TOPIK 1: SOSIOLOGI SUKAN Flashcards
apakah maksud sosiologi sukan? [1.1]
Kajian saintifik tentang struktur dan proses sosial/interaksi dalam masyarakat dan sukan
takrifkan ‘main’ dan berikan ciri2nya [1.1]
- Satu aktiviti bebas yang
melibatkan seseorang secara
langsung. Ianya tidak
mementingkan penghargaan,
material atau keuntungan.
ciri:
* Aktiviti bebas dan sukarela
* Tiada peraturan yang khusus
* Tiada masa dan ruang yang
khusus ( dimainkan dan
dihentikan pada bila-bila
masa )
* Tiada ganjaran / hadiah
* Lebih kepada keseronokan
takrifkan ‘permainan’ dan ciri2nya [1.1]
- Satu aktiviti main yang menpunyai
undang-undang yang khusus, ada
matlamat, mempunyai elemen
pertandingan serta ada had masa dan ruang
yang ditentukan - Lebih formal
- Ada peraturan dan undang-undang
- Melibatkan kemahiran, strategik,
kemudahan dan peralatan sukan. - Keinginan untuk menang tinggi
- Ada persediaan awal sebelum bermain
takrifkan ‘sukan’ dan ciri2nya [1.1]
- Satu pertandingan dalam bentuk
permainan dan terdapat eksploitasi
individu. Sesuatu yang berstruktur dan
ada matlamat. - Sesuatu yang tersusun/ berstruktur.
- Ada matlamat
- Ada persaingan
- Ada peraturan dan undang-undang
- Ada unsur pertandingan
- Ada pemenang.
- Ada ganjaran.
nyatakan kepentingan sukan dari sudut sosial: penglibatan penonton [1.1]
➢ Kepuasan
diperolehi apabila
menonton atlet yang
diminati beraksi.
➢ Sorakan dan
sokongan padu
mencerminkan sikap
penonton yang
beretika.
➢ Sorakan
penonton akan
memotivasikan
pasukan dan dapat
meningkatkan
keyakinan diri
pemain.
nyatakan kepentingan sukan dari sudut sosial: penyertaan individu dan masy [1.1]
➢Sebagai kerjaya ( pemain,
pengurus, jurulatih dan wartawan )
➢ Bertujuan mendapat kepuasan
beraksi atau bertanding,prestij dan
hadiah yang ditawarkan (wang dan
pingat).
➢ Memberi pengetahuan tentang
undang-undang, organisasi dan
strategik dalam sukan.
➢ Melibatkan emosi dan aplikasi
dalam sukan
nyatakan kepentingan sukan dari sudut sosial: impak ekonomi [1.1]
➢ Sukan dapat
meningkatkan
ekonomi dan menjana
pendapatan negara
melalui penajaan,
pelancongan sukan,
kajian dan penghasilan
serta penjualan produk
sukan.
➢ Satu cabang
sumber kewangan
melalui kutipan cukai
dan hak penyiaran
nyatakan kepentingan sukan dari sudut sosial: gender [1.1]
➢ Penglibatan
lelaki dan wanita
dalam sukan.
➢ Merebut
peluang dan
sokongan
➢ Peluang
pekerjaan sebagai
jurulatih dan
pentadbiran
nyatakan kepentingan sukan dari sudut sosial: INTEGRASI KAUM [1.1]
➢ Melibatkan penyertaan
pelbagai kaum.
➢ Menyediakan infrastuktur
yang mencukupi untuk
kegunaan pelbagai kaum.
➢ Individu terdiri pelbagai
kaum bersatu padu dan
bekerjasama sebagai satu
pasukan menggalas cabaran
negara
nyatakan 2 jenis sosialisasi sukan [1.2]
- sosialisasi ke dalam sukan
- sosialisasi menerusi sukan
takrifkan sosialisasi ke dalam sukan [1.2]
- Individu memilih untuk melibatkan diri ke dalam sukan kerana minat dan juga kesan dari pengaruh, dorongan serta impak agen-agen sosialisasi sukan.
takrifkan sosialisasi menerusi sukan [1.2]
individu yang melibatkan sukan disebabkan oleh Elemen-elemen dalam sukan seperti sikap berkerjasama, toleransi, berdisiplin
serta menghormati individu lain dan peraturan membantu proses pembentukan sikap, nilai dan perlakuan individu tersebut.
nyatakan agen yg menjadi dorongan kpd individu melalui sosialisasi ke dalam sukan serta kepentingannya [1.2]
Pengaruh agen institusi sosial seperti:
( Keluarga, Komuniti/ Masyarakat, rakan
sebaya, media massa dan sekolah)
dapat membentuk sikap, nilai dan perlakuan yang diperlukan dalam sukan yang diceburi
nyatakan sebab individu melibatkan diri melalui sosiolisasi menerusi sukan serrta kepentingannya [1.2]
sebab: penyertaan dalam sukan yang dipilih
dapat Membentuk nilai-nilai murni berdasarkan undangundang dan peraturan sukan tersebut
cth dpt lebih berdisiplin, bertanggungjawab etc
takrifkan integrasi kaum
Percampuran kaum dapat menyatupadukan individu dari
pelbagai latar belakang, agama, budaya dan ekonomi menjadi
pasukan.
takrifkan polarisasi
Pola penempatan sesuatu kaum yang ramai akan mempengaruhi sukan yang popular di
kalangan kaum tersebut.
