1.2.2 Tanggungjawab perniagaan terhadap Persekitaran Tugas d) Flashcards

(d) menjelaskan tanggungjawab perniagaan kepada pihak berkepentingan, termasuklah pelanggan, pembekal, pembiaya, pemodal/pelabur, pesaing, kerajaan, pekerja, dan masyarakat.

1
Q

Pelanggan

A

▪ Perniagaan perlu memenuhi segala citarasa dan
kehendak pelanggan.

▪ Perniagaan juga perlu sentiasa menjaga kualiti dan
mutu produk dan perkhidmatan yang ditawarkan
kepada pelanggan bagi memastikan pelanggan
terus menggunakan produk dan perkhidmatan
yang dikeluarkan oleh perniagaan tersebut.

▪ Perniagaan juga perlu sentiasa memberi maklumat
yang benar tentang produk yang dijual kepada
pelanggan.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
2
Q

Pembekal

A

▪ Perniagaan perlu bertanggungjawab untuk
membayar semua hutang kepada pembekal
mengikut tempoh yang telah ditetapkan bagi
memastikan pembekal terus membekalkan bahan
kepada perniagaan tersebut.

▪ Perniagaan juga perlu sentiasa mengikut segala
perjanjian jual beli yang telah dipersetujui bersama
pembekal.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
3
Q

Pesaing

A

▪ Perniagaan perlu sentiasa mengamalkan
persaingan yang sihat dengan pesaing.

▪ Perniagaan juga bertanggungjawab untuk tidak
mencemarkan nama baik pesaing mereka bagi
memastikan tiada pergolakan berlaku antara
perniagaan yang bersaing dalam sesuatu pasaran.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
4
Q

Pembiaya

A

▪ Perniagaan perlu bertanggungjawab untuk
membayar segala hutang kepada pembiaya
mengikut syarat yang telah ditetapkan.

▪ Perniagaan juga perlu bertanggunbgjawab untuk
membekalkan kepada pembiaya segala maklumat
yang benar dan tepat seperti yang diperlukan oleh
pihak pembiaya.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
5
Q

Pemodal dan Pelabur

A

▪ Perniagaan juga perlu bertanggungjawab untuk
memberi pulangan keuntungan yang terbaik
kepada semua pemodal dan pelabur bagi
memastikan mereka terus kekal menjadi pelabur
kepada perniagaan tersebut.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
6
Q

Pekerja

A

▪ Perniagaan perlu menyediakan suasana tempat
kerja yang baik kepada para pekerja mereka.

▪ Perniagaan juga perlu sentiasa menjaga kebajikan
pekerja, sentiasa adil dan menghormati segala idea
pekerja.

▪ Perniagaan juga perlu membayar gaji setiap
pekerja dengan secukupnya.

▪ Perniagaan perlu sentiasa memberi sokongan dan
motivasi kepada semua pekerja agar mereka sentiasa memberi yang terbaik kepada perniagaan.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
7
Q

Kerajaan

A

▪ Perniagaan perlu sentiasa mematuhi segala
peraturan kerajaan dalam menjalankan segala
aktiviti perniagaan.

▪ Perniagaan perlu memastikan perniagaan yang
dijalankan adalah didaftarkan dan mempunyai
lesen untuk berniaga.

▪ Perniagaan perlu bertanggungjawab untuk
membayar cukai keuntungan perniagaan seperti
yang ditetapkan oleh kerajaan.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
8
Q

Masyarakat

A

▪ Pernagaan perlu sentiasa peka kepada segala
perubahan dalam keperluan dan kehendak
masyarakat.

▪ Perniagaan juga perlu bertanggungjawab dalam
membantu masyarakat mengurangkan beban
masyarakat melalui derma dan bantuan kewangan
termasuk biasiswa kepada pelajar dan sebagainya.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly