1.2.2Persekitaran tugas b) Flashcards
(b) menjelaskan faktor-faktor persekitaran umum yang merangkumi ekonomi, persaingan dan jaringan, sosiobudaya, politik dan perundangan, teknologi, prasarana, dan antarabangsa
Pelanggan
▪ Pelanggan membeli produk atau
perkhidmatan syarikat atau firma.
▪ Pelanggan boleh terdiri daripada individu, pihak
kerajaan atau syarikat lain
▪ Setiap pelanggan mempunyai ciri-ciri kehendak
yang berbeza.
Pembekal
▪ Pembekal adalah pihak yang bertanggungjawab
membekalkan bahan mentah, peralatan, barang
siap, dan separuh siap sebagi input kepada
sesebuah syarikat perniagaan.
▪ Contoh pembekal ialah pemborong, peruncit dan
agen serta broker.
▪ Fungsi penting yang dilakukan oleh pembekal
ialah memastikan
i. Tiada kekurangan barang berlaku,
ii. Tiada kelewatan dalam penghantaran
barang, dan
iii. Barang yang dihantar mestilah mengikut
spesifikasi, kualiti, dan keperluan pihak
pelanggan.
Pesaing
▪ Pesaing ialah firma perniagaan yang lain dalam
industri sama dan keluarkan produk hampir sama.
Pembiaya
▪ Pembiaya merupakan kreditor yang umumnya
merujuk kepada bank, syarikat kewangan, syarikat
insurans dan syarikat kad kredit yang memberi
bantuan kewangan bentuk pinjaman wang kepada
syarikat untuk menjalankan aktviti perniagaan.
Pemodal dan Pelabur
▪ Pemodal pula merupakan individu atau syarikat
lain yang menjadi pemilik/pelabur/pemegang
saham yang melabur modal berbentuk kewangan
dan aset dalam syarikat.
Pekerja
▪ Pekerja ialah ialah individu yang memberikan
sumbangan tenaga fizikal dan mental kepada
organisasi untuk menjalankan aktiviti perniagaan.
▪ Pekerja terdiri dari golongan mahir, separuh mahir
dan tidak mahir.
Kerajaan
▪ Kerajaan ialah pihak yang menjadi penggubal dan
dan penguatkuasa undang-undang juga memberi
sokongan kepada perniagaan.
Masyarakat
▪ Masyarakat ialah pihak yang menggunakan
produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh
firma atau organisasi perniagaan.