Di Sebalik Dinara (T4) Flashcards
persoalan tentang kecanggihan teknologi pada masa hadapan.
- Kelengkapan serba canggih di tempat kerja Aqram, Khairul Anwar, Dr Maxi dan Farisha di Soft lab, Cyberjaya.
- Rumah Farisha juga dilengkapkan alat keselamatan yang canggih seperti ‘retinal scanner’ dan interkom.
persoalan tentang ketaksuban sesetengah golongan manusia mengejar kemajuan sains dan teknologi sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan.
- Karl terlalu taksub dalam membuktikan kehebatannya dalam ciptaan sains sehingga melupakan aspek kemanusian. Dia juga telah mengorbankan ramai manusia dan menjadikan mereka sebagai bahan kajian.
- Karl menanam pelbagai implan dan memasukkan pelbagai ubat dalam tubuh anaknya untuk menjadikannya genius dan mampu mneruskan kepandaiannya dalam bidang sains.
persoalan tentang kasih sayang sesama ahli keluarga.
-latar masyarakat yang mementingkan kasih sayang dalam keluarga
- Azraai sangat menyayangi adiknya, Farisha walaupun dia hanya merupakan anak angkat kepada keluarrga Azraai.
- Azraai telah memasang dan memantau sistem keselamatan di apartmen adiknya. Contohnnya, dia memasang “retinal scanner’ dan interkom di pintu masuk Farisha untuk memantau dan memastikan keselamatannya.
persoalan tentang kepincangan keluarga yang berlaku dalam kalangan masyarakat.
- kita janganlah menyeksa manusia dengan kejam sehingga meninggalkan kesan emosi yang mendalam kepadanya.
- latar masyarakat yang kejam terhadap orang lain.
- Karl tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami yang baik. Dia mengajak isterinya, Rusmina untuk meninggalkan agama .
- Rusmina telah diseksa hingga cacat apabila enggan mengikut karl meninggalkan agama dan hidup sebagai ateis.
persoalan tentang kasih sayang seorang ibu kepada anaknya
-Marilyn@Medina sangat sayang akan anaknya. Dia bimbang anaknya akan mati akibat uji kaji dan penanaman pelbagai ubat ke dalam badan anaknya oleh Karl. Dia melarikan anaknya dan diberikan kepada keluarga angkat.
nilai kesyukuran
-Farisha berasa bersyukur dia dijadikan anak angkat dan membesar dalam keluarga islam. Dia tidak dapat membayangkan jika dia membesar dengan didikan bapa kandungnya, Karl.
nilai kasih sayang
- kita haruslah menyayangi ahli keluarga kita.
-Hubungan kasih sayang antara dua beradik yang cukup jelas antara Azraai dan Farisha. Azraai sangat mengambil berat perihal keselamatan adiknya sehingga sanggup memasang ‘retinal scanner’ dan interkom yang bersambung ke rumahnya.
nilai kebijaksanaan
-Farisha seorang yang bijak dalam teknologi dan telah terbukti dapat menggodam sistem teknologi. Kebijaksanaan dia berpunca daripada implan yang telah dipasang dalam tubuhnya sejak kecil dan pelbagai jenis ubat untuk menjadikanya genius dimasukkan ke dalam badannya oleh bapanya, Karl.
nilai kegigihan
-Kita haruslah gigih meneruskan kehidupan walaupun menghadapi pelbagai rintangan
-Marilyn@Medina gigih meneruskan kehidupannya walaupun ramai orang menggelarkanny wanita gila. Dia juga gigih mencari anaknya yang hilang dan diserahkan kepada keluarga angkat.
nilai bekerjasama / kegigijan
- latar tempat : Di Syarikat Secured Shell
- latar masyarakat yang gigih mengusahakan perniagaan
-Farisha dan rakan kongsinya, Rosman saling bekerjasama dalam / gigih mengusahakan syarikat mereka iaitu, Secured Shell hingga berjaya mendapat tawaran rm1.5 juta daripada Soft Lab untuk menangani Program Dinara.
nila ketaatan / kepatuhan kepada seseorang
-kita haruslah taat kepada arahan yang diberikan kepada kita.
- Aqram dan Khairul Anwar sangat patuh akan arahan ketuanya iaitu, Dr.Maxi dan karl walaupun mereka kerap dimaki hamun oleh Karl.
- Azraai berpegang teguh pada amanah arwah bapanya agar semua mikrocip kekal dalam tubuh Farisha dan dia mesti berkhidmat dengan Soft lab apabila diperlukan.
nilai keberanian
- Farisha berani mengenali Aqram di Lapangan Terbang Senai yang kebetulan duduk di sebelahnya di dalam kapal terbang. Dengan perkenalan itu, Aqram menawarkan projek Dinara yang bernilai tinggi.
- Karl berani mengambil risiko dengan memasukkan mikrocip dalam badan anaknya, Farisha. Tujuannya, Karl mahu memastikan Farisha mudah dijejaki dan dikesan demi menjamin keselamatan Farisha.
nilai ketabahan
- Farisha tabah menerima hakitat hidup bahawa dirinya hanya anak angkat kepada keluarga Azraai
- Farisha tabah menghadapi cubaan penculikan yang dirancang oleh ayahnya, Karl bagi membolehkan misinya berjaya.
latar masa malam
-latar tempat rumah Azraai
- Farisha sampai di pintu apartmennya pada jam 10 malam. Dia cuba membuka pintu dengan mengimbas kad pintar miliknya tetapi gagal. Dia menekan interkom untuk minta bantuan teman serumahnya, Shida untuk membuka pintu.
- Pada waktu malam Farisha mengunjungi rumah abangnya untuk makan malam. Pada waktu itu jugalah Farisha mendapat tahu dua berita yang menyedihkannya iaitu berita penyakit abangnya dan kenyataan yang dirinya hanya anak angkat kepada keluarga Azraai.
- Karl meninggal dunia pada jam 7 malam. Ketika itu semua yang terlbat dengan projek Dinara ada di rumah agam Karl. Alia meraung manakala Medina menangis teresak-esak.
latar masa pagi
- Farisha gelisah menunggu kedatangan Rosman yang berjanji untuk mengambilnya. Mereka berjanji untuk bersama-sama ke simposium di Hotel Renaissance. Kertika itu jam menunjukkan angka 8:15 pagi. Simposium akan bermula pada jam 9:00 pagi.
- Pada waktu pagi hari yang sama, Farisha dan Rosman bertemu Aqram di Hotel Renaissance. Aqram menawarkan projek mini di Soft Lab untuk mereka berdua. Farisha menyalin alamat e-mel Aqram.
- Peristiwa Shida dan Farisha memulakan kerja di Soft Lab juga berlaku dalam pada waktu pagi. Shida bertemu dengan Khairul Anwar manakala Farisha bertemu dan mendapat penerangan daripada Aqram. Pada waktu itu jugalah, mereka berdua bertemu Alia dan nampak sesuatu yang pelik pada wajah Alia.