Bab 3 Flashcards
Pergerakan bumi dalam sistem suria berlaku melalui dua cara, iaitu:
putaran bumi & peredaran bumi
Bumi ________ pada paksinya sambil ________ mengelilingi matahari mengikut orbitnya yang berbentuk ______
berputar, beredar , elips
Maksud Orbit
laluan yg diikuti oleh sesuatu planet dan satelit dalam pergerakan mengelilingi matahari
Bumi berputar pada paksinya yg mempunyai kecondongan sudut ?
23½° pada satah tegak
Putaran bumi adalah dari arah apa ke arah apa?
arah barat ke timur atau mengikut arah lawan pusingan jam
Satu putaran yang lengkap mengabiil masa:
24 jam atau satu hari
Nyatakan kesan-kesan putaran bumi
Kejadian siang dan malam
Perbezaan waktu tempatan
Pembiasan angin lazim
Kejadian pasang surut
Dalam setiap jam, bumi akan berputar sebanyak:
15° longitud atau 4 minit bagi setiap
1° longitud
kawasan di timur Garisan apa menerima cahaya matahari terlebih dahulu berbanding dgn kawasan di sebelah barat?
Garisan Meridian Pangkal
Apa Daya Koriolis
Daya pesongan aliran udara yang terhasil kesan putaran bumi pada paksinya
Daya Koriolissi boleh menyebabkan:
pemesongan arah tiupan angin lazim dunia
Di hemisfera utara, tarikan graviti menyebabkan:
pergerakan angin terbias ke arah kanan daripada arah tiupannya
Di hemisfera selatan pula, tiupan angin adalah terbias ke:
arah kiri
Fenomena pasang surut berlaku sebanyak :
dua kali dalam tempoh 24 jam
Apakah menyebabkan kejadian pasang surut
tarikan graviti antara bumi dengan bulan atau bumi dengan matahari
Daya tarikan graviti bulan yang kuat akan:
menarik air laut di permukaan bumi yang menghadap bulan
Terdapat 2 jenis pasang surut, iaitu:
Pasang Perbani, Pasang anak
Bagaimana pasang surut berlaku
apabila bulan, bumi dan matahari berada dalam kedudukan garis lurus
Bagaimana pasang anak berlaku
apabila bulan, matahari dan bumi berada pada sudut tegak
Bumi beredar mengelilingi matahari mengikut arah apa?
arah lawan jam
Satu peredaran yang lengkap mengambil masa :
365¼ hari atau satu tahun
Nyatakan kesan-kesan peredaran bumi
Kejadian empat musim di kawasan beriklim sederhana
Fenomena gerhana
senaraikan empat musim di kawasan beriklim sederhana
musim panas—> musim luruh —> musim sejuk—-> musim bunga
Peredaran bumi mengelilingi matahari dan kecondongan paksi bumi meyebabkan:
kedudukan matahari tengah hari berubah-ubah seiring dengan perubahan musim
Ciri-ciri Ekuinoks musim bunga(3)
-matahari tengah hari tegak di atas kepala di Garisan Khatulistiwa (0°)
- Hemisfera utara mengalami musim bunga dan hemisfera selatan mengalami musim luruh
- Hampir semua kwasan di permukaan bumi mengalami tempoh siang dan malam yang sama panjang
Ciri Ciri Solstis musim sejuk (5)
-matahari tengah hari tegak di atas kepala di Garisan Jadi (23½ °S)
- hemisfera utara mengalami musim sejuk dan hemisfera selatan mengalami musim panas
- waktu siang di hemisfera selatan lebih panjang
- waktu malam di hemisfera utara lebih panjang
- Kutub selatan mengalami 24jam siang manakala Kutub Utara mengalami 24jam malam pada November-April
Ciri ciri Solstis musim panas (5)
- Matahari tengah hari tegak di atas kepala di Garisan Sartan (23 ½°U)
- Hemisfera utara mengalami musim panas dan hemisfera selatan mengalami musim sejuk
- Kawasan di hemisfera utara mengalami waktu siang yang lebih panjang
- Kawasan di hemisfera selatan waktu malamnya lebih panjang
- Kutub utara mengalami 24 jam siang manakala Kutub selatan mengalami 24jam malam pada mei-oktober
Ciri ciri Ekuinoks musim luruh
- matahari tengah hari tegak di atas kepala di Garisan Khatulistiwa (0°)
- Hemisfera utara mengalami musim luruh dan hemisfera selatan mengalami musim bunga
- hampir semua kawasan di permukaan bumi mengalami tempoh siang dan malam yang sama.
Fenomena gerhana ada 2 jenis, iaitu:
gerhana bulan dan gerhana matahari
Bagaimana gerhana bulan berlaku
-apabila matahari, bumi dan bulan berada dalam satu garisan lurus
-bumi akan melindungi cahaya matahari daripada terpancar bulan
- ini menyebabkan bulan akan ditutupi oleh bayang bayang bumi dan berlaku gerhana bulan
Bagaimana gerhana matahari berlaku
-apabila kedudukan bulan menghalang cahaya matahari ke bumi yang menyebabkan bayang-bayang bulan melindungi bumi
-kedudukan matahari , bulan dan bumi akan berada dalam satu garisan lurus
Mengapakah gerhana matahari tidak meliputi seluruh permukaan bumi?
bulan adalah lebih kecil daripada bumi