6.2 Flashcards
Apakah tujuan sistem pentadbiran moden yang diperkenalkan oleh British di negara kita?
Untuk memastikan kelangsungan penguasaan British di negara kita.
Apakah yang diwujudkan oleh British bagi menguruskan ekonomi negara kita?
Jabatan atau agensi kerajaan, syarikat perwakilan, dan sistem kewangan serta insurans.
Bagaimanakah British menggalakkan kemasukan buruh dari China dan India?
Melalui Sistem Kontrak dan Sistem Kangani.
Apakah tujuan Jabatan Hal Ehwal China yang ditubuhkan pada tahun 1877?
Untuk melindungi buruh-buruh China daripada dieksploitasi.
Apakah Ordinan yang diperkenalkan pada tahun 1882 untuk melindungi pekerja?
Ordinan Buruh Kontrak.
Apakah tujuan Tabung Imigiran India yang ditubuhkan pada tahun 1908?
Untuk membiayai kos pelayaran percuma kepada buruh-buruh India.
Apakah fungsi utama Jabatan Kerja Raya yang ditubuhkan oleh British pada tahun 1872?
Membina bangunan kerajaan seperti Sultan Abdul Samad dan Masjid Jamek.
Jabatan apa yang bertanggungjawab memajukan tanaman ekonomi dan membangunkan industri getah?
Jabatan Pertanian.
Apakah tujuan penubuhan Institut Penyelidikan Getah Malaya (RRIM) pada tahun 1926?
Untuk menyelidik peningkatan permintaan dalam industri getah.
Apakah peranan syarikat perwakilan seperti Boustead & Company?
Menguruskan eksport getah dan bijih timah.
Apakah nama lain untuk syarikat perwakilan?
Crown Agent atau Gedung Perwakilan.
Apakah tujuan British memperkenalkan mata wang asing di negara kita?
Untuk melicinkan urusan kewangan.
Apakah mata wang yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu?
Perak Sepanyol dan Dolar Selat.
Bilakah Dolar Selat digantikan dengan Dolar Malaya?
Pada tahun 1939.
Mengapa sistem perbankan diperkenalkan oleh British?
Supaya modal dari luar negara dapat disalurkan ke Tanah Melayu dengan mudah.