Bab 4 Flashcards
Apakah iklim yang dialami oleh Malaysia
iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap
Iklim ini dialami oleh kawasan yg terletak di mana?
di antara garisan lintang 0° hingga
10 ° U dan 0° hingga 10°S Garisan Khatulistiwa
Maksud Iklim
Purata suhu, hujan , tekanan udara dan angin sesuatu tempat selama 30 tahun
Nyatakan Ciri Iklim di Malaysia
Suhu, hujan, Angin
terangkan tentang suhu di malaysia (4)
-tinggi dan hampir sekata sepanjang tahun
- min suhu tahunan tinggi, iaitu 27°C
- Julat suhu tahunan kecil, iaitu 1°C hingga 3°C
-Julat suhu harian besar iaitu 5°C hingga 10°C bagi stesen berhampiran pantai, 8°C hingga 12°C bagi stesen di pendalaman
Terangkan tentang hujan di malaysia
- Negara kita menerima hujan sepanjang tahun
- Jumlah hujan tahunan di Malaysia adalah kira kira 2600mm
- Taburan hujan tidak sekata kerana diperanguhi oleh bentuk muka bumi dan tiupan angin monsun
- Hujan maksimum diterima semasa peralihan monsun, iaitu pada hujung bulan Mac hingga awal Mei dan Oktober hingga pertengahan November
Nyatakan Jenis Hujan di Malaysia
Hujan perolakan, Hujan Bukit
Terangkan tentang Hujan perolakan (5)
- Permukaan bumi dipanaskan oleh pancaran matahari
- air tersejat dan membentuk wap air
- udara panas bersama sama wap air naik ke atmosfera sehingga sampai di paras yg tinggi
- udara menjadi sejuk dan wap air mengalami proses pemeluwapan menjadi titisan air lalu membentuk awan kumulonimbus
- hujan lebat turun pada lewat petang disertai kilat dan petir
terangkan tentang hujan bukit (5)
- hujan bukit turun di kawasan tanah tinggi yg menghadap udara lembap
- Udara lembap dari laut dipaksa naik ke cerun bukit kerana dihalang oleh tanah tinggi
- udara menjadi sejuk dan wap air mengalami proses pemeluwapan menjadi titisan air lalu membentuk awan
- hujan lebat turun di bahagian cerun bukit yg menghadap udara lembap
- bhg cerun yang terlindung menerima hujan yg sedikit dan dikenali sebagai kawasan lindungan hujan
Manakah kawasan yg menerima hujan paling sedikit di malaysia
Kuala Pilah di Negeri Sembilan
Nyatakan 2 jenis angin monsun
Monsun timur laut & Monsun Barat Daya
Monsun Timur Laut bertiup bila?
dari awal bulan November hingga Mac
Monsun Barat Daya bertiup bila
dari pertengahan bulan Mei hingga akhir bulan September
Manakah Monsun timur laut bermula?
dari pendalaman Benua Asia
Manakah Monsun barat daya
dari benua australia
Monsun timur laut bertiup merentasi mana
laut china selatan
Monsun barat daya bertiup merentasi mana
Lautan Hindi
Angin Monsun timur laut telah membawa hujan lebat ke:
pantai timur semenanjung malaysia
kawasan barat sarawak
pantai utara
timur sabah
Angin Monsun Barat Daya telah membawa hujan yang sederhana ke:
Malaysia kerana dihalang oleh tanah tinggi di Sumatera, Indonesia.
Angin sumatera bertiup bila
dari bulan april hingga Mei dan september hingga oktober
Angin sumatera juga dikenali sebagai:
skual
angin sumatera telah Membawa apa
hujan lebat yg disertai kilat dan petir
Nyatakan jenis angin tempatan
bayu laut, bayu darat
Apakah Bayu Laut
angin tempatan yg berlaku pada waktu siang di kawasan berhampiran pantai
Apakah Bayu darat
angin tempatan yg berlaku pada waktu malam di kawasan berhampiran pantai
Bagaimana bayu laut berlaku
berlaku kerana tekanan udara di permukaan laut adalah lebih tinggi daripada tekanan udara di daratan
Bagaimana bayu darat berlaku
berlaku kerana tekanan udara di daratan adalah lebih tinggi daripada tekanan udara di permukaan laut
Nyatakan kegiatan-kegiatan yang dipengaruhi oleh cuaca iklim
pertanian
pembalakan
perikanan
pelancongan
Bagaimana cuaca mempengaruhi kegiatan pertanian?
-iklim khatulistiwa yg panas dan lembap menggalakkan penanaman pelbagai jenis tanaman
Bagaimana cuaca mempengaruhi kegiatan pembalakan ?
