rakyat
6) undang-undang
- undang-undang bertulis: Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka
- mengukuhkan kerajaan dan melindungi rakyat
Sistem pentadbiran kesultanan melayu melaka
- dikenali sebagai pembesar empat lipatan
- sultan melaka memberi kuasa mentadbir sesuatu wilayah, sungai/pulau kepada para pembesar berempat
1) sultan
- ketua pemerintahan
- berkuasa dalam segala aspek (pemerintahan, peperangan, hubungan diplomatik dan agama
2) pembesar berempat
- bendahara, penghulu bendahari, laksamana dan temenggung
sistem pentadbiran kesultan melayu melaka mempunyai 2 peringkat iaitu…
1) pentadbiran peringkat pusat
a) dilaksanakan oleh pembesar berempat
~terdiri bendahara, penghulu bendahari, temenggung, laksamana
b) Bendahara
- pembesar yang mempunyai tugas dan peranan sangat penting
- tugas: ketua pentadbir, menasihati sultan dalam pelbagai hal
c) mempunyai sistem kewangan yang teratur
- sumber pendapatan kesultanan melayu melaka diperoleh daripada segala jenis cukai daripada wilayah taklukan serta naungan
- penghulu bendahari dilantik menguruskan perbendaharaan secara teratur
- hasil perbendaharaan disalurkan untuk kepentingan kerajaan seperti membeli senjata dan membina istana
d) mempunyai sistem keselamatan yang kemas
- menjaga keamanan di darat dan di laut
- temenggung dilantik menjaga keselamatan kota melaka
- laksamana bertindak sebagai panglima angkatan laut melaka
2) Peringkat jajahan
- pembesar ditugaskan menguruskan pentadbiran di daerah dan kampung
- pembesar dilantik oleh sultan dan pembesarberempat
- berperanan menjaga keamanan kawasan pentadbiran
Apakah wilayah taklukan
melalui peperangan
apakah wilayah naungan
melalui perkahwinan atau persahabatan
Kandungan hukum kanun melaka
1) jenayah
- menggugat keharmonian kesultan melayu melaka
- membunuh orang lain tanpa pengetahuan raja/pembesar maka dia akan dihuum bunuh
- hukuman bunuh dikenakan kepada sesiapa yang ingkar arahan dan memalsukan titah sultan
2) peranan sultan dan pembesar
- setiap pembesar melaka mempunyai peranan dalam pentadbiran
- sultan bertanggungjwab untuk melantik pembesar, contoh: bendahara & temenggung
3) kekeluargaan
- isu kekeluargaan diberi perhatian oleh kesultanan melayu melaka
- undang-undang keluarga bertujuan mewujudkan keharmonian dalam keluarga dan menyelesaikan masalah dihadapi oleh keluarga
4) ekonomi
- undang ini mempunyai peraturan yang jelas tentang urus niaga untuk mengawal perdagangan di melaka
kandungan undang-undang laut melaka
1) peranan nakhoda
- nakhoda berkuasa penuh sebagai raja dalam pelayaran
- semua pihak harus mematuhi arahan dan perintah nakhoda
2) pelayaran
- menjelaskan peranan beberapa pegawai selain nakhoda termasuklah jurumudi, malim dan jurubatu
- malim harus arif tentang ilmu pelayaran
- malim mengetahui keadaan ombak, arus dan kedudukan bulan dan bintang agar pelayaran berada dalam keadaan selamat
3) jenayah di atas kapal
- perbuatan jenayah di atas kapal akan menggugat keselamatan isi kapal
4) percukaian
- percukaian yang sistematik dan adil dinyatakan
- pelbagai cukai dikenakan dalam urusan pelayaran untuk perdagangan
- cth: cukai perjalanan dan hasil perniagaan
apakah waadat
perjanjian
Peranan sultan
1) menjaga keselamtan rakyat negeri
2) mewujudkan perpaduan rakyat
3) memperkenalkan undang-undang untuk mengawal rakyat
Peranan pembesar
1) memelihara keamanan dan kebajikan rakyat di kawasan pegangan
2) menjadi perantara antara sultan dengan raykat
3) mengutip hasil melalui sistem serah
Peranan rakyat
1) memberi taat setia kepada pemerintah
2) mematuhi segala arahan pemerintah dan tidak akan menderhaka
3) menjadi tentera
4) menyumbang tenaga kerja seperti membina istana/jalan