Tajuk 1: Pengenalan Flashcards
Definisi ilmu ekonomi
kajian sains sosial yang mengkaji perlakuan individu dan masyarakat dalam memperuntukkan dan mengagihkan faktor pengeluaran yang terhad bagi memenuhi kehendah yang tidak terhad
Dua analisis ilmu mikroekonomi
mikroekonomi & makroekonomi
Sumber ekonomi dikenali sebagai:
Faktor pengeluaran
Definisi sumber ekonomi
suatu barang fizikal yang digunakan dalam proses pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan
Jenis-jenis sumber ekonomi
Tanah, Buruh, Modal, Usahawan
Definisi tanah
sumber asli atau anugerah alam yang terdapat di permukaan bumi dan dalam perut bumi
Definisi buruh
Sumbangan individu secara mental mahupun fizikal dalam proses pengeluaran
Definisi modal
sumber ekonomi yang dicipta oleh manusia untuk membantu firma mengeluarkan barang dan perkhidmatan
Definisi usahawan
individu yang bertanggungjawab dan mempunyai inisiatif untuk menggabungkan sumber ekonomi yang lain untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan
Pulangan / ganjaran tanah
sewa
Pulangan / ganjaran buruh
upah / gaji
Pulangan / ganjaran modal
bunga/faedah/dividen
Pulangan / ganjaran usahawan
untung
4 perbezaan buruh dan usahawan
- risiko kerugian
- perancanga inovasi
- ganjaran
- definisi
Definisi teknologi
pengetahuan dan teknik yg digunakan untuk menggabungkan sumber ekonomi terhad dalam proses pengeluaran
Definisi kehendak manusia
barang dan perkhidmatan yang ingin diperoleh oleh individu untuk mencapai kehidupan lebih selesa
3 kumpulan utama barang
- barang ekonomi
- barang percuma
- barang awam/ persendirian
Definisi barang ekonomi
barang yang dikeuarkan oleh pihak swasta dan melibatkan kos pengeluaran
Definisi barang pengguna
barang yang dapat memberikan kepuasan secara lagsung kepada pengguna
Definisi barang modal
barang yang digunakan untuk menghasilkan barang lain
Definisi barang perataraan
barang yang digunakan sebagai input oleh firma lain dalam menghasilkan barang atau perkhidmatan lain
Definisi barang percuma
barang yang merupakan anugerah semula jadi dan boleh diperoleh tanpa melibatkan kos
Definisi barang awam
barang yang penggunanya tidak dapat dikecualikan daripada menggunakannya dan tidak bersaing
definisi barang persendirian
barang yang dibiayai oleh individu itu sendiri
Definisi masalah kekurangan
kekurangan sumber ekonomi yang dapat digunakan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan demi memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad
Definisi kos lepas
barangan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatakan barang yang terbaik
3 masalah asas ekonomi
- apakah jenis dan berapa banyakkah barang atau perkhidmatan yang hendak dikeluarkan?
- bagaimanakah barang itu hendak dikeluarkan?
- untuk siapakah barang itu dikeluarkan?
