9.3 Langkah Penggubalan Perlembagaan PTM yang Merdeka Flashcards
Sebanyak 131 memorandum bertulis diterima antaranya daripada raja-raja Melayu , parti politik, badan awam dan badan perseorangan untuk dipertimbangkan.
Memorandum tersebut adalah tentang ?
Memorandum ini berkaitan dengan :
- corak pentadbiran
- kewarganegaraan
- kedudukan orang melayu
- bahasa
- pendidikan
Memorandum daripada pihak Raja-raja Melayu
- mencadangkan supaya Persekutuan yang merdeka mempunyai “Ketua Negara” iaitu Yang di-Pertuan Agong
- Harus dipilih daripada Raja-raja Melayu berdasrkan kekanaan
- Tempoh jawatan 5 tahun
- boleh meletakkan jawatan dengan persetujuan Majlis Raja-raja
- Raja-raja Melayu melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan memelihara kepentingan sah kaum lain
Memorandum daripada Parti Politik dan pihak awam:
- Soal Kewarganegaraan
2. Bahasa dan Pendidikan
- Soal Kewarganegaraan
- Parti Perikatan menyuarakan memorandum yang dinamakan Testament Amanah Politik Perikatan
- Terdapat perbezaan pandangan tentang jus soli
- Terdapat beberapa pihak UMNO menolak kewarganegaraan jus soli
- Dewan Perniagaan Melayu memohon mengetatkan soal kewarganegaraan
- Persatuan Dewan Perniagaan Cina se-Malaya menggesa suruhanjaya membuat peruntukan bagi kewarganegaraan menerusi kelahiran
- Masyarakat India menuntut kedudukan kewarganegaraan
- Masyarakat Serani mahu hak mereka dipertahankan
- Bahasa dan Pendidikan
- MCA menuntut semua sekolah yang ada aliran bahasa inggeris atau vernakular diteruskan
- Memorandum juga mencadangkan supaya semua sekolah mempelajari bahasa Inggeris, Melayu,Cina dan Tamil
Perkara yang ada dalam Draf Perlembagaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perlembagaan PTM
- Meneruskan sistem kerajaan Persekutuan dengan setiap negeri mempunyai kuasa tertentu
- Sistem kewarganegaraan berasaskan jus soli kepada semua yang lahir di Tanah Melayu
- Kedudukan istimewa orang Melayu diteruskan
- konsep Raja Berpelembagaan diterima dengan seorang raja dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong
- Dewan Negara dan Dewan Rakyat dibentuk
Reaksi terhadap Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu oleh beberapa pihak…
- ahli UMNO
- Parti PAS
- Dato’ Onn Jaafar daripada Parti Negara
- Sebahagian pertubuhan masyarakat cina
- Ahli UMNO
- Terdapat beberapa ahli UMNO tidak bersetuju dengan kewarganegaraan jus soli kerana bimbang kedudukan orang Melayu akan tergugat
- Agama islam mestllah dijadikan agama rasmi
- Bahasa Melayu mestilah dijadikan Bahasa rasmi
- Parti PAS
- Parti PAS mengkritik soal kewarganegaraan yang dianggap tidak menjaga kepentingan orang melayu
- mahu kedudukan agama islam menjadi asas pemerintahan negara
- menuntut bahasa melayu dijadikan bahasa rasmi
- Dato’ Onn Jaafar daripada Parti Negara
- menolak syarat kewarganegaraan yang longgar
- Hal ini mendorong parti Negara, parti Rakyat dan PAS mengadakan kongres pada 4 mei 1957 hingga 7 mei 1957 untuk membincangkan draf perlembagaan ini
- Sebahagian pertubuhan masyarakat cina
- ingin menjadikan bahasa Mandarin sebagai bahasa rasmi
- MIC mahukan syarat kewarganegaraan dan penggunaan bahasa Tamil diberikan perhatian
Apakah yang berlaku pada 9 Mei 1957?
- Tunku Abd Rahman, Dato Onn Jaafar, Ong Yoke LIn dan V.T. Sambanthan berlepas ke London
- untuk berbincang dengan kerajaan British tentang isu kewarganegaraan dan beberapa isu yang belum muktamad
- Beberapa pindaan dibuat terhadap draf perlembagaan dan dibincangkan dalam Majlis Raja-Raja
Draf ini kemudiannya dibawa ke Majlis Perundangan Persekutuan untuk dibentangkan dan dibahaskan pada…
10 - 11 Julai 1957
Bilakah draf perlembagaan diluluskan oleh parlimen british dan Majlis Perundangan?
27 ogos 1957
Perlembagaan PTM 1957 berkuat kuasa secara rasmi pada…
31 ogos 1957