ch10 f4 Flashcards

1
Q

Semua organism hidup memerlukan pertukaran bahan keperluan seperti

A

nutrien, bahan buangan dan gas respirasi secara berterusan untuk hidup. Pertukaran bahan-bahan ini selalunya berlaku melalui resapan.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
2
Q

dalam organisma multisel, proses resapan sahaja tidak memenuhi bekalan oksigen dan nutrien yang mencukupi kepada sel-sel kerana

A
  • Nisbah JLP/I yang rendah, dan
  • Jarak persekitaran luar dari sel terlalu jauh
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
3
Q

organisma ini memerlukan sistem__ untuk ___

A

sistem peredaran darah untuk mengangkut nutrien, oksigen dan juga bahan-bahan sisa.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
4
Q

Sistem peredaran darah dalam organisma boleh dibahagikan kepada dua:

A
  • Sistem peredaran terbuka
  • Sistem peredaran tertutup
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
5
Q

Dalam sistem peredaran terbuka

A

hemolimfa dipam terus ke dalam hemoselom yang mengandungi sel-sel badan.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
6
Q

sistem peredaran terbuka untuk?

A

serangga

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
7
Q

terangkan sistem peredaran darah serangga

A

Sistem peredaran darah terbuka. Satu atau lebih jantung mengepam hemolimfa ke dalam hemoselom. Apabila jantung mengecut, hemolimfa mengalir dari jantung ke dalam hemoselom. Pertukaran bahan antara hemolimfa dan sel badan berlaku di sini. Apabila jantung mengendur, hemolimfa didorong balik ke jantung melalui liang seni yang dipanggil ostium.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
8
Q
A
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
9
Q

dalam sistem peredaran tertutup

A

Dalam sistem peredaran tertutup (kanan) pula, darah mengalir secara berterusan dalam jantung dan salur darah. Pertukaran bahan berlaku melalui dinding kapilari darah.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
10
Q

sistem peredaran tertutup untuk?

A
  • manusia
  • ikan
  • amfibia
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
11
Q

terangkan sistem peredaran ikan

A

Ikan mempunyai satu jantung yang terdiri daripada satu atrium dan satu ventrikel. Darah yang meninggalkan ventrikel akan dipam ke kapilari insang dahulu untuk pertukaran gas. Kapilari insang mengangkut darah beroksigen ke kapilari sistemik. Dalam kapilari sistemik, oksigen meresap ke dalam tisu manakala karbon dioksida meresap dari tisu ke kapilari. Oleh sebab darah mengalir dalam satu hala sahaja, sistem ini dipanggil sistem peredaran tunggal.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
12
Q

terangkan sistem peredaran amifibia

A

Amfibia seperti katak mempunyai satu jantung yang terdiri daripada dua atrium dan satu ventrikel. Darah terdeoksigen memasuki atrium kanan manakala darah beroksigen masuk ke dalam atrium kiri. Darah mengalir dalam ke ventrikel yang sama. Di sini, terdapat campuran antara darah terdeoksigen dan darah beroksigen. Walaupun demikian, darah beroksigen cenderung kekal di sebelah ventrikel kiri manakala darah terdeoksigen cenderung kekal di sebelah ventrikel kanan. Ventrikel mengepam darah ke peredaran pulmokutaneus dan peredaran sistemik. Oleh kerana darah mengalir dalam 2 litar berasingan, sistem ini dikenali sebagai sistem peredaran ganda dua.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
13
Q

terangkan sistem peredaran manusia

A

Manusia mempunyai satu jantung yang terdiri daripada dua atrium dan dua ventrikel berasingan. Dalam peredaran pulmonari , darah terdeoksigen di ventrikel kanan dipam ke arteri pulmonari dan seterusnya ke peparu untuk pertukaran gas. Dalam peredaran sistemik , darah dipam dari jantung ke seluruh bahagian badan yang lain. Darah beroksigen mengalir ke dalam ventrikel kiri untuk dipam ke kapilari sistemik melalui aorta. Oleh kerana terdapat 2 peredaran yang berbeza, sistem ini dipanggil sistem peredaran ganda dua yang lengkap.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
14
Q

persamaan sistem peredaran serangga, manusia, amfibia, ikan

A
  • Ada dalam semua organisma multisel
  • Terdiri daripada satu jantung yang mengepam darah ke seluruh badan atau hemolimfa (serangga)
  • Berfungsi mengangkut nutrien dan produk sisa
  • Jantung mempunyai injap untuk menghalang pengaliran darah ke belakang
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
15
Q

3 komponen utama dalam sistem peredaran manusia.

