TOPIK 7: KEJURULATIHAN SUKAN Flashcards

1
Q

Apa itu Kejurulatihan Sukan? [7.1]

A

Kejurulatihan sukan merupakan proses terancang untuk membantu atlet mempelajari kemahiran dan mencapai matlamat.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
2
Q

10 Ciri-Ciri Jurulatih yang Berjaya
(mamokebepe) [7.1]

A
  1. Pengetahuan – Mempunyai pengetahuan dalam fisiologi, kecergasan, pemakanan, kecederaan, dan strategi.
  2. Beretika – Yakin, tabah, adil, ikhlas, dan bertanggungjawab.
  3. Matlamat – Pandangan jauh, visi, dan misi yang jelas.
  4. Komitmen Tinggi – Amanah, bertanggungjawab, dan tidak perlu arahan berulang.
  5. Motivasi – Sabar, tidak mudah putus asa, dan mempunyai semangat yang tinggi.
  6. Kejayaan – Berorientasi pada kejayaan dengan usaha pembaharuan.
  7. Falsafah Kejayaan – Melakukan apa sahaja untuk mencapai kejayaan.
  8. Bangunkan Personaliti – Bertindak sebagai guru, pentadbir, dan prihatin keselamatan atlet.
  9. Keseronokan dalam Latihan – Mewujudkan suasana seronok tanpa paksaan.
  10. Proaktif – Sentiasa ingin tahu, kreatif, dan berfikiran terbuka.
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
3
Q

nyatakan beberapa peranan Jurulatih [7.2]

A

Saintis – Menganalisa, menilai, dan membuat keputusan untuk kemenangan pasukan.

Pembimbing Cara – Berperanan sebagai kaunselor yang memberi semangat dan nasihat kepada atlet.

Rakan – Mengeratkan hubungan dengan atlet.

Pegawai Perhubungan Awam – Bertanggungjawab berurusan dengan media dan orang awam.

Pekerja Sosial – Membimbing, menasihati, dan membantu atlet secara sukarela.

Mengatur Program Pembangunan Sukan – Merancang program latihan yang meningkatkan prestasi atlet.

Pendidik atau Pengajar – Menyampaikan pengetahuan dan isu-isu sukan terkini kepada atlet.

Pendisiplin – Mewujudkan ganjaran dan denda, memantau tingkah laku atlet.

Pelajar – Memperbaharui ilmu melalui kajian dan kursus untuk meningkatkan prestasi kejurulatihan.

Mencari Bakat – Mengenal pasti bakat baru sebagai pelapis.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
4
Q

BERIKAN 4 TANGGUNGJAWAB JURULATIH [7.2]

A

PEMILIHAN PEMAIN
- Jurulatih diberi kuasa untuk mengambil dan menyingkirkan pemain.
- Jurulatih perlu bertindak bijak memastikan pemainnya berada dalam prestasi yang baik sepanjang masa

MENYEDIAKAN PROGRAM LATIHAN
- Kemampuan jurulatih membina program latihan yang sesuai dengan kehendak dan objektif pasukan serta menjadi penentu pada kejayaan atau kegagalan sesuatu pasukan.

MERANGKA STRATEGIK
- Jurulatih mesti mengkaji latar belakang atlet, apa rancangan permainan dan strategi melaksanakan perancanagan, dimana dan bila taktik yang bersesuaian untuk diaplikasikan serta bagaimana teknik kemahiran yang sesuai

MELATIH
- Tugas utama jurulatih adalah melatih atletnya.
- Jurulatih seharusnya mempunyai ilmu pengetahuan dan asas kemahiran sukan yang kukuh.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
5
Q

Takrifan Etika [7.3]

A

Nilai kemanusiaan yang diterima sebagai perlakuan biasa untuk sesebuah masyarakat.
Contoh: Bertanggungjawab, berani, berbudi bahasa, jujur, waras dan fleksibel.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
6
Q

Jenis etika (ada dua) [7.3]

A

Etika Profesion
Etika Kendiri

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
7
Q

Ciri-ciri Etika Profesion seseorang jurulatih [7.3]

