Silir Daksina (T5) Flashcards
persoalan tentang kegigihan seseorang anak dalam merungkaikan misteri kehidupan sebenar ayah kandungnya.
-Haiqal berusaha unutk mengetahui sejarah kehidupan ayah kandungnya setelah mendapat manuskrip yang dikirimkan oleh Ong See Hwa.
persoalan tentang sikap ego dan mementingkan diri
-Umi Haiqal yang mempunyai sikap ego terhadap suaminya sanggup memisahkan Haiqal daripada ayahnya.
persoalan tentang kasih sayang seorang ayah kepada anaknya
- perwatakan : Abdullah Bin Kayan / Amirulnizam ( kasih sayang )
- nilai kasih sayang
- latar masyarakat yang penyayang
-Abdullah Bin Kayan iaitu ayah kandung kepada Haiqal terlalu sayang akan anaknya yang dipisahkan oleh isterinya sehingga menghasilkan sebuah manuskrip tentang perasaan rindu kepada anaknya.
persoalan tentang sikap setiakawan dalam menjalinkan persahabatan
-perwatakan : Haiqal ( baik hati )
-Haiqal telah menenangkan Ratna yang menangis dan bersedih kerana mendapat keputusan SPM yang kurang cemerlang.
nilai ketabahan
-kita hendaklah tabah dalam menghadapi pelbagai dugaan hidup.
-Walaupun mendapat tentangan daripada umi, Haiqal tetap tabah untuk meneruskan hasratnya ke Batu Pahat untuk mengetahui sejarah ayah kandungnya.
nilai kegigihan / bekerjasama
- kita haruslah gigih / bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekara.
- latar masyarakat yang gigih / bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekara
- latar masa malam
- latar tempat Kampung Seri Purnama
-Haiqal dan penduduk Kampung Seri Purnama gigih berlatih di balai raya pada waktu malam untuk menghidupkan semula seni tarian zapin dan ghazal di kampung itu.
nilai keprihatinan
- kita haruslah prihatin terhadap masalah orang lain
- kita haruslah prihatin tentang keadaan orang yang berada di sekeliling kita.
- perwatakan : Ratna ( pendengar yang setia / prihatin )
- latar tempat gerai keluarga Ratna
- latar masa malam
- latar masyarakat yang prihatin
- Ratna sudi / prihatin mendengar masalah yang dihadapi oleh Haiqal ketika berjumpa di gerai milik keluarga Ratna pada waktu malam.
- Ai Ling bertanya tentang kesihatan gurunya apabila mandapati badan gurunya semakin kurus dan urat-urat di kepala gurunya timbul.
nilai ketaatan
- Haiqal taat kepada perintah ibunya yang tidak mahu dia bertanya tentang ayahnya pada usia 6 tahun tetapi akan mengetahuinya apabila dia dewasa.
- Pak Haji Dollah menunaikan solat isyak berjemaah di masjid bersama-sama Haji Kemit.
nilai amanah
-kita perlulah amanah dalam menjalankan tugas yang diberikan agar dapat dipercayai oleh masyarakat.
-Tauke Ong membantu Haiqal menguruskan ladang kelapa sawit peninggalan arwah Abdullah bin Kayan.
latar tempat bilik Haiqal
-latar masa malam
-Umi Haiqal masuk ke dalam bilik tidurnya pada waktu malam untuk memberitahu bahawa walid bukan ayah kandungnya.
latar masa petang
-teknik plot imbas kembali
-Haiqal teringat balik bahawa dia hampir terlanggar seorang budak kecil akibat terlampau berfikir tentang manuskrip yang telah dikirimkan oleh Ong See Hwa