F5 Bab 4 Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia Flashcards
Sebab Malayan Union diperkenalkan
1. Persediaan membentuk kerajaan sendiri 2, Membentuk bangsa Malayan Union 3. Menjimatkan kos pentadbiran 4. Mengawal kuasa politik orang Melayu 5. Melahirkan pentadbiran yang licin
Maksud Jus soli
kelayakan menjadi rakyat Malayan Union kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura
Ciri-ciri Perjanjian Malayan Union
- Semua NNMB, NNMTB serta NNS disatukan
- Seorang gabenor British dilantik o’ Baginda Ratu England akan mengetuai MU
- (Majlis Eksekutif dan Majis Undangan) Malayan Union dibentuk
- Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas
- Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip jus soli menjadi asas kerakyatan MU
- Raja raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu
- Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir
Gabenor pertama MU
Sir Edward Gent
Faktor org Melayu menentang MU (cases)
- Org Melayu membantah tindakan Sir Harold MacMichael yang mengugut Raja-Raja Melayu bahawa baginda akan diturunkan daripada takhta jika enggan menerima MU
(eg Sultan Badlishah, Kedah) - Kebanyakan sultan tidak diberikan masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri
(eg. Sultan Perak) - Terdapat sultan yang menandatangani Perjanjian MU atas dasar setia kawan kepada British
(eg. Sultan Selangor & Johor)
Faktor org Melayu menentang MU (in fact)
10 points
- kerakyatan yang longgar berdasarkan konsep jus soli
status quo org melayu sebagai peribumi terancam
jumlah org Melayu akan mengecil berbanding imigran
peluang ekonomi dan sosial org Melayu terjejas
- warisan kerajaan Melayu (sistem beraja, agama Islam, bm) akan terhakis serta menghapuskan kegemilangan kerajaan dan tamadun Melayu
- Kedaulatan dan kuasa Raja-Raja Melayu akan terhapus
Raja2 Melayu tidak akan menjadi pemerintah lagi di setiap negeri
Raja2 Melayu hanya menjadi ahli dalam Majlis Raja2 Melayu tanpa sebarang kuasa
Raja2 Melayu tidak menjadi pelindung kepada org Melayu lagi
kedudukan agama Islam tercabar kerana urusan pungutan zakat diletakkan di bawah kuasa gabenor British
maksud golongan Melayu radikal
whole lot from Indonesia
kumpulan orang Melayu yang
- menolak sistem politik feudal dan memandang Indonesia sebagai inspirasi
- mendokong penubuhan Melayu Raya dan bergabung dengan Indonesia Raya
Ppl who sokong MU
org dagang
golongan Melayu radikal
Pengawai Tadbir Melayu
Parti Kebangsaan Melayu Malaya
(PKMM)
Angkatan Pemuda Insaf (API)
Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
Barisan Tani Malaya (BATAS)
faktor org dagang sokong MU
- penyatuan negeri2 membantu melicinkan pentadbiran
- kerakyatan terbuka akan menghapuskan dasar perlindungan kpd org Melayu dan mereka dibenarkan mengekalkan kerakyatan asal
- mempercayai janji British untuk menawarkan kemerdekaan
Faktor PKMM API AWAS BATAS sokong MU
1, Pentadbiran MU bercirikan barat
- menghapuskan sistem feudal Melayu
- memenuhi konsep Melayu Raya yang sama dengan konsep republik di Indonesia
- penyatuan bidang kuasa pentadbiran agama Islam akan memudahkan urusan pentadbiran Islam
Faktor Pengawai Tadbir Melayu sokong MU
berpendapat British merupakan kuasa besar yang mempunyai banyak kepakaran untuk membangunkan Tanah Melayu
presiden pertama PKMM
timbalan presiden PKMM
Mokhtaruddin Lasso
Dr. Burhanuddin al-Helmy
(Real name: Burhanuddin Haji Mohd. Nor)
pemimpin API
Ahmad Boestamam
real name : Abdullah Sani
Cara org Melayu bantah
- Akhbar2 Melayu (Utusan Melayu, Majlis, Warta Negara) menyuarakan bantahan secara berterusan
- Org Melayu mengadakan demonstrasi secara damai
(semasa Sir Harold Macmichael mendapatkan tandatangan Raja2 Melayu) - Persatuan2 Melayu dihidupkan semula untuk menentang MU
Mereka menghantar telegram & surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan @ London
- Dato’ Onn Ja’afar menyeru org Melayu berkongres dan menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
Kongres Melayu diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, KL
Kongres ini bersetuju menubuhkan UMNO untuk menentang MU
- Kongres kedua diadakan untuk membantah pengisytiharan MU pada 1/4/1946