A

Berkelayakan - Kelulusan: Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 1999 menetapkan bahawa untuk menjadi jurulatih, mereka mestilah mempunyai:
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
- Lulus Tahap 2 Sijil Kejurulatihan
- Lulus Tahap 2 Sijil Sains Sukan yang diiktiraf
- Berpengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun sebagai jurulatih sukan

Berkelakuan baik - Jurulatih perlu mengamalkan etika sebagai jurulatih dari aspek tingkah laku seperti percakapan, sikap, perangai, berpersonaliti, berperwatakan dan kestabilan emosi.
- Jurulatih mesti mmpunyai kawalan diri dan kelakuan yang boleh diterima umum seperti tidak bertindak liar / terlalu ‘excited’ ketika menghadapi kemenangan / kekalahan

Berdisiplin - Menepati masa. - Mempunyai tingkah laku yang baik. - Mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan

Bekerjasama - Mengamalkan tingkah laku yang positif. - Sentiasa menunjukkan sikap kesukanan dan budi pekerti yang mulia. - Menilai setiap atlet dengan baik dan seadilnya.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
8
Q

Ciri Etika Kendiri bagi seseorang jurulatih (tangkeperbi) [7.3]

A

Bertanggungjawab terhadap tindakan
- Bersedia menerima kritikan.
- Tidak mudah melenting dan menunding jari kepada pihak lain untuk menutup kelemahan diri.
- Mempunyai jati diri serta integriti dan tidak berlindung atas segala tindakan.

Menggalakkan keharmonian
- Tiada unsur pilih kasih / diskriminasi dalam pemilihan atlet.
- Mewujudkan komunikasi , interaksi dan toleransi antara atlet yang berbilang kaum.

Mengeratkan perpaduan
- Menjaga keharmonian pasukannya dengan tidak menimbulkan isu-isu sensitif. Seperti isu perkauman, keagamaan dan politik.
- Menerapkan nilai murni serta menggalakkan sikap bekerjasama, kesopanan dan berbudi bahasa.

Mempunyai tabiat kerja yang baik:
- Mengamal dan menggalakkan interaksi / komunikasi yang berkesan .
- Menggalakkan sikap nilai-nilai murni, kesopanan dan budi bahasa yang baik.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
9
Q

nyatakan 5 kemahiran asas kejurulatihan [7.4]

A
  1. Kemahiran Komunikasi
  2. Kemahiran Teknikal
  3. Kemahiran Taktikal
  4. Kemahiran Fizikal
  5. Kemahiran Psikologi
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
10
Q

Takrifan Kemahiran Komunikasi dan apakah jenis-jenis komunikasi. [7.4]

A

Takrifan : Merupakan keupayaan untuk menghantar dan menerima maklumat secara lisan dan bukan lisan serta dapat mempengaruhi orang lain.

Jenis-jenis komunikasi :
i. Komunikasi lisan
ii. Komunikasi bukan lisan

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
11
Q

Prinsip-prinsip asas komunikasi [7.4]

A

Prinsip-prinsip asas komunikasi :
i) Jelas : - Penggunaan nada suara dan bahasa mestilah dapat difahami dan didengari dengan jelas. ii) Tepat : – Menggunakan perkataan yang tepat serta ayat yang bernas dan jelas maksudnya.
iii) Ringkas : - Komunikasi tidak berjela-jela hingga timbul rasa bosan oleh pendengar.
iv) Lengkap : – Mesej yang hendak disampaikan hendaklah lengkap supaya penerima tidak tertanya-tanya.
v) Sopan : - Perlu menitikberatkan kesopanan serta penggunaan panggilan yang betul.
vi) Konstruktif : - membina

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
12
Q

Komunikasi lisan - huraian, kebaikan dan keburukan [7.4]

A
  • Komunikasi lisan berlaku apabila terdapat dua atau tiga komunikator duduk secara bersemuka atau dalam peristiwa bahasa seperti perbualan dalam telefon, atau tele-sidang.
  • Komunikasi lisan meliputi perbincangan, ucapan, pembentangan, mesyuarat dan perbualan telefon.

Kebaikan:
- Mesej boleh melalui saluran komunikasi dengan cepat dan sampai kepada penerima.
- Maklum balas boleh diperoleh dengan cepat.