A
  • Darah merupakan satu jenis tisu penghubung yang terdiri daripada plasma, sel darah dan platlet. Darah ialah medium pengangkutan.
  • Jantung ialah pam berotot yang mengedarkan darah ke seluruh badan.
  • Salur darah membawa darah ke seluruh tisu badan. Salur darah terdiri daripada arteri, vena dan kapilari.
How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
16
Q

Jantung maksud

A

organ berotot berbentuk kerucut sebesar kepalan tangan. Jantung mempunyai 4 ruang iaitu atrium kiri, atrium kanan, ventrikel kiri dan ventrikel kanan.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
17
Q

septum

A

Sebelah kiri dan kanan jantung dipisahkan oleh dinding berotot dipanggil septum.
memastikan darah beroksigen dan darah terdeoksigen tidak bercampur

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
18
Q

Dinding atrium yang nipis berfungsi sebagai

A

ruang pengumpulan darah

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
19
Q

ventrikel bertanggungjawab

A

mengepam darah dari jantung.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
20
Q

Ventrikel kiri mempunyai dinding yang lebih tebal berbanding dengan ventrikel kanan kerana

A

sebelah kiri ventrikel perlu menjana tekanan yang lebih kuat untuk mengepam darah ke seluruh badan. Sementara itu, ventrikel kanan hanya perlu mengepam darah ke peparu.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
21
Q

Aorta

A

Arteri utama yang mengangkut darah beroksigen ke seluruh bahagian badan lain.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
22
Q

Vena kava

A

Vena utama yang mengangkut darah terdeoksigen Kembali ke jantung.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
23
Q

arteri pulmonari

A

Mengangkut darah terdeoksigen ke peparu.

How well did you know this?
1
Not at all
2
3
4
5
Perfectly
24
Q

vena pulmonari

A

Mengangkut darah beroksigen dari peparu ke jantung.

25
Q

injap sabit

A

Menghalang darah daripada mengalir semula ke dalam ventrikel apabila ventrikel mengendur.

26
Q

injap trikuspid

A

Menghalang darah daripada mengalir semula ke dalam atrium kanan apabila ventrikel kanan mengecut.

27
Q

injap bikuspid

A

Menghalang darah daripada mengalir semula ke dalam atrium kiri apabila ventrikel kiri mengecut.

28
Q

Komponen utama dalam darah manusia

A

Plasma membentuk 55% daripada isi padu darah, eritrosit membentuk 45% dan leukosit dan platlet hanya kurang 1% daripada isi padu darah.

29
Q

fungsi Air (90% plasma)

A

Sebagai pelarut untuk mengangkut bahan terlarut.

30
Q

fungsi Protein plasma: Albumin, Fibrinogen, Globulin

A
  • Mengekalkan keseimbangan osmotik darah.
  • Sebagai faktor pembekuan darah untuk menghentikan pendarahan.
  • Antibodi yang membantu dalam pertahanan badan.
31
Q

fungsi hormon

A

Mengawal aktiviti fisiologi badan

32
Q

fungsi bahan terlarut (nutrien, bahan buangan dan gas respirasi)

A

Nutrien penting untuk penghasilan tenaga, pertumbuhan dan pengekalan kesihatan
Oksigen diperlukan untuk respirasi sel

33
Q

eritrosit mempunyai

A
  • bentuk cakera dwicekung
  • tiada nukleus
  • kecil
    SEMUA DIATAS utk memberi nisbah JLP/I tinggi untuk pertukaran gas
34
Q

terangkan eritrosit

A
  1. Satu eritrosit mengandungi berjuta-juta molekul hemoglobin. Molekul hemoglobin yang menyebabkan sel darah merah berwarna merah. Setiap hemoglobin mengandungi satu kumpulan hem. Kumpulan hem mengandungi atom ferum yang merupakan tapak penggabungan oksigen. Hasilnya penggabungan ini membentuk oksihemoglobin. Oksigen akan dibebaskan apabila darah sampai di sel-sel badan dengan tekanan separa oksigen yang lebih rendah.
  2. Tempoh hayat selama 120 hari, selepasnya dimusnahkan dalam hati
    dan limpa.
  3. Eritrosit sentiasa dibuat dalam sumsum tulang seperti tulang
    panjang, tulang rusuk, tengkorak dan tulang belakang.
35
Q

