zakat Flashcards
ggggggorang yang berhak menerima zakat ada berapa? dan tulis semua.
ada 8
1. fakir
2. miskin
3. muallaf
4. hamba makatab
5. amil
6. orang yang menaggung hutang
7. fi sabililah, sukarelawan yang berperang pada jalan Allah
8. ibnu sabil, orang musafir yang keputusan perbelanjaan
apa erti fakir?
- orang yang tidak mempunyai harta sama sekali
- orang yang tidak mempunyai pekerjaan sama sekali
- orang yang ada pekerjaan tapi pendapatannya terlalu kecil, iaitu tidak sampai separuh dari keperluan yang dihajatinya setiap hari
- orang yang ada harta tetapi hartanya tidak cukup untuk dibelanjakan sepanjang umurnya yang golib (63tahun)
apa erti miskin?
- orang yang ada harta tetapi tidak cukup untuk memenuhi keperluan yang dihajatinya yang patut dengan hal keadaanya sehari hari
- orang yang ada pekerjaan tetapi pendapatannya tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan yang dihajatinya yang patut dengan hal keadaanya sehari-hari iaitu pendapatannya lebih separuh daripada yang diperlukannya
bagi contoh miskin
seperti pendapatannya $6, $7, $8 atau $9 sedangkan keperluanya $10 sehari
apa erti amil?
ialah orang yang dilantik oleh pihak berkuasa untuk menguruskan hal ehwal zakat
orang yang termasuk dalam menguruskan hal ehwal zakat ada berapa? sebut semua
- orang yang memugut zakat
- orang yang menulis zakat
- orang yang membahagikan zakat kepada orang yang berhak
- orang yang menghimpunkan orang2 berhak menerima zakat
syarat2 amil ada berapa? tulis semua
ada 6.
1. islam
2. mukallaf
3. adil
4. laki2
5. mendengar
6. melihat
apa erti muallaf?
- orang yang BARU memeluk agama islam tetapi balum teguh keimanannya
- orang yang BARU memuluk agama islam dan teguh keimanannya serta mempunyai kedudukannya Dan kemuliaan dalam masyarakatnya
- orang yang memuluk agama islam Dan mempunyai pengikut2 daripada orang2 kafir, jika diberi zakat Maka dia bersedia untuk memerangi orang2 Kafir itu
- orang yang memuluk agama islam Dan mempunyai pengikut2 daripada orang2 yang ingkar daripada membayar zakat, jika diberi zakat Maka dia bersedia untuk memerangi orang2 yang ingkar daripada membayar zakat itu.
dalil Dan firman Allah SWT
surat at taubat ayat 60
apa erti hamba makatab
Hamba yang diberi peluang oleh tuannya untuk mencari Dan mengumpul harta yang tertentu dalam tempoh masa yang tertentu untuk menebus diri mereka supaya menjadi orang yang merdeka
apa pengertian orang yang menanggung hutang
- orang yang berhutang kerena kebaikan Dan maslahat ramai
- orang yang berhutang kerana kebaikan Dan maslahat diri sendiri atau keluarganya
apa ketentuan masa menerima zakat bagi orang yang berhutang keana kebaikan Dan maslahat ramai
selahi hutangnya belum selesai dijelaskan
apa maksud orang yang berhutang kerana kebaikan Dan maslahat DIRI SENDIRI ATAU KELUARGANYA
- pada pekerjaanyang harus, samaada orang yang berhutang itu taat ataupun tidak Dan sekalipun hutang itu dibelanjakan pada maksiat
- dia berhutang kerana maksiat tetapi dibelanjakannya pada pekerjaan yang harus
- berhutang kerena maksiat dibelanjakkanya pada maksiat tetapi kemuliaan Ia bertaubat Dan zhankan bahwa taubatnya itu adalah benar
apa syarat2 orang yang berhutang kerana kebaikan Dan maslahat DIRI SENDIRI ATAU KELUARGANYA
ada 3 perkara
1. tidak terdaya untuk membayar hutangnya
2. hendaklah hutangnya kerana pekerjaan yang harus atau kerana maksiat tetapi dia telah bertaubat
3. hendaklah telah tiba waktu membayar
apa erti fi sabilillah
orang yang berperang secara sukarela bagi menegakkan Dan mempertahankan kebenaran Dan kesucian agama islam