CH5 Flashcards
5 Prinsip pandangan hidup Islam
Rabbaniyyah
Syumuliyyah
Alamiyyah
Waqiiyyah
Thabat dan Murunah
Maksud & 3 Ciri Rabbaniyyah
Ketuhanan iaitu segala hukum konsep prinsip peraturan dan nilai terkandung dalam Islam bersumberkan wahyu Allah
Islam agama yang diwahyukan oleh Allah
Islam ialah pegangan yang jitu dan bersih daripada kelemahan, kejahilan dan dorongan hawa nafsu
Islam dan seluruh makhluk merupakan hak milik Allah
Maksud dan 3 Ciri Syumuliyyah
Lengkap iaitu agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW lengkap dan sempurna serta meliputi kehidupan di dunia dan di akhirat
- Kesempurnaan hanya milik Allah
- Islam tidak terikat dengan masa tempat dan ruang tertentu
- Manusia dibekalkan dengan akal dan syariat yang lengkap sesuai dengan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah
Maksud & 3 Ciri Alamiyyah
Sarwajagat iaitu Islam ialah agama yang sesuai untuk semua manusia tanpa mengira tempat bangsa atau zaman
Islam sentiasa menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran
Islam menjamin hak asasi Manusia
Nilai keadilan islam bersifat sejagat
Maksud dan 3 Ciri Waqi’iyyah
Realiti islam ialah agama yang praktikal dan mampu diamalkan semua golongan manusia
Praktikal dan mampu diamalkan
Menyelesaikan masalah kehidupan
Menekankan kesederhanaan dan keseimbangan hidup
Maksud & 2 Ciri Thabat
Tetap dan teguh iaitu perkara yang tetap tidak boleh diubah dasar, prinsip dan pelaksanaannya menurut Islam
Ibadah khusus seperti solat haji puasa te;ah ditetapkan cara pelaksaannya oleh syariat Islam
Ketetapan hukum syariah seperti hudud qisas
Maksud & 2 Ciri Murunah
Luwes atau anjal iaitu boleh berubah mengikut kesesuaian, namun masih tetap pada prinsip asasnya
Islam agama yang mudah
Dilaksanakan mengikut keadaan dan kemampuan
6 Keistimewaan Prinsip pandangan hidup Islam
Sesuai dengan fitrah dan akal manusia
Bersifat jelas dan praktikal
Sesuai dengan peranan sebagai khalifah
Keseimbangan rohani dan jasmani
Mementingkan budaya Ilmu
Rahmat bagi sekalian alam