CH1 Flashcards
Islam
Agama Allah untuk seluruh manusia
Maksud Islam sebagai Ad Din
Islam ialah cara hidup yang lengkap merangkumi akidah, ibadah dan akhlak
Maksud Islam Bahasa
Sejahtera
selamat
penyerahan
Maksud Islam Istilah
Taat dan patuh perintah Allah, meninggalkan larangan Nya, beroleh kesejahteraan dan keselamatan apabila berserah kepadanya
Maksud Iman Bahasa
Yakin dan percaya
Maksud Iman Istilah
Membenarkan dengan hati
Berikrar dengan lisan
beramal dengan anggota badan terhadap segala perintah dan suruhan Allah
Maksud Ihsan Bahasa
Berbuat kebaikan
Maksud Ihsan Istilah
Kesungguhan dalam melakukan sesuatu ibadah dan pekerjaan semata mata kerana Allah
4 Sebab manusia perlu menjadikan Islam Cara hidup
Memandu arah hidup manusia supaya mengikut syariat Islam
Cara hidup islam ialah cara mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat
Akal manusia terbatas untuk mengetahui hakikat kebenaran sesuatu perkara
Islam menjadi asas tatacara perhubungan manusia untuk mencapai keharmonian hidup bermasyarakat
5 Rukun Islam
Mengucapkan dua kalimah syahadah
Menunaikan solat 5 waktu sehari semalam
Mengeluarkan zakat
Berpuasa pada bulan ramadan
Mengerjakan haji bagi yang mampu
6 Rukun Iman
Beriman Kepada Allah
Beriman kepada malaikat
Beriman kepada kitab kitabnya
Beriman kepada Para Nabi dan Rasul
Beriman kepada hari akhirat
Beriman kepada Qada’ Dan Qadar
3 Kepentingan Rukun Islam
Asas ketaatan kepada ajaran Islam
Menjamin hubungan baik antara manusia dengan Allah
Kunci kejayaan dunia dan akhirat
3 Kepentingan rukun iman
Iman merupakan syarat amalan diterima oleh Allah
menghubungkan manusia dan Allah dari sudut kepercayaan dan keyakinan bersumberkan wahyu
Menegaskan konsep mengesakan Allah sebagai ajaran yang dibawa oleh Para Nabi dan rasul
3 Kepentingan Ihsan
Merasakan Allah mengawasi segala gerak geri manusia setiap masa
Mengajar manusia berbuat baik kepada manusia dan makhluk lain
mewujudkan masyarakat harmoni
4 Tindakan menjadikan Islam cara hidup
Membaca, menghayati dan mengamalkan Al Quran
Menghayati Sirah perjuangan rasulullah
Menghayati Sirah Perjuangan para sahabat dan salafusoleh
Menghayati dan melaksanakan rukun Iman, Rukun Islam dan Ihsan