Keburukan:
- Penghantar yang tidak pandai berkomunikasi dengan baik mungkin tidak dapat menyampaikan mesej dengan sempurna.
- Tiada rekod simpanan kekal kerana berbentuk tidak nyata seperti bercakap.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
13
Q

Komunikasi bukan lisan - huraian, kebaikan dan keburukan [7.4]

A
  • Berlaku tanpa menggunakan sebarang perkataan
  • Kandungan boleh menunjukkan maksud yang tersirat
  • Meliputi penulisan, memorandum, surat menyurat, laporan bertulis dan e-mel.
  • Komunikasi bukan lisan terbahagi kepada dua iaitu:
    i. Tingkah laku : seperti pergerakan badan dan intonasi
    ii. Unsur bukan fizikal : terdiri daripada reka bentuk bangunan, kelengkapan

Kebaikan:
- Mesej boleh disesuaikan dengan bakal penerima
- Dalam bentuk rekod tetap dan boleh disimpan lama

Keburukan:
- Penghantar tidak mempunyai kawalan terhadap mesej yang dihantar dan tidak boleh menentukan pembacanya.
- Maklum balas tidak diterima dengan segera.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
14
Q

nyatakan Kemahiran fizikal bagi seseorang jurulatih [7.4]

A
  • Jurulatih mampu mengenalpasti atlet yang cedera (pemeriksaan kesihatan).
  • Mengenalpasti tahap kecergasan fizikal (pra ujian).
  • Menyusun / merancang / mengatur program yang akan meningkatkan tahap kecergasan.
  • Tidak berlaku kejutan tahap fizikal (kesediaan pemain).
  • Atlet yang cergas fizikal lebih bersedia untuk menerima latihan yang seterusnya.
  • Pencapaian optima lebih mudah dicapai pada masa yang ditetapkan / kemuncak prestasi.
  • Persediaan diri untuk mencapai kemahiran individu dan pasukan seperti yang dirancang.
  • Meningkatkan intensiti latihan ke tahap yang lebih tinggi.
  • Mengelakkan kecederaan.
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
15
Q

Kemahiran teknikal [7.4]

A
  • Keupayaan jurulatih menggunakan kaedah, prosedur dan teknik dalam bidang yang khusus.
  • Menyediakan belanjawan.
  • Merancang jadual pertandingan.
  • Merancang dan menyelia latihan.
  • Menilai program dan aspek keselamatan.
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
16
Q

Kemahiran psikologi [7.4]

A
  • Lebih bersedia menghadapi pihak lawan.
  • Mengekalkan ketahanan mental.
  • Dapat mengawal emosi / mengurangkan stress / mengurangkan kebimbangan.
  • Meningkatkan daya juang / daya saing.
  • Sanggup menerima cabaran walaupun ada kelemahan, kekurangan dan kesakitan.
  • Meningkatkan tumpuan / fokus pemain.
  • Meningkatkan motivasi
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
17
Q

Kesan komunikasi yang tidak berkesan [7.4]

A

Rugi - Dari segi wang, gagal, membazirkan tenaga.
Perselisihan faham – Antara ketua dengan pekerja/ jurulatih dengan atlet
Salah tanggapan – Perhubungan menjadi renggang dan reaksi yang tidak sihat
Objektif tidak tercapai – Arahan kurang jelas maka tidak tercapai objektif yang diinginkan

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
18
Q

Nyatakan semua jenis gaya kejurulatihan [7.5]

A
  1. autokratik
  2. laissez-faire
  3. behaviouristik
  4. demokratik
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
19
Q

Huraikan autokratik dan nyatakan kebaikan & keburukan [7.5]

A

-Bersifat diktator, pentadbiran ialah ketua dan bukan pemimpin.
-Suka mengarah.
-Berkuasa sepenuhnya untuk mencapai matlamat.
-Melatih secara paksaan.
-Menjalankan peraturan dan undang-undang tanpa mengambil kira situasi
dan faktor kemanusiaan

KEBAIKAN
-Sesuai jika berada dalam keadaan terdesak atau darurat.
-Mempunyai pengikut dan penyokong yang berpendidikan rendah.
- Tidak mementingkan penglibatan pengikutnya dalam sesuatu pelaksanaan
atau keputusan.
-Dapat menjimatkan masa dan tenaga.

