Definisi Akidah Flashcards
Maksud Al-Muntaqim
Allah Maha Pembalas dengan menimpakan azab terhadap orang yang melampaui batas
Kefahaman Al-Muntaqim
1) Allah memberikan Pembalasan dengan seksaan neraka terhadap orang yang menolak peringatan al-Quran
2) Allah memberikan Pembalasan terhadap golongan yang menentang agama-Nya setelah diutuskan rasul dan keterangan yang jelas
Maksud Al-Jabbar
Allah Maha berkuasa secara mutlak untuk melakukan segala kehendak-Nya
Kefahaman Al-Jabbar
1) Allah memiliki dan menguasai seluruh alam
2) Allah tidak boleh dipersoalkan perbuatan-Nya
Maksud batal Iman melalui iktikad
Iman terbatal dengan sebab tidak percaya atau ragu-ragu dengan perkara yang berkaitan dengan Uluhiyyat, Nubuwwat, perkara Ghaibiyat dan Syariat
Maksud Ar-Raqib
Allah Maha mengawasi semua perbuatan dan keadaan makhluk-Nya
Maksud Asy-Syahid
Allah Maha menyaksikan segala perbuatan dan mendengar segala ucapan makhluk-Nya serta tiada sesuatupun yang tersembunyi daripada-Nya
Maksud Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah
Kumpulan majoriti umat Islam yang memahami dan berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah menerusi para sahabat dan tabi’in serta tabi’-tabi’in dalam aspek Aqidah, Syariat, dan akhlak
Maksud ajaran sesat
Ajaran yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah
Majsud batal Iman melalui Perkataan
Percakapan yang mengandungi pengakuan kufur, atau penafian aqidah Islam,atau mempersendakan hukum-hukum Islam
Maksud Iman terbatal melalui perbuatan
Melakukan perbuatan atau amalan yang jelas menunjukkan kekufurannya
Maksud Syiah
Kumpulan yang menuntut supaya Saidina Ali bin Abu Talib dilantik sebagai khalifah selepas Rasulullah dan berkeyakinan bahawa hanya Ahlul Bait yang lebih layak memegang jawatan khalifah
Maksud Khawarij
Kumpulan pengikut Saidina Ali bin Abi Talib yang berpaling tadah kerana tidak berpuas hati dengan keputusan majlis Tahkim
Maksud Muktazilah
Kumpulan yang diasaskan oleh Wasil bin Atho’ setelah berlaku perbezaan pendapat antara beliau dengan guru beliau Hasan al-Basri tentang kedudukan pelaku dosa besar