terangkan platlet

A
  • Terhasil daripada serpihan daripada sel besar yang dihasilkan daripada sumsum tulang.
  • Tiada nukleus.
  • Tempoh hayat kurang daripada 7 hari.
  • Peranan penting dalam pembekuan darah.
36
Q

terangkan leukosit

A
  • Tidak berwarna, bentuk tidak tetap.
  • Ada nukleus dan mitokondrion.
  • Dihasilkan dalam sumsum tulang.
  • Fungsi umum adalah melawan infeksi.
  • Boleh dikategorikan kepada granulosit dan agranulosit.
37
Q

jenis Granulosit (mempunyai granul dalam sitoplasma sel dengan nukleus bercuping)

A

Neutrofil
Basofil
Eosinofil

38
Q

jenis Agranulosit (sitoplasma tidak bergranul, nukleus tidak bercuping)

A

Limfosit
Monosit

39
Q

neutrofil

A

Neutrofil menelan dan menguraikan bakteria dan sel mati melalui fagositosis. Nukleus terdiri daripada 2 hingga 5 cuping.

40
Q

basofil

A

Basofil terlibat dalam memerangi reaksi keradangan dan alahan. Basofil merembes heparin untuk menghalang pembekuan darah. Bilangan basofil adalah paling rendah dalam darah.

41
Q

eusinofil

A

Eosinofil membebaskan enzim semasa keradangan dan tindak balas alergi. Eosinofil juga membunuh cacing parasite. Nukleus terdiri daripada 2 cuping.

42
Q

limfosit

A

Limfosit menghasilkan antibodi semasa tindak balas imun. Limfosit juga membebaskan antitoksin untuk memerangi toksin. Nukleus sangat besar, menduduki sebahagian besar sitoplasma.

43
Q

monosit

A

Monosit menelan dan menguraikan bakteria dan sel bakteria melalui fagositosis. Nukleus berbentuk hampir bulat.

44
Q

3 jenis salur darah dalam manusia iaitu

A

arteri, vena dan kapilari.

45
Q

Arteri

A
  • Salur darah yang membawa darah keluar dari jantung.
  • Mengangkut darah pada tekanan tinggi ke semua sel badan.
  • Tekanan tinggi dalam arteri adalah disebabkan oleh darah yang dipam dari jantung.
  • Bercabang menjadi salur kecil dipanggil arteriol. Arteriol bercabang lagi menjadi jaringan kapilari yang sampai ke tisu badan
46
Q

aorta penjelasan

A
  • Arteri utama yang meninggalkan jantung.
    -Dinding tebal dan kenyal untuk menahan darah bertekanan tinggi yang mengalir melaluinya.
47
Q

Kapilari

A
  • Dinding nipis (setebal satu sel)
  • Membolehkan pertukaran gas respirasi antara darah dengan sel badan melalui resapan.
  • Pertukaran nutrien, bahan hasil buangan dan hormon antara darah dengan bendalir tisu.
48
Q

vena

A
  • Kapilari bercantum semula menjadi salur yang lebih besar iaitu venul.
  • Venul-venul bercantum menjadi vena.
  • Vena kava merupakan vena utama yang membawa darah terdeoksigen ke jantung untuk dipam ke peparu.
49
Q

ciri arteri

A

Dinding: Tebal, berotot, kenyal
Lumen: Kecil
Injap: Tiada
Tekanan darah: Tinggi
Arah aliran darah: Dari jantung ke organ lain

50
Q

ciri kapilari

A

Dinding: Dinding setebal satu sel, tidak berotot dan tidak kenyal
Lumen: Paling kecil
Injap: Tiada
Tekanan darah: Rendah
Arah aliran darah: Dari arteri ke vena

51
Q

ciri vena

A

Dinding: Nipis, berotot dan kurang kenyal
Lumen: Besar
Injap: Ada
Tekanan darah: Sangat rendah
Arah aliran darah: Dari seluruh badan ke jantung