bab 6 sejarah Flashcards
Apakah yang berlaku akibat kedatangan kuasa Barat di negara kita?
Kedatangan kuasa Barat mengubah sistem pentadbiran di negara kita dan menyebabkan perubahan dalam ekonomi dan sosial.
Apakah tujuan British memperkenalkan sistem ekonomi moden?
British memperkenalkan sistem ekonomi moden untuk mengumpul harta melalui proses penukaran barangan atau jual beli.
Sebutkan satu ciri utama ekonomi moden yang diperkenalkan oleh British.
Penggunaan teknologi moden dalam kegiatan perlombongan dan penanaman secara ladang.
Mengapakah modal yang besar diperlukan dalam ekonomi moden?
Modal yang besar diperlukan untuk meningkatkan proses pengeluaran dalam sektor perlombongan dan pertanian.
Apakah kepentingan tanah yang luas dalam ekonomi moden?
Tanah yang luas diperlukan untuk kegiatan ladang secara besar-besaran.
Mengapakah tenaga buruh yang ramai diperlukan dalam ekonomi moden?
Tenaga buruh yang ramai diperlukan untuk kegiatan perlombongan dan penanaman ladang secara besar-besaran.
Apakah dua sektor utama dalam ekonomi moden di negara kita?
Sektor perlombongan dan sektor perladangan.
Di manakah kegiatan melombong emas dijalankan secara komersial di Negeri-negeri Melayu?
Melombong emas dijalankan secara komersial di Raub, Pahang.
Apakah hasil perlombongan utama di Batu Arang, Selangor?
Arang batu.
Kawasan manakah terkenal dengan perlombongan bijih timah?
Sungai Ujong, Larut, dan Klang.
Siapakah yang diberi monopoli untuk melombong antimoni di Sarawak?
Syarikat Borneo Berhad.
Apakah kegunaan utama logam antimoni?
Antimoni digunakan untuk membuat aloi.
Di manakah lokasi pertama minyak ditemui di Sarawak?
Minyak pertama ditemui di Miri pada tahun 1910.
Apakah peranan Syarikat Borneo Berhad?
Syarikat Borneo Berhad menjalankan kegiatan melombong di Sarawak dan Sabah.
Apakah jenis perlombongan yang dijalankan di Sungai Segama, Sabah?
Perlombongan emas.