Definisi Fiqh Flashcards
Maksud Talak
Pembubaran perkahwinan oleh suami dengan lafaz talak yang jelas atau kias
Maksud Fasakh
Pembubaran perkahwinan melalui kuasa hakim dengan sebab-sebab tertentu
Maksud Khuluk
Pembubaran perkahwinan atas kehendak isteri dengan persetujuan membayar ganti rugi kepada suami
Maksud Lian
Lafaz sumpah suami apabila menuduh isterinya berzina tanpa ada 4 orang saksi atau menafikan nasab
Maksud Haji
Mengunjungi Baitullah Al-Haram pada bulan haji untuk mengerjakan ibadah tertentu menurut syarat-syaratnya
Maksud Sembelihan
Menyembelih binatang yang halal dimakan dagingnya dengan cara memutuskan urat halkum dan urat marik
Maksud Wasiat
Ikrar yang dibuat oleh seseorang semasa hidup, untuk mengagihkan harta selepas kematiannya menurut hukum syarak
Maksud faraid
Pembahagian harta seseorang Islam yang meninggal dunia kepada anggota warisnya menurut hukum syarak
Maksud Umrah
Mengunjungi Baitullah Al-Haram pada bulan bila-bila masa untuk mengerjakan ibadah tertentu menurut syarat-syaratnya
Maksud Korban
Menyembelih binatang ternakan (Al-An’am) pada 10 Zulhijjah hingga akhir hari tasyrik bertujuan mendekatkan diri kepada Allah
Maksud Aqiqah
Binatang ternakan (Al-An’am) yang disembelih sempena kelahiran bayi
Maksud muamalat Islam
Hukum syarak yang berkaitan dengan urusan kewangan seperti jual beli, sewaan, simpanan dan sebagainya
Maksud Riba
Pertambahan bayaran dalam urusan pertukaran barang dan hutang
Maksud Gharar
Kesamaran dalam urusan muamalat yang tidak dibenarkan oleh syarak
Maksud Judi
Perbuatan yang melibatkan pertaruhan sesuatu yang berharga