solah Flashcards
apa erti sembahyang
beberapa perkataan dan perbuatan yang
dimulakan dengan Takbiratul Ihram dan disudahi dengan salam menurut syarat-syarat yang tertentu.
hukum sembahyang ada 3 apa dia dan contohnya?
- Fardhu ‘Ain
-Sembahyang lima waktu sehari
semalam. - Fardhu Kifayah
-Sembahyang Jenazah - Sunat
-Seperti Sembahyang Hari Raya
dan Tarawih.
syarat sembahyang ada berapa dan tulis dia
ada 2
1. syarat wajib
2. syarat soh
syarat wajib sembahyang ada berepa. tulis semua
ada 6.
1. orang islam
2. berakal
3. suci daripada heid dan nifas
4. baligh
5. sejahtara penglihatan dan pendengaran
6. sampai seruan islam
syarat soh sembahyang ada berapa? tulis semua
ada 9.
1. orang islam
2. berakal
3. suci daripada hadas besar dan kecil
4. suci daripada najis pakaian, badan dan tempat
5. masuk waktu
6. menghadap qiblat
7. menutup aurat
8. mengetahui rukun2 sembahyang
9. tidak melakukan perkara yang membatalkan sembahyang
orang yang tidak diharuskan menghadap qiblat semasa sembahyang ada 2. apa dia?
- Sembahyang shidatul khauf (Dalam keadaan sedang takut)
dalam peperangan - Sembahyang Sunat Dalam Perjalanan
Cara sembahyang orang yang dalam perjalanan ada 2 perkara apa dia?
- Jika ia bersembahyang di atas kenderaan
- Jika ia bersembahyang dengan berjalan kaki.
apa aurat bagi perempuan didalam sembahyang?
ialah seluruh badannya kecuali muka dan dua tapak tangan zahir dan batin hingga pergelangannya
apa aurat luar sembahyang?
anggota badan yang wajib di tutup dan haram ke atas orang lain melihatnya
apa mengetahui rukun2 sembahyang?
ialah hendaklah seseorang itu mengetahui dan tahu membezakan fardu dan sunat serta mengetahui kifayat sembahyang
rukun sembahyang ada berapa? tulis semua.
ada 13
1. niat
2. berdiri batul
3. takbiratul ihram
4. membaca surah alfatihah
5. rukuk serta toma’ninah
6. iktidal serta toma’nina
7. sujud serta toma’nina
8. duduk diantara dua sujud serta toma’nina
9. membaca tahyat akhir
10. duduk membaca tahyat akhir
11. membaca selawat keatas nabi pada tahyat akhir
12. memberi salam
13. tertib
apa erti niat?
garak dalam hati dengan senghaja untuk menunaikan sembahyang dan disertakan dengan perbuatan sekali
perkara yang wajib dalam sembahyang niat yang fardu ada 3. apa dia?
- قَصَدْ
- تَعَرُّضْ
- تَعْيِيْن
apa aurat bagi laki2 didalam sembahyang?
ialah dari pusat hingga lutut.
apa erti menutup aurat
menutup anggota badan ketika di dalam sembahyang dengan pakaian yang suci dan dapat melindungi warna kulit.
aurat luar bagi lelaki
➢ Yang wajib di tutup ialah dari pusat hingga kedua lutut
iaitu sesama lelaki dan perempuan mahramnya.
➢ perempuan bukan mahramnya ialah seluruh badannya.
aurat luar bagi perempuan
➢ pusat dan lutut iaitu kepada lelaki mahramnya dan sesama perempuan Islam.
➢ ‘Auratnya kepada perempuan kafir ialah seluruh badan
kecuali muka, tapak tangan dan anggota zahir ketika ia
bekerja.
➢ ‘Auratnya kepada lelaki yang bukan mahramnya ialah
seluruh badannya.
apa erti perkara yang wajib dalam niat sembahyang fardu تَعْيِيْن Dan misalnya
iaitu menentukan nama sembahyang zuhur atau asar atau maghrib atau Isha atau subuh
Misalnya: Usoli fardhu subhi
(sehaja aku sembahyang fardhu subuh)
apa erti perkara yang wajib dalam niat sembahyang fardu قَصَدْ Dan misalnya
iaitu gerak hati untuk melakukan sesuatu dengan senghaja
Misalnya: Usoli
(Sahaja aku sembahyang)
apa erti perkara yang wajib dalam niat sembahyang fardu تَعَرُّضْ Dan misalnya
iaitu menjelaskan sembahyang sama ada fardhu atau sunat
Misalnya: Usoli fardhu
(sehaja aku semabahyang fardhu)
cara ruku lelaki
iaitu direnggangkan kedua-dua siku Dari rusuk
cara ruku perempuan
iaitu merapatkan kedua-dua siku ke rusuk
apa erti ruku serta tomaninah
ialah membongkokkan badan sekira-kira Kadar kedua-dua tapak tangan sampai kepada kedua-dua lutut
sujud serta toma minah
ialak sentuhan dahi dengan cara menekan kepada tempat sujud
tuliskan anggota sujud satu persatu
anggota 1) Dahi-wajib ditekankan ke tempat sujud
anggota 2,3) Dua tapak tangan iaitu perut tapak tangan Dan perut anak2 jari
-wajib
ditekankan ke tempat sujud
anggota 4,5) Dua lutut- wajib ditekankan ke tempat sujud
anggota 6,7) dua tapak kaki iaitu hujung anak jari kaki
-wajib ditekankan ke tempat sujud
bahagian rukun sembahyang ada berapa Dan jelaskan
terbahagi kepada 3
1) rukun qauli (5 perkara) - perkataan atau bacaan
2) rukun fi’li (6 perkara) - perbuatan
3) rukun qalbi (2 perkara) - pekerjaan hati