bab 8 Flashcards
tiga jenis zarah membina jirim
- atom (zarah paling kecil di dalam satu unsur)
- molekul (gabungan dua atau lebih atom secara kimia)
- ion (zarah zarah yang bercas, sama ada positif atau negatif)
susunan atom bagi logam, gas, cecair
logam
- padat, teratur
gas
- berjauhan, tidak teratur
cecair
- sedikit, tidak teratur
bahan ion terbentuk dari ?
tindak balas antara unsur logam dan unsur bukan logam, mengandungi ion positif dan ion negatif (cth : natrium klorida)
kewujudan unsur ferum
atom pada kepala tukul, ion dalam sebatian karat
kewujudan unsur hidrogen
ion dalam jus limau, molekul dalam udara
apabila merentasi kala dari kiri ke kanan, didapati sifat kimia dan sifat fizik unsur berubah secara beransur ansur iaitu
- sifat logam berkurang dan sifat bukan logam meningkat
- perubahan sifat oksida daripada oksida bes kepada oksida asid
- sifat kekonduksian arus elektrik semakin berkurang
maksud nombor proton
bilangan proton yang terdapat di dalam nukleus suatu atom
mengapakah atom neutral membentuk ion melalui pendermaan elektron pada petala terluarnya kepada atom lain atau menerima elektron pada petala terluar drpd atom lain
bagi mencapai susunan duplet atau oktet yang stabil
apabila sesuatu atom menderma atau menerima elektrom, atom itu menjadi zarah bercas yang disebut sebagai?
ion
definisi ion positif
terbentuk apabila atom unsur logam menderma elektron
definisi ion negatif
terbentuk apabila atom unsur bukan logam menerima elektron
unsur yang mempunyai bilangan proton yang sama tetapi bilangan neutron yang berlainan dikenal sebagai?
isotop
definisi nombor nukleon
jumlah bilangan proton dan neutron di dalam nukleus atom itu
kegunaan isotop
- perubatan (membunuh sel kanser)
- teknologi makanan (membasmi mikroorganisma pada sayur sayuran tanpa mengubah kualiti)
- pertanian (disuntik ke dalam akar tumbuhan untuk mengkaji kadar penyerapan baja fosforus)
definisi radioisotop
isotop tida stabil yang memancarkan sinaran radioaktif