Bab 7 Flashcards
Legasi Kesultanan Melayu Melaka diteruskan oleh kesultanan??
Legasi Kesultanan Johor Riau diteruskan oleh kesultanan??
- Pahang/Perak
2. Terengganu & Selangor
Wakil yang dilantik untuk mentadbir Pahang pada abad ke-15 sebelum pengasasan Pahang?
Seri Biji Diraja
Semasa perintah Sultan Mansur Shah, baginda menghantar _____ untuk ditabalkan sebgai Sultan Pahang
Raja Muhammad
Siapa yang mengiring Raja Muhammad ke Pahang dan membantu mentadbir kerajaan Pahang
Bendehara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Hulubalang Besar serta pengikut mereka
Bilakah RAJA MUHAMMAD mengasaskan Kesultanan Pahang?
1470
Raja Muhammad menggunakan gelaran?
Sultan Muhammad Shah
Lokasi Pusat Pemerintahan Pahang?
Pekan, Kuala Sungai Pahang, Meliputi dari Sedili Besar hingga Terengganu
Sultan ketiga memerintah Pahang?Apakah sumbangannya?
Sultan Abdul Jamil Shah
- mengekalkan hubungan yang harmoni dengan Kesultanan Melayu MELAKA
- berjaya mempertahan Pahang semasa DISERANG oleh SIAM bersama bantuan kesultanan melayu MELAKA
Mengapakah Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah tidak meninggalkan waris?
Puteranya Raja Muda Abdullah mangkat
Bagaimanakah Pahang diperintah oleh Kesultanan Johor Riau?
Dari 1614 hingga 1884. Pahang merupakan wilayah pegangan Bendahara Johor
Keluarga Bendahara Johor yang mentadbir Pahang. Siapakah pengasasnya?
Bendahara Siwa Raja Wan Ahmad(pada 12 Disember 1884) dengan gelaran Sultan AHMAD AL-MUAZZAM SHAH
Bagaimanakah Perak pertama diasaskan?
Serangan PORTUGIS menyebabkan Sultan MAHMUD SHAH dan keluarga meninggalkan Melaka dan akhirnya BERSEMAYAM di KAMPAR, SUMATERA
Pembesar Perak bernama _________ telah ke Kampar untuk ___________________?
1 TUN SABAN & NAKHODA KASSIM (
2. Menjemput PUTERA Sultan MAHMUD SHAH bernama RAJA MUZAFFAR untuk DITABALKAN sebagai Sultan Perak
Raja Muzaffar berangkat ke Perak bersama-sama alat kebesaran________________
dan siapa?
- Cura Si Manja Kini, sebilah keris, cap mohor, nobat dan Surat Ciri
- anak, isteri, para pengikut dan penigiring yang menjemputnya dari Perak
Raja Muzaffar mengasakan Kesultanan Perak pada tahun ________ dengan gelaran __________________
- 1528
2. Sultan Muzaffar Shah
Pusat pemerintahan pertama di Perak?
Tanah Abang, di pesisir Sungai Perak