KEBURUKAN
-Mewujudkan suasana kerja yang negatif.
-Akan menimbulkan ketidakpuasan kerja atau latihan oleh atletnya.
-Mewujudkan hubungan satu hala sahaja.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
20
Q

Huraikan laissez-faire dan nyatakan kebaikan & keburukan [7.5]

A

-Organisasi membuat keputusan.
-Profil yang rendah dan membenarkan organisasi berjalan dengan
sendiri.
-Tidak ambil tahu terhadap pemulihan pemain.
-Tidak mempunyai keyakinan diri untuk memimpin.

KEBAIKAN
- Kepakaran luar kurang diperlukan.
- Penekanan organisasi kepada kreativiti dan inovasi.
- Atlet akan bersikap jujur dan berpengalaman yang boleh dipercayai.

KEBURUKAN
-Atlet berasa kurang selamat dengan ketiadaan pengurus atau
jurulatih.
-Pengikut tidak mempunyai arah tuju.
-Pengurus atau jurulatih tidak memahami peranan atlet.
-Mengalakkan konflik diantara pengikut dan kemungkinan berlaku
huru-hara.

21
Q

Huraikan behavouristik dan nyatakan kebaikan & keburukan [7.5]

A

-Mejalankan tugas tanpa mengikut undang-undang yang ada.
-Percaya kepada kerja sukarela (NGO).
–Lebih banyak mengharapkan tindakan pihak lain.
-Banyak tugas tidak dapat dilaksanakan.
-Tidak mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan

KEBAIKAN
-Dapat menimba ilmu dan pengalaman dari orang yang lebih
professional.
-Meningkatkan kreativiti diri.
-Memberi ruang dan peluang kepada pekerja untuk membaiki dan
meningkatkan prestasi diri.

KEBURUKAN
-Banyak tugas tidak terlaksana.
-Lebih kepada mengikut hati.
-Lebih kepada kerja sukarela.
-Kurang jelas dalam memberi panduan dan arahan.

22
Q

Huraikan demokratik dan nyatakan kebaikan & keburukan [7.5]

A

-Bersifat terbuka.
-Bebas membuat keputusan dan memberi pendapat.
- Mengambil kira faktor kemanusiaan
- Lebih bertimbang rasa
- Berbincang dan berkongsi idea untuk mendapatkan keputusan

KEBAIKAN
-Terdapat ruang yang mencukupi untuk membuat keputusan.
-Mewujudkan suasana perbincangan.
-Melibatkan atletnya dalam perlaksanaan atau membuat sesuatu keputusan.
-Dapat menjalankan kerja berpasukan dan penglibatan bersama.
-Memberi peluang kepada atlet untuk meningkatkan pembangunan personaliti
dan kepuasan kerja.

KEBURUKAN
-Mengambil masa yang lama bagi keputusan segera.
-Jika kesilapan tidak dapat di terima maka ia diberi kelonggaran.
-Jurulatih akan berasa terancam jika menggunakan gaya kepimpinan ini.
-Jurulatih mendapati dengan melakukannya sendiri ia lebih mudah dan kos
efektif.

23
Q

Gaya kepimpinan dikenalpasti berdasarkan: [7.5]

A
  • Kematangan atlet.
  • Keperluan organisasi sukan.
  • Situasi semasa. – Aspek budaya individu
    terlibat.
24
Q

NYATAKAN SEMUA PRINSIP DAN
PERTIMBANGAN
LATIHAN ( ada 7) [7.6]