- suhu yg tinggi dan jumlah hujan yg banyak menggalakkan pertumbuhan hutan hujan tropika
- pelbagai pokok kayu keras yg terdapat di hutan hujan tropika telah menggalakkan kegiatan pembalakan
Bagaimana cuaca mempengaruhi kegiatan perikanan?
-Pada musim tengkujuh, nelayan di pantai timur semenanjung malaysia tidak dapat turn ke laut keranan keadaan Laut China Selatan yg bergelora
- oleh itu, mereka melakukan pelbagai aktiviti lain di darat seperti membaiki jala dan pukat rosak
- Cuaca panas membolehkan aktiviti menjemur ikan di kawasan pinggir pantai
Kenapa Nelayan di pantai semenanjung malaysia dapat menangkap ikan sepanjang tahun pada musim tengkujuh?
- Kawasan perairan selat melaka terlindung daripada tiupan angin kencang semasa Monsun Timur Laut oleh Banjaran Titiwangsa dan Monsure Barat Daya oleh Sumatera.
Bagaimana cuaca mempengaruhi kegiatan pelancongan?
iklim khatulistiwa panas dan lembap, kawasan tanah tinggi yang bersuhu sederhana dan udara nyaman menarik minat ramai pelancong antarabangsa berkunjung ke Malaysia
Maksud rumah hijau
merujuk fenomena peningkatan suhu bumi akibat banyak haba yang terperangkap dalam atmosfera bumi
Terangkan tentang Kesan rumah hijau
- sebahagian daripada haba akan dipantulkan ke angkasa lepas
- Gas rumah hijau penting untuk mengekalkan suhu bumi, tetapi aktiviti manusia telah meningkatan pelepasan gas-gas ini ke atmosfera
- menyebabkan peningkatan suhu bumi yang boleh mengakibatkan berlakunya perubahan iklim
nyatakan punca punca peningkatan pelepasan gas-gas rumah hijau ke atmosfera (5)
Pelupusan sampah
Pembakaran sisa pertanian
Kegiatan pembalakan
Pembakaran hutan
Pembakaran bahan api fosil
Apa Pulau Haba
merujuk fenomena suhu kawasan tepu bina di dalam bandar lebih panas daripada kawasan di sekitarnya
Apakah Kesan Fenomena Pulau Haba
kselesaan penduduk terjejas kerana keadaan suhu tinggi
Nyatakan punca punca fenomena pulau haba dan kesannya (4)
1.Bangunan konkrit dan permukaan berturap menyerap dan menyimpan banyak bahang matahari
2. Kekurangan tumbuh-tumbuhan menyebabkan proses perpeluhan kurang berlaku bagi menyerderhanakan suhu
3. Kesesakan jalan raya menyebabkan pelepasan asap dan haba yg tinggi oleh kenderaan
4. Bahan pencemar seperti debu dan habuk yg dibebaskan oleh kenderaan bermotor dan kilang banyak memerangkap haba
Bahan apa mempunyai keupayaan menyerap haba yg tinggi?
konkrit, simen, besi dan batu bata
Kekurangan tumbuh tumbuhan menyebabkan apa
kadar evaporasi rendah di kawasan bandar
Nyatakan Kesan kegiatan manusia terhadap cuaca iklim
- Kesan rumah hijau
- Pulau Haba
- Hujan Asid
- Jerebu
Apakah hujan asid
hujan yg mengandungi kandungan asid lemah dengan nilai pH kurang daripada 5.6
Bagaimana hujan asid berlaku
apabila udara di sesuatu kawasan tercemar dengan teruk, terutamanya di kawasan perindustrian dan wap air mengandungi asid ini akan membentuk awan dan apabila terpeluwap, hujan akan turun sebagai hujan asid
Pembakaran bahan api fosil menyebabkan apa
pembebasan gas sulfur dioksida, karbon dioksida dan nitrogen oksida
Nyatakan kesan hujan asid
- Memusnahkan tanaman dan tumbuh tumbuhan
- Melunturkan cat dan menghakis dinding bangunan
- Menjejaskan kualiti air dan kepupusan hidupan akuatik
- Mengancam kesihatan manusia
Maksud jerebu
zarah-zarah halus yang tidak nampak oleh mata kasar terampai di atmosfera dalam kepekatan yang tinggi
Nyatakan punca punca jerebu
- Letusan gunung berapi yang berlaku di negara jiran
- Pembakaran bahan api fosil
- Pembakaran Hutan
- Pembakaran terbuka
Nyatakan kesan-kesan jerebu
- Mengurangkan jarak penglihatan
- Menggangu pertumbuhan tanaman
- Masalah kesihatan
- Menjejaskan aktiviti pengangkutan
Maksud El Nino
merujuk kejadian kemarau yang berpanjangan
Maksud La Nina
gejala gangguan iklim yang disebabkan oleh penurunan suhu permukaan laut di bhg tengah dan timur lautan pasifik.