Tajuk 2: Pasaran Barang dan Harga Flashcards
Definisi permintaan
kesanggupan pengguna untuk membeli suatu kuantiti barang dan perkhidmatan pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu
maksud hukum permintaan
hubungan songsang (negatif) antara kuantiti diminta dengan tingkat harga
3 faktor keluk permintaan bercerun negatif
- faktor barang pengganti
- faktor pendapatan benar
- faktor utiliti sut berkurangan
Definisi keluk permintaan
keluk yang menunjukkan hubungan antara tingkat harga barang tersebut dengan kuantiti diminta
Fungsi/ persamaan permintaan
P = c - dQ Q = a - bP
10 faktor yang mempengaruhi permintaan
- harga barang itu sendiri
- harga barang lain
- cita rasa pengguna
- pendapatan pengguna
- jangkaan masa depan
- saiz dan struktur penduduk
- dasar kerajaan
- agihan pendapatan
- kadar faedah dan kemudahan kredit
- musim
Definisi penawaran
jumlah kuantiti barang/ perkhidmatan yang sedia ditawarkan oleh pengeluar pada suatu tingkat harga dalam satu jangka masa tertentu
maksud hukum penawaran
hubungan langsung (positif) antara harga barang tersebut dengan kuantiti yang ditawar
Fungsi/ persamaan penawaran
P = c + dQ Q = a + bP
10 faktor yang mempengaruhi penawaran
- harga barang itu sendiri (ceteris paribus)
- harga barang lain
- harga faktor pengeluaran (kos input)
- matlamat pengeluar
- teknologi pengeluaran
- dasar kerajaan
- bilangan pengeluar
- daya pengeluaran buruh
- jangka harga masa depan
- cuaca
Definisi keseimbangan pasaran
keadaan apabila kuantiti diminta sama dengan kuantiti ditawar
Maksud lebihan penawaran
kuantiti ditawarkan melebihi kuantiti diminta
maksud lebihan permintaan
kuantiti diminta melebihi kuantiti ditawar
Definisi lebihan pengguna
perbezaan antara harga yang sanggup dibayar oleh pengguna atas sesuatu barang yang dibeli dengan tingkat harga sebenar yang dibayar dalam pasaran
Formula lebihan pengguna
harga yang mampu dibayar - harga sebenar dalam pasaran
Definisi lebihan pengeluar
perbezaan antara harga yang sebenar diterima oleh pengeluar di pasaran dengan tingkat harga yang sanggup diterima atas sesuatu barang yang ditawarkan
formula lebihan pengeluar
harga sebenar diterima - harga yang sanggup diterima
4 peranan kerajaan dalam penentuan tingkat harga
- dasar harga maksimum
- dasar harga minimum
- cukai
- subsidi
fungsi penawaran selepas cukai
P = c + dQ + cukai Q = a + b (P - cukai)
fungsi penawaran selepas subsidi
P = c + dQ - subsidi Q = a + b (P + subsidi)
3 jenis keanjalan permintaan
- harga
- silang
- pendapatan
Definisi keanjalan permintaan harga
suatu ukuran tentang darjah tindak balas dalam kuantiti diminta dengan akibat perubahan harga barang tersebut
Rumus nilai keanjalan permintaan harga
Ed = % perubahan kuantiti diminta / % perubahan harga
7 faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaa harga
- barang pengganti
- nisbah perbelanjaan daripada pendapatan pengguna
- kegunaan barang tersebut
- kepentingan sesuatu barang
- jangka masa
- penangguhan penggunaan sesuatu barang
- ketagihan