A
  1. Prinsip perbezaan individu
  2. Adaptasi (penyesuian)
  3. Lebihan bebanan (overload )
  4. Ansur Maju
  5. Kepelbagaian latihan (variasi)
  6. Pengkhususan
  7. Kebolehbalikan
25
huraikan prinsip perbezaan individu [7.6]
Setiap individu berbeza, memiliki keunikan tersendiri. -Maka program untuk setiap orang mungkin berbeza -Program latihan perlu berdasarkan perbezaan individu Perbezaan ini mungkin darisegi : -Kesediaan pemain -Respon individu dan penerimaan pemain -Genetik -Umur
26
huraikan prinsip adaptasi [7.6]
-Sistem badan perlu diberi satu tahap intensiti serta pengkhususan untuk memcapai kesan yang positif. -Penyesuaian dapat dilakukan dengan memanipulasikan perkaraperkara seperti kekerapan, intensiti, masa dan jenis latihan
27
huraikan prinsip lebihan bebanan (overload) [7.6]
Tahap latihan perlu lebih tinggi daripada sebelumnya Boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu : -Peningkatan intensiti -Menambah jangka masa/kekerapan bagi mendatangkan kesan yang positif. -Jarak
28
huraikan prinsip ansur maju [7.6]
-Amat berkait rapat dengan prinsip tambah beban. - Tambah beban/ intensiti, jangka masa ditingkatkan dengan cara beransur ansur untuk menggelakkan kecederaan.
29
huraikan prinsip kepelbagaian latihan [7.6]
-Untuk menggekalkan minat individu dalam sesuatu aktiviti latihan fizikal dan untuk mengelakkan kebosanan -Latihan yang pelbagai tetapi masih berkait rapat dengan sukan yang diceburi. Contohnya: atlet jarak jauh boleh diberikan latihan berbasikal, untuk mengelakkan kebosanan ketika menjalani sesuatu sesi program latihan, aktiviti-aktiviti fizikal perlu dipelbagaikan.
30
huraikan prinsip pengkhususan [7.6]
-Latihan yang dijalankan hendaklah dikhususkan kepada sukan yang diceburi. -Latihan yang lebih khusus pada kemahiran yang sesuai degan acara yang akan disertai.
31
huraikan prinsip kebolehbalikan [7.6]
-Atlet perlu menjalani latihan secara berterusan untuk mengelakkan berlakunya penurunan tahap kecergasan. -Jika latihan tidak dijalankan dalam satu tempoh yang lama selepas satu sesi program latihan, maka tahap kecergasan atlet itu kembali ke tahap pralatihan semula. -Lazimnya prestasi fizikal akan menurun jika latihan tidak dilakukan lebih dari 72 jam.
32
APAKAH FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN SEBELUM MEMULAKAN LATIHAN? [7.6]
1. Tahap Kesihatan 2. Masa latihan 3. Peralatan 4. Tempat latihan 5. Memanaskan badan 6. Gerak Kendur 7. Tahap Kecergasan
32
nyatakan semua jenis kaedah latihan (ada 6) [7.7]
a) Latihan Jeda b) Latihan Fartlek c) Latihan Bebanan d) Latihan Rintangan e) Latihan Litar f) Latihan Pliometrik
32
huraikan latihan jeda [7.7]
Takrifan: Merupakan satu kaedah latihan fizikal yang melibatkan tekanan kerja yang berulang-ulang dan diselangi dengan masa rehat yang cukup. OBJEKTIF i. Meningkatkan daya tahan kardiovaskular. ii. Meningkatkan daya tahan otot iii. Meningkatkan ketangkasan, kelenturan, kekuatan dan koordinasi. iv. Menambahkan kelajuan dan kepantasan KONSEP i. Work and rest / kerja & rehat ii. Latihan yang dikawal oleh kadar denyutan nadi. Prinsip Latihan i. Prinsip nisbah di antara kerja dan masa rehat. ii. Penggunaan prinsip lebihan beban digunakan dalam menentukan intensiti kerja berdasarkan pembolehubah tertentu. iii. Dapat mengulangi aktiviti dalam masa yang singkat serta dapat pulih semula semasa latihan. Kaedah Pelaksanaan : i. Menentukan kadar nadi dan jarak kerja. ii. Bilangan ulangan untuk setiap sesi latihan. iii. Menentukan masa rehat. iv. Kekerapan latihan. ▪ Latihan yang berintensiti tinggi dan dilakukan dalam masa yang singkat memerlukan masa rehat yang berlainan dengan latihan yang berintensiti rendah/ sederhana. Contoh Latihan Jeda ▪ Masa larian 10 minit = masa rehat 5 minit (nisbah jeda kerja kepada jeda rehat = 1 : ½ ). ▪ Masa larian 3 minit = masa rehat 3 minit (nisbah jeda kerja kepada jeda rehat = 1 : 1).