Contoh :
Kaum Melayu : takraw dan bola sepak
Kaum cina : Bola Keranjang
nyatakan punca berlakunya polarisasi kaum
a ) Sosial
*Masalah komunikasi dan interaksi
*Perbezaan dari segi agama dan kepercayaan
*Latar belakang kehidupan
*Latar belakang pendidikan
b) Ekonomi
*Taraf ekonomi
*Status pekerjaan
c) Politik
*Perbezaan ideologi politik
*Semangat perkauman
tinggi
nyatakan kesan polarisasi kaum dlm sukan
~Sokongan penyokong berkurangan
~Kegagalan mewujudkan pasukan terbaik
~Kemajuan sukan terhalang
~Penyisihan atlet-atlet berbakat
~Sukan didominasi oleh kaum tertentu sahaja
apakah peranan sukan dalam membantu proses integrasi kaum
~Mewujudkan semangat berpasukan
~Sentiasa mewujudkan permuafakatan atau kerjasama
~Menonjolkan imej pelbagai kaum
~Sentiasa faham kehendak sosialisasi
~Saling hormat-menghormati
~Kesepaduan pasukan
~Menghormati peraturan dan undang-undang permainan
~Sentiasa menghargai budaya sukan kaum lain
~Perlu menghormati budaya kaum lain
takrifkan dominasi sesuatu kaum dalam sukan
*Sukan yang dimonopoli atau dikuasai
oleh sesuatu kaum sahaja. Contoh : Silat
dan sepak takraw (Melayu), Bola
keranjang, ping
-pong, dan renang (Cina)
*Silambam dan kabbadi (India)
berikan sebab dominasi kaum dalam sukan
- Budaya - Sukan menjadi permainan dan budaya warisan sesuatu kaum.
- Agama - Terdapat pelbagai agama. Ada agama yang melarang penyertaan dalam
sukan tertentu terutama sukan
yang mendedahkan aurat.
Contohnya: sukan renang dan
gimnasti - Semangat Perkauman - Tidak membenarkan kaum lain terlibat dan memecahkan
monopoli kaum
berikan kesan dominasi kaum dalam sukan
*Sukan dimonopoli oleh kaum tertentu
dan tidak berkembang secara
keseluruhannya.
*Kaum lain tidak berpeluang mengambil
bahagian.
*Menghalang kemajuan sukan tersebut
ke peringkat yang lebih baik.
*Pemain berkebolehan dari kaum lain
tidak berpeluang mewakili pasukan.
*Perbezaan ketara dari segi mutu
permainan antara kaum.
*Menguatkan lagi jurang perbezaan dan
sifat perkauman
*Tidak wujud perpaduan kaum
*Tidak mencapai tahap yang
membanggakan
berikan langkah untuk mengatasi dominasi kaum dalam sukan
- Membuka peluang kepada kaum
lain untuk menceburi sukan tersebut. - Memperkenalkan sukan tersebut
kepada kaum lain demi kemajuan sukan. - Mengadakan kempen secara berterusan bagi menarik minat kaum lain menyertainya.
- Bekerjasama dengan persatuan
pasukan berkenaan bagi mengembangkannya kepada semua kaum
nyatakan halangan penglibatan wanita dalam sukan
- Fisiologi wanita : adanya kitaran haid dan kehamilan
- Keselamatan ketika di luar rumah
- Emosi : wanita kurang yakin, tahap ketakutan dan kebimbangan tinggi
- Halangan keluarga: keluarga lebih mementingkan pelajaran/akademik daripada sukan serta mementingkan ciri-ciri kewanitaan
- Halangan budaya, agama dan masyarakat
- Kekurangan wanita yang boleh dijadikan role model/tak ramai atlet wanita yang telah berjaya
- Persekitaran: Keluarga tidak meminati sukan, cuaca yang kurang baik dan masalah kewangan
berikan langkah untuk meningkatkan penglibatan wanita dalam sukan
õ Peluang: pekerjaan/ penyertai program-program sukan
õ Undang-undang: penglibatan sama rata dalam sukan
õ Pertubuhan wanita: menuntut layanan sama rata dalam penglibatan
õ Kesihatan dan kecergasan: kesedaran penjagaan kesihatan dan
kecergasan
õ Kerjaya dalam bidang sukan contoh: pemain profesional,
fisioterapi, peniagaan dan lain-lain.
õ Peranan media massa mengadakan kempen dan menyiarkan
informasi terkini berkaitan wanita dan bidang sukan ( kejayaan).
õ Sumber ekonomi dalam bidang perniagaan dan modelling sukan
õ Galakan kerajaan: (peringkat sek ,kebangsaan dan antrabangsa)
õ Dasar kerajaan : satu murid satu sukan
õ Galakan penyertaan awal di peringkat kanak-kanak
õ Penyediaan infrastruktur dan kemudahan sukan yg lengkap:
contoh : kolam renang ,beli alatan dan sebagainya.
õ Galakan ibu bapa : dorongan untk menghadiri latihan sukan yang
lengkap dan sesuai.
apakah peranan sukan sebagai industri dalam meningkatkan ekonomi?/bagaimanakah sukan menjana pendapatan?
melalui:
* Penganjuran Sukan - Penganjuran sukan popolar yang bertaraf dunia yang berpotensi menarik
pelancong seperti Grand Frix Formula 1, La De Tour Langkawi dan
Monsun Cup.
- Penajaan - Melalui penaja, syarikat yang menaja sesebuah pasukan tersebut dapat mempromosikan keluaran
barangan syarikat mereka. - Pelancongan Sukan - Pertukaran mata wang asing dan meningkatkan nilai mata wang Negara.
- Penghasilan Produk Sukan - - Barangan buatan malaysia ini akan dipasarkan di dalam dan di luar
negara untuk ekonomi negara cth 100plus - Perolehan Hak Siaran - Bayaran dari hak siaran dapat meningkatkan ekonomi negara dari
segi jumlah tontonan. - Sektor Perkhidmatan - Penyediaan pengangkutan awam, infrastruktur dan penginapan yang selesa.