9.2 Peranan suruhanjaya Perlembagaan PTM Flashcards
1
Q
Suruhanjaya Perlembagaan PTM atau suruhanjaya Reid ditubuhkan oleh…
A
kerajaan British
2
Q
Apakah tugas suruhanjaya itu?
A
untuk membincangkan , menyusun dan merangka Perlembagaan PTM yang merdeka
3
Q
Peranan suruhanjaya Perlembagaan PTM atau suruhanjaya Reid
A
- memeriksa aturan perlembagaan yang ada di seluruh tanah melayu, mengambil kira kedudukan dan martabat Ratu England dan raja-raja Melayu
- memberikan cadangan kepada Perlembagaan Persekutuan, sebagai unit tunggal, bebas dan berkerajaan sendiri dalam lingkungan komanwel berdasarkan Demokrasi Berparlimen dengan dua Dewan Perundangan
- mewujudkan kerajaan pusat yang kuat dan kerajaan negeri mempunyai autonomi tertentu
- melindungi kedudukan kerajaan raja-raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan
- mencadangkan satu jawatan untuk ketua negara
- mengadakan satu bentuk kewarganegaraan bagi PTM
- menjaga kedudukan istimewa orang melayu dan kepentingan sah kaum lain
4
Q
Tugas/gerak kerja Suruhanjaya perlembagaan PTM atau suruhanjaya Reid
A
- meminta cadangan daripada semua penduduk secara bertulis atau lisan
- meneliti perlembagaan bagi negeri dalam persekutuan
- Bermesyuarat dan melawat negeri-negeri Melayu serta NNS
- mengadakan persidangan untuk membincangkan pelbagai isu
- sebanyak 118 perjumpaan diadakan dari bulan Jun hingga Oktober 1956
- mengkaji dan membuat laporan serta cadangan membentuk perlembagaan bagi sebuah negara yang merdeka
5
Q
Anggota- nggota suruhanjaya perlembagaan PTM
A
- Lord Reid (pengerusi)
- Sir William Ivor Jennings (Britain)
- Sir William Mckell (Australia)
- Hakim B. Malik (india)
- Hakim Abd Hamid (Pakistan)