33
huraikan latihan fartlek [7.7]
Takrifan: -Satu sistem latihan daya tahan yang mempunyai pelbagai kelajuan. -Dikenali sebagai ‘speed spray’. 2 jenis latihan: 1. Fartlek Terkawal : - Berada dalam grid yang telah ditetapkan dan jarak dekat (jarak, laluan, tahap kelajuan larian dan kesukaran telah ditetapkan). 2. Fartlek Bebas : - Tiada grid latihan yang khusus dalam sesuatu set latihan dan jarak yang jauh iaitu antara 4 - 8 km. Jarak dan latihan boleh ditetapkan tetapi tahap kesukaran dan kelajuan larian tidak ditetapkan. Ia bergantung kepada individu. Prosedur pelaksanaan: -Sebelum memulakan latihan, pelaku perlu melaksanakan aktiviti memanaskan badan dan regangan otot. Tujuan untuk menyediakan badan bagi aktiviti yang lebih mencabar bagi mengelakkan kecederaan dan mengelakkan dari kelesuan Objektif latihan: Meningkat / mengekalkan daya tahan kardiovaskular pemain. Membina daya tahan otot Meningkatkan keupayaan untuk melakukan aktiviti pada tahap tinggi.
34
huraikan latihan beban [7.7]
Konsep: -Latihan untuk meningkatkan kekuatan otot yang mempunyai prinsip ‘overload’, ‘spescifity’, progresif dan kelenturan latihan. Tujuan: -Meningkatkan komponen-komponen kecergasan fizikal terutama sekali dari segi kekuatan otot, kuasa dan daya tahan otot. Tiga faktor/ pembolehubah yang terlibat dalam latihan bebanan ialah: -Intensiti -Tempoh ulangan -Ulangan Objektif: -Membina daya tahan dan kekuatan otot. -Meningkatkan kuasa eksplosif. Jenis latihan bebanan: -Latihan Isometrik -Latihan Isotonik -Latihan Isokinetik Prinsip-prinsip Latihan Bebanan: -Daya tahan pula dapat dibina melalui ulangan yang banyak dengan beban yang kurang. Aktiviti latihan bebanan : - Bench press - Running - Sit ups - Leg press
35
huraikan latihan rintangan [7.7]
Takrifan: -Merupakan sejenis latihan yang mempunyai rintangan sama ada di kaki/ tangan. Matlamat dan Objektif latihan: - Meningkatkan kekuatan otot. - Meningkatkan daya tahan otot. - Meningkatkan kuasa eksplosif. - Menguat dan menebalkan tulang Aspek keselamatan: - Memastikan semua peserta melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum menjalani latihan. - Gunakan ruang dengan bijak dan berkesan. Kelebihan latihan: - Berupaya meningkatkan kapasiti anaerobik. - Dapat meningkatkan kekuatan, kelajuan, kuasa,imbangan dan komposisi badan. Kelemahan latihan: - Memerlukan rehat yang banyak. - Asid laktik mudah terkumpul selepas latihan. - Sekiranya jurulatih tidak pandai mengatur teknik berkesan, boleh mendatangkan kecederaan serta cepat lesu kepada atlet. Aktiviti-aktiviti latihan: - Hantaran bola. - Menggelecek bola berhalangan. - Menjaring gaya lompat. - Menjaga gol.
36
huraikan latihan litar [7.7]