2 kaedah pengeluaran
- berintensifkan buruh
2. berintensifkan modal
Definisi keluk kemungkinan pengeluaran (KKP)
keluk yang menunjukkan had maksimum tingkat pengeluaran yang dapat dicapai oleh masyarakat / negara berasaskan faktor-faktor pengeluaran yang sedia ada dan tingkat teknologi tertentu
4 andaian KKP
- Ekonomi hanya mengeluarkan 2 jenis barang (makanan & pakaian)
- Faktor pengeluaran yang dimiliki tetap
- Tahap kemajuan teknologi tetap
- Ekonomi mencapai tahap kecekapan maksimum (tingkat guna tenaga penuh)
Formula kos lepas
Perubahan barang pengguna/ perubahan barang modal
5 sistem ekonomi utama
- ekonomi sara diri
- ekonomi pasaran bebas
- ekonomi perancangan pusat
- ekonomi campuran
- ekonomi islam
Definisi sistem ekonomi pasaran bebas
satu sistem ekonomi yang dijalankan tanpa campur tangan kerajaan (ekonomi kapitalis/ laissez faire)
Definisi pasaran
tempat kegiatan tawar-menawar dan jual beli berlaku antara pengguna dan pengeluar
2 jenis pasaran
- pasaran barang
2. pasaran faktor
Definisi pasaran barang
tempat para pengguna dan pengeluar menentukan jumlah dan harga barang dan perkhidmatan yang dijual beli
Definisi pasaran faktor
tempat pengeluar dan pemilik faktor pengeluaran menentukan jumlah serta harga faktor pengeluaran yang digunakan bagi menghasilkan barang dan perkhidmatan yang dikehendaki masyarakat
5 Ciri-ciri sistem ekonomi pasaran bebas
- kerajaan tidak campur tangan dalam ekonomi
- pemilikan persendirian
- peranan mekanisme harga
- wujud persaingan
- keagungan pengguna dalam pasaran
5 Kebaikan sistem ekonomi pasaran bebas
- kebajikan individu dan masyarakat dimaksimumkan
- kebebasan yang luas untuk melakukan kegiatan ekonomi
- menggalakkan penggunaan barangan dan faktor pengeluaran secara cekap
- mendorong kemajuan teknologi dan inovasi
- pasaran memberikan maklumat tepat kepada pengeluar
5 kelemahan sistem ekonomi pasaran bebas
- ketidakstablian ekonomi
- agihan pendapatan yang tidak saksama
- kegagalan mengeluarkan barangan awam
- menggalakkan amalan monopoli
- kos sosial dan kesan luaran (eksternaliti negatif)
Definisi sistem ekonomi perancangan pusat (sosialis)
Segala keputusan ekonomi ditentukan oleh kerajaan
Definisi sistem ekonomi perancangan pusat (sosialis)
Segala keputusan ekonomi ditentukan oleh kerajaan
3 ciri-ciri sistem ekonomi perancangan pusat
- campur tangan kerajaan dalam ekonomi
- hak milik negara
- tiada motif keuntungan
5 kebaikan sistem ekonomi perancangan pusat
- pengeluaran secara skel besar-besaran
- kesaksamaan agihan pendapatan
- pengeluaran tanpa persaingan
- kestabilan ekonomi
- pengagihan barang
3 kelemahan sistem ekonomi perancangan pusat
- kesilapan daam membuat keputusan
- kurang motivasi dan insentif
- teknologi dan inovasi tidak berkembang
Definisi ekonomi campuran
gabungan antara sistem ekonomi pasaran bebas dengan sistem ekonomi perancangan pusat
6 ciri-ciri sistem ekonomi campuran
- pemilikan faktor pengeluaran
- pembuat keputusan
- pilihan
- penentuan harga
- persaingan
- motif
6 tujuan campurtangan kerajaan dalam sistem ekonomi
- mewujudkan kestabilan ekonomi
- menyediakan barang awam
- mengelakkan amalan monopoli
- merapatkan jurang pendapatan masyarakat
- menghapuskan kesan luaran negatif
- mengawal aktiviti pengeluaran yang bertentangan dengan undang-undang
5 peranan kerajaan dalam ekonomi
- peraturan dan undang-undang
- penentuan tingkat harga
- percukaian
- subsidi
- pemilikan kerajaan
Definisi ekonomi islam
sistem ekonomi yang menggunakan sumber-sumber alam ciptaan Allah dengan cara yang cekap dan adil berlandaskan hukum-hukum syarak
4 ciri-ciri ekonomi islam
- pemilikan sumber ekonomi
- motif ekonomi
- persaingan yang sihat dibenarkan
- kebebasan membuat keputusan ekonomi
5 keunikan ciri-ciri ekonomi islam
- sistem yang bukan ciptaan manusia
- tujuan kegiatan ekonomi
- pemilikan harta
- kebebasan perniagaan
- peranan pengguna dan pengeluar