bab 11 dan 12 Flashcards
maksud jarak dan unit
jumlah panjang lintasan gerakan sesuautu objek, meter (m)
maksud sesaran
jarak lintasan terpendek yang menyambungkan dua lokasi dalam satu arah tertentu
maksud laju, rumus, unit
kadar perubahan jarak, jarak/masa, ms-1
laju purata?
kadar perubahan jumlah jarak, jum jarak/jum masa
halaju, rumus, unit
kadar perubahan sesaran, sesaran/masa, ms-1
pecutan, rumus, unit
kadar perubahan laju, halaju akhir v - halaju awal u/masa yang diambil t, ms-2
simbol digunakan bagi pecutan graviti
g
maksud jatuh bebas
objek yang jatuh di bawah tindakan graviti sahaja, mempunyai pecutan graviti yang sama tanpa mengira jisim bentuknya
maksud jisim
kuantiti jirim yang terkandung di dalam suatu objek, (kg)
mksud inersia
sifat semula jadi sesuatu objek yang cenderung menentang sebarang perubahan keadaan asal objek dalam keadaan pegun atau sedang bergerak
hukum gerakan newton pertama
sesuatu objek akan kekal dalam keadaan asalnya jika tiada daya luar yang bertindak terhadapnya
hubungan antara jisim dan inersia
semakin besar jisim sesuatu objek, semakin besar inersia objek tersebut
hubungan antara jisim dengan inersia dapat dikaji menggunakan
neraca inersia
contoh inersia yang berlaku dalam kehidupan
- payung yg basah dpt dikeringkan dengan memutarkan payung dengan laju
- kesan inersia boleh menyebabkan kecederaan kepada pemandu kereta
maksud tenaga nuklear
tenaga alternatif yang boleh menjanakan tenaga elektrik bagi menggantikan atau mengurangkan penggunaan petroleum dan arang batu
kegunaan tenaga nuklear
menghasilkan sinaran mengion yang digunakan dalam pelbagai bidang seperti perubatan, pertanian dan perindustrian
kesan buruk tenaga nuklear
-sisa radioaktif yang dihasilkan boleh menjejaskan kesihatan dan mengancam nyawa smua hidupan
-tenaga yang dihasilkan adalah sangat besar dan boleh menyebabkan kesan buruk kpd manusia
Mksud pembelahan nukleus
proses pemecahan satu nukleus radioaktif yang berat kepada dua atau lebih nukleus yg lebih ringan dan lebih stabil disertai dengan pembebasan tenaga
bagaimanakah pembelahan nukleus terjadi
-satu neutron yang perlahan membedil satu nukleus radioaktif yang berat
-pembelahan nukleus berlaku secara berterusan. tindak balas ini dipanggil tindak balas berantai
maksud pelakuran nukleus
satu proses pencantuman atau penggabungan dua nukleus radioaktif yang ringan membentuk satu nukleus yang lebih berat disertai dengan pembebasan tenaga
pelakuran nukleus terjadi
pada suhu yang amat tinggi
penjanaan tenaga elektrik dilakukan
di dalam stesen jana kuasa tenaga nuklear
sebuah stesen jana juasa nuklear terdiri drpd
- reaktor nuklear
- penjana
mengapakah negara dunia memilih tenaga nuklear sebagai sumber tenaga
- kurang sumber tenaga lain
- keluasan negara yang besar serta kepadatan penduduk yg tinggi
- sumber pendapatan negara
- teknologi yang canggih
kesan penyebaran radiasi daripada ujian nuklear
kesan somatik
- keletihan
- loya
- leukemia
kesan genetik
- kecacat pada bayi
- mutasi sel
- kanser
tujuan ujian nuklear dijalankan
untuk memastikan senjata nuklear berfungsi atau tidak
tiga kesan buruk jika penggunaan senjata nuklear diteruskan
- kesan radiasi terhadap tanah dan sumber air
- kemusnahan hidupan di laut, pencemaran teruk
- menyebabkan kesan somatik dan kesan genetik
faktor yang perlu diambil kira sebelum melaksanakan pembinaan stesen jana kuasa nuklear
- bahan api fosil akan habis dan kos semakin meningkat
- kesan pencemaran tenaga nuklear lebih rendah berbanding sumber bahan api fosil
- kadar tenaga yang dikeluarkan oleh sumber tenaga nuklear jauh lebih besar drpd sumber bahan api fosil