9.1 Usaha Rundingan Kemerdekaan Flashcards
Pilihan raya umum 1955
menjadi asas pembentukan perlembagaan ke arah berkerajaan sendiri
Kepentingan rundingan kemerdekaan antara wakil raja-raja Melayu dengan wakil Parti Perikatan
Tunku Abdul Rahman dan wakil Raja-raja Melayu menjelaskan perlunya misi rundingan di London bagi membincangkan:
- hal keselamatan
- hubungan British- Tanah Melayu
- soal berkaitan dengan perlembagaan negara yang akan merdeka
wakil raja-raja Melayu
- Menteri Besar Perak: Dato Panglima Bukit Gantang, iaitu Dato Haji Wahab Abd Aziz
- Menteri Besar Selangor : Encik Abdul Aziz ABdul Majid
- Menteri Besar Johor: Dato Mohamad Seth Mohammad Said
- Menteri Besar Kelantan : Dato Nik Ahmad Kamil Haji Mahmood
wakil parti perikatan
- Tunku Abd Rahman
- Dato Abdul Razak Hussein
- H.S. Lee
- Dr. Ismail Abd Rahman
Perjalanan rundingan kemerdekaan
- Tunku Abd Rahman berangkat dari Kuala Lumpur ke Singapura menaiki kapal terbang
- 1 Januari 1956, pukul 5 petang , rombongan kemerdekaan menaiki kapal laut , M.V. Asia berlepas dari pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura dengan membawa semangat merdeka
- Rombongan ini singgah di Karachi, Pakistan. Kemudian, mereka menaiki kapal terbang ke London
- 14 Januari 1956, rombongan tiba di London
Siapakah yang mengetuai rombongan kemerdekaan ?
Tunku Abdul Rahman
Mengapakah beliau menyusun perjalanan rombongan dengan menaiki kapal laut ke Karachi?
-Tujuan beliau menyusun perjalanan sebegini agar dapat menggunakan masa pelayaran untuk berbincang
dengan wakil Raja-raja Melayu
-bagi mendapatkan persetujuan kedua-dua pihak dapat menyusun strategi bersama-sama apabila berunding dengan pihak British
Rundingan kemerdekaan berlangsung dari …
18 Januari 1956 hingga 6 Februari 1956
Di manakah rundingan ini berlangsung ?
Lancaster House, London
Perkara yang dirundingkan dan disepakati di London..
British
- Ahli majlis eksekutif selain Ketua Setiausaha dan Peguam Negara dilantik oleh pesuruhjaya tinggi dengan nasihat Ketua Menteri
- Kerajaan PTM harus memberikan ganti rugi kepada pegawai British yang diberhentikan
- mengadakan perjanjian pertahanan dan bantuan bersama antara PTM dan British
- Pihak British dan komanwel akan memberikan bantuan pertahanan kepada PTM
Perwakilan Tanah Melayu
- menghapuskan jawatan setiausaha kewangan dan menggantikannya dengan Menteri Kewangan
- menuntut agar Menteri Hal Ehwal Ekonomi hendaklah dalam kalangan rakyat PTM
- menginginkan menteri pertahanan daripada rakyat PTM menggantikan Pengarah Gerakan yang disandang oleh Pegawai British
- menuntut tarikh kemerdekaan tidak lewat dari 31 Ogos 1957
- berunding tentang isu suruhanjaya perlembagaan , kewangan, keselamatan dalam negeri dan perkhidmatan awam
Tunku Abd Rahman dan rombongan merdeka selamat tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka pada…
20 Februari 1956
- rombongan mereka diarak hingga ke bandar hilir