Org Melayu mengadakan rapat umum di setiap bandar besar untuk menunjukkan bantahan mereka kepada ahli2 Parlimen British (L.D. Gammans, David Reese Williams)
- Raja2 Melayu telah berkumpul di Kuala Kangsar untuk menyatakan bantahan mereka kepada ahli2 parlimen tersebut
ahli2 parlimen British
L.D. Gammans, David Reese Williams
Faktor2 pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
- Ketegasan org Melayu membantah MU di bawah pimpinan Dato’ Onn Ja’afar
Perpaduan org Melayu yang terdiri drp golongan raja dan rakyat telah dpt mengatasi pihak lain yang menyokong MU
- UMNO tidak menuntut kemerdekaan
kerana British bimbang org Melayu akan dipengaruhi oleh gerakan politik Indonesia yang dikuasai oleh golongan radikal
- Gesaan Piagam Atlantik 1945 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
- Sokongan bekas pengawai2 British yang pernah berkhidmat di TM sebelum Perang Dunia Kedua
Antaranya: Sir Frank Swettenham Sir R.O. Winstedt Sir George Maxwell Sir Cecil Clementi
- Sokongan pengawai2 tinggi Britsh
(eg Sir Malcolm MacDonald, Sir Edward Gent, L.D. Gammans) - Sikap politik Melayu yg sederhana
Mereka tidak mengangkat senjata seperti Parti Komunis Malaya (PKM)
Lima tuntutan org Melayu
- Raja2 Melayu dan UMNO menolak semua prinsip dan struktur MU
- Mereka ingin sebuah persekutuan seperti konsep NNMB
- Mereka menolak kerakyatan terbuka MU
- Mereka meminta dasar perlindungan terhadap Negeri2 Melayu dan org Melayu dipulihkan
- Mereka menuntut spy Raja2 Melayu sebagai ketua Negeri2 Melayu diakui semula
Majlis yg ditubuhkan utk tentang PTM
Majlis Tindakan Bersama Seluruh Malaya (AMCJA)
Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)
Ciri Perlembagaan Rakyat
- Singapura disatukan dengan TM
- Kedudukan isitimewa org Melayu dikembalikan
- Adat istiadat dan agama dikawal oleh org Melayu
- Kerakyatan yg sama rata
- Warganegara Tanah Melayu harus dinamai Melayu
Maksud Rakyat Raja Melayu
Org Melayu yg lahir di sesebuah Negeri Melayu itu ialah rakyat negeri tersebut secara automatik
Maksud Rakyat British
Mereka yang tinggal dan lahir di Pulau Pinang dan Melaka
Ciri2 Perjanjian PTM
- PTM diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British
- PTM melibatkan penyatuan 11 negeri
- Institusi Raja Melayu dikekalkan melalui:
bidang kuasa dan kedudukan yg jelas
negeri2 Melayu telah menggubal perjanjian dan perlembagaan bertulis dengan British yg disebut sbgi Undang2 Tubuh Negeri
- Sultan menjadi ketua negeri
sultan berkuasa melantik jawatan Menteri Besar untuk mentadbir Negeri
- Wujud pembahagian kuasa melalui Senarai Negeri dan Senarai Persekutuan
- Pesuruhjaya Tinggi British bertanggungjawab memelihara kedudukan org Melayu
- Syarat kerakyatan diperketatkan
jus soli adalah untuk Rakyat Raja Melayu bagi Negeri2 Melayu
dan untuk Rakyat British bagi NNS
sultan yg bersuara tegas
Sultan Badlishah (Kedah) Sultan Abdul Aziz (Perak) Sultan Ibrahim (Johor)
Tokoh melindungi kepentingan org Melayu
- Dato’ Onn Ja’afar
2. Dato’ Nik Ahmed Kamil
Faktor Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kpd British
- Mengambil kira keuzuran dan usia beliau
2. bakal penggantinya iaitu Anthony Brooke yg tidak berpengalaman utk mentadbir Sarawak
Bantahan penyerahan Sarawak
not penentangan
Datu Patinggi Abang Haji Abdillah
(Ketua masykt Melayu Sarawak)
Persatuan Melayu Sarawak (PMS)
Persatuan Dayak Sarawak (PDS)
Sebab bantahan penyerahan Sarawak
- bertentangan dengan Perlembagaan 1941
- Vyner Brooke tidak mengajak mereka berunding
- Persetujuan oleh Majlis Mesyuarat Negeri hanya melibatkan sokongan anggota bukan bumiputera dan pengawai2 British
Persatuan penentangan penyerahan Sarawak
Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak
(PKMS)
Barisan Pemuda Sarawak
(BPS)
Persatuan Dayak Sarawak
(PDS)
Surat Pekeliling Bil.9
memberikan amaran bahawa tindakan akan diambil terhadap kakitangan kerajaan yang terlibat
Rukun Tiga Belas
kumpulan yang menentang penyerahan Sarawak kepada British
dianggotai golongan muda Pergerakan Pemuda Melayu Sibu
Gabenor Sarawak baru yg ditikam
Sir Duncan Stewart
Org yang menikam Duncan
Rosli Dhobi
anggota Rukun Tiga Belas