Konsep : - Satu kaedah latihan kecergasan yang bertujuan untuk menambahkan kekuatan, daya tahan otot dan daya tahan kardiovaskular. Tujuan : - Meningkatkan ketahanan otot dengan mempercepatkan pengaliran darah serta mengatasi keletihan dan kelesuan. Ciri-ciri 1. Menggunakan prinsip ‘progressive overload’. Faktor mempengaruhi >Faktor masa >Faktor ulangan Prosedur pelaksanaan: 1) Latihan adalah apa yang hendak dicapai dalam latihan mengikut keperluan atlet. 2) Memilih jenis aktiviti. 3) Mencatat dan merekodkan aktiviti. 4) Melaksanakan aktiviti -Memanaskan badan/regangan otot. - Memastikan beban latihan yang betul. Objektif latihan: -Meningkatkan daya tahan aerobik. -Membina kekuatan dan daya tahan otot. -Membina dan meningkatkan kemampuan kardiovaskular.
37
huraikan latihan pliometrik [7.7]
KONSEP - Menggunakan kekuatan otot dalam bertindak balas untuk kelajuan pergerakan, kekuatan yang dinamik/regangan otot yang terlibat. - Salah satu daripada cara terbaik membina kuasa ekplosif untuk sukan. PRINSIP prinsip 1- Memanaskan dan menyejukkan badan. prinsip 2 - Intensiti yang tinggi. prinsip 3 - Tambah beban. OBJEKTIF >Menambahkan kekuatan dan kelenturan otot. >Menambah kan elastik dan keanjalan otot. ASPEK FISiOLOGI - Pliometrik bertindak berdasarkan tindak balas fiber otot yang berasaskan aktiviti yang kerap dan pantas. KEBURUKAN - Atlet terdedah kepada risiko kecederaan yang tinggi. - Tiada praktikal dilakukan kepada kumpulan atlet yang besar.
38
maksud periodisasi ialah [7.8]
Proses pembahagian perancangan program latihan tahunan kepada beberapa bahagian kecil yang dapat diurus dengan sistematik dan efektif
39
apakah tujuan periodisasi [7.8]
TUJUAN: 1. Merancang program latihan yang sistematik. 2. Memudahkan penyediaan jadual latihan. 3. Memudahkan untuk meramal hasil atau pencapaian matlamat
40
nyatakan 5 periodisasi latihan [7.8]
PERIODISASI LATIHAN 1. Fasa-fasa latihan. 2. Fasa bulanan (meso). 3. Latihan mingguan (makro). 4. Latihan harian (mikro). 5. Sesi latihan.
41
nyatakan fasa-fasa latihan [7.8]
FASA-FASA LATIHAN 1. Fasa persediaan - Umum - Khusus 2. Fasa pertandingan - Pra pertandingan - Pertandingan 3. Fasa Transisi
42
huraikan fasa persediaan (umum & khusus) [7.8]
FASA PERSEDIAAN UMUM 1. Tumpuan kepada pembinaan kecergasan fizikal menyeluruh dari aspek (daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular dan kekuatan). 2. Isipadu latihan adalah tinggi (85%-100%). 3. Itensiti latihan adalah sederhana (40%-70%) bergantug kepada masa diperuntukkan. 4. Jangka masa fasa ini (6-14 minggu). 5. Kaedah latihan: Long Slow Distance (LSD), fartlek, jeda dan pliometrik. FASA PERSEDIAAN KHUSUS Penekanan kepada komponen kecergasan fizikal yang lebih dominan dalam acara/ sukan atlet. 1. Isipadu latihan adalah tinggi bagi sukan berasaskan daya tahan (lari jarak jauh dan renang jarak jauh). 2. Intensiti ditingkatkan sehingga 90%. 3. Isipadu latihan 65%-80% bagi sukan berasaskan kekuatan dan kelajuan untuk sukan tenaga aerobik lebih dominan: bola sepak dan hoki. 4. Intesiti latihan ditingkatkan sehingga 95% bergantung kepada masa yang diperuntukkan. 5. Jangka masa fasa ini (6-10 minggu).
43
huraikan fasa pertandingan (pra pertandingan dan pertandingan) [7.8]
FASA PRA PERTANDINGAN 1. Penekanan khusus kepada komponen fizikal yang terdapat dalam sesuatu sukan. 2. Latihan untuk mengekal dan meningkatkan tahap kecergasan dilakukan dalam situasi kecil /simulasi permainan/ ujian masa. 3. Isipadu latihan tinggi bagi sukan daya tahan, intensiti bergantung kepada keperluan sebenar sukan. 4. Sukan kelajuan dan kekuatan, isipadu latihan sederhana (60%-70%) dan intensiti latihan ditingkatkan kepada 100%. 5. Kaedah latihan lain juga boleh diteruskan bagi sukan (kelajuan dan kekuatan). 6. Jangka masa fasa ini (6-8 minggu). 