1.2.1Persekitaran umum a) Flashcards
a) Menjelaskan jenis-jenis persekitaran perniagaan yang merangkumi persekitaran umum dan persekitaran tugas (pihak berkepentingan atau pemilik taruh) dan hubung kait antara kedua-duanya.
Konsep persekitaran perniagaan
Keadaan sekeliling dimana sebuah perniagaan berfungsi dan merangkumi faktor faktor atau pihak yang mempengaruhi operasi dan prestasi perniagaan.
Maksud persekitaran umum
Persekitaran yang luas dan memberi kesan tidak langsung kepada sesebuah perniagaan.
Maksud persekitaran tugas
Persekitaran yang mempengaruhi secara langsung cara sesebuah perniaagan akan dikendalikan. Ia juga dikenali sebagai pihak- pihak yang berkepentingan bagi sesebuah organisasi perniagaan.
Persekitaran Ekonomi
Elemen keadaan ekonomi, sistem ekonomi yang
diamalkan, dinamik pasaran, keadaan risiko dan
ketidakpastian dalam ekonomi dan pasaran,
pendapatan pengguna, penawaran wang, kuasa
beli dan lain lain.
Persekitaran Sosiobudaya
Nilai, adat, adat resam, amalan, perubahan populasi dan
sikap yang serupa dalam sesuatu masyarakat yang
memberi kesan kepada gaya hidup, pemikiran dan
pembelian pengguna.
Persekitaran Politik dan Perundangan
Keadaan politik semasa, sistem politik yang
diamalkan, penguatkuasaan undang-undang
dalam negara, kawalan dan galakan oleh kerajaan
dan sebagainya.
Persekitaran Persaingan dan Jaringan
▪ Persekitaran persaingan merujuk kepada struktur
pasaran persaingan seperti persaingan tulin
[sempurna], monopoli, monopolistik dan oligopoli
yang mempengaruhi strategi perniagaan dan
pemasaran termasuklah jenis produk, peletakan
harga, kaedah pengedaran dan juga promosi oleh
sesebuah perniagaan.
▪ Jaringan perniagaan pula merujuk kepada pakatan
strategik atau hubungan perjanjian formal yang
dibentuk oleh perniagaan dengan pembekal,
pengilang atau pengedar untuk menghasil
Persekitaran Teknologi
Segala perubahan dalam kaedah yang digunakan dalam aktiviti perniagaan seperti aktiviti pengeluaran dan
pemasaran, perubahan dalam aspek pengetahuan,
cara melakukan tugas, perubahan penggunaan
peralatan dan lain lain yang boleh meningkatkan
produktiviti, mengurangkan kos, menggalakkan
ciptaan baru dan lain lain.
Persekitaran Prasarana (Fizikal)
Keadaan kemudahan infrastruktur, bekalan sumber tenaga,
sumber bahan mentah semulajadi, ekologi, alam
sekitar dan lain lain yang mempengaruhi
pertumbuhan perniagaan.
▪ Contohnya kemudahan jalanraya dan
pengangkutan serta bekalan tenaga boleh
menggalakkan penubuhan sesebuah organisasi
perniagaan.
Persekitaran Antarabangsa
Dunia tanpa sempadan, sistem AFTA, kawalan
undang-undang perniagaan antarabangsa,
sekatan-sekatan, cukai import eksport, perubahan
dasar kerajaan terhadap perniagaan antarabangsa,
perbezaan sosio-budaya antarabangsa yang
mempengaruhi aktiviti sesebuah perniagaan.