7. Ujian Pasca-kecergasan diperlukan FASA PERTANDINGAN 1. Mengekalkan kecergasan optimum yang diperlukan dalam sukan yang diceburi. 2. “TAPERING OFF” (ubahsuai intensiti dan isipadu), penurunan isipadu dan intensiti amat diperlukan, supaya atlet berada dalam prestasi puncak. 3. Kecergasan dikekalkan dan dinilai melalui permainan sebenar/ ujian masa/ jarak dan ketinggian. 4. Isipadu dan intensiti sekurang- kurangnya sama dengan keperluan sebenar sukan. 5. Latihan bebanan untuk mengekalkan daya tahan otot bagi sukan berdaya tahan. 6.Jangka masa bergantung pada format pertandingan (3-4 minggu sebelum perandingan sebenar). 7. Kaedah latihan (kaedah yang telah diamalkan dalam fasafasa sebelum ini diamalkan tetapi kekerapan hendaklah dikurangkan
44
huraikan fasa transisi [7.8]
FASA TRANSISI * Mengambil 6-10 minggu untuk pemulihan fisiologi dan psikologi seperti rawatan kecederaan dan mengatasi kebosanan. * Jangka masa bergantung kepada format pertandingan. * Rehat aktif amat digalakkan bagi mengelakkan penurunan kecergasan fizikal yang keterlaluan. * Tahap kecergasan perlu dikekalkan sekurang-kurangnya (40% - 60%) daripada kemampuan maksimum. Bertujuan menilai prestasi diri dan keberkesanan program , seterusnya merancang sesi latihan yang akan datang.
45
apakah komponen yang mempengaruhi prestasi/persediaan atlet utk pertandingan? (ada 4) [7.8]
KOMPONEN YANG MEMPENGARUHI PRESTASI/ PERSEDIAAN UNTUK PERTANDINGAN FIZIKAL: 1. Meningkatkan kecergasan dan potensi atlet serta mengembangkan keupayaan biomotor ke tahap maksimum TEKNIKAL: 1. Kaedah spesifik untuk menguasai dan meningkatkan kemahiran. TAKTIKAL: 1. Strategi yang digunakan semasa pertandingan. 2. Penguasaan teknik yang baik menentukan kejayaan sesuatu strategi (taktikal) PSIKOLOGIKAL: 1. Kemahiran dalam penetapan matlamat, mengawal kebimbangan, motivasi, imageri dan simulasi. 2. Persediaan mental atlet untuk pertandingan adalah satu prosedur saintifik dan sistematik supaya atlet lebih bersedia dari segi fizikal, teknikal, dan taktikal semasa pertandingan.
46
apakah pemboleh ubah periodisasi? (ada 3) [7.8]
PEMBOLEHUBAH PERIODISASI ISIPADU 1. Merujuk kepada keseluruhan bagi aktiviti yang dilakukan semasa latihan. 2. Isipadu adalah gabungan jangka masa latihan, jarak, beban dan kekerapan sesuatu latihan. INTENSITI/ BEBAN KERJA 1. Adalah kompnen kuantitatif kerja yang dilakukan oleh atlet bagi satu jangka masa yang diberikan dalam suatu latihan sukan. 2. Lebih banyak kerja dilakukan atlet dalam satu jangka masa yang diberikan, maka lebih tinggi intensiti. PRESTASI 1. Prestasi adalah tahap pencapaian perlakuan/ persembahan atlet dalam sesuatu pertandingaan sukan. 2. Prestasi atlet mempunyai hubungan positif dengan intensiti yang dikenakan. 3. Intensiti ditingkatkan untuk meningkatkan prestasi.
47
apakah maksud pencapaian kemuncak/peaking serta faktor berlakunya [7.8]
PENCAPAIAN KEMUNCAK/ PEAKING 1. Merupakan satu program persediaan akhir terhadap sesuatu pertandingan. 2. Atlet sudah bersedia dari segi fizikal, teknikal, taktikal dan psikologikal. 3. Pencapaian cemerlang prestasi atlet adalah hasil daripada penyesuian/ adaptasi mereka terhadap pelbagai jenis latihan yang telah dijalankan. FAKTOR PENCAPAIAN KEMUNCAK (PEAKING) >Potensi kerja yang tinggi dan kadar pemulihan yang cepat >Koordinasi neuro-muskular yang hampir sempurna. >'over compesation' >Kapasiti kerja sel saraf >Motivasi, kebangkitan, dan reaksi psikologikal